Sumber IG
Walaupun pelakon dan pengacara, Mira Filzah belum sepenuhnya aktif dalam bidang lakonan, wanita itu bagaimanapun bijak memanfaatkan peluang dengan memberi tumpuan kerja sebagai duta kepada beberapa jenama terkenal.
Memetik laporan Media Hiburan, pemilik nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badieozaman menyifatkan tanggungjawabnya sebagai duta membuatkan namanya tidak terus hilang di mata peminat.
"Bagi saya, ini adalah salah satu cara untuk saya seimbangkan karier seni.
"Disebabkan saya masih belum aktif berlakon, sekurang-kurangnya orang akan nampak wajah saya di tepi jalan, majalah atau restoran.
"Saya masih terima tawaran berlakon. Cuma saya rasa belum tiba masanya lagi untuk kembali ke set penggambaran sebab saya tahu gerak kerja dalam lakonan macam mana, ambil masa dua ke tiga bulan kerja pagi sampai malam," katanya yang mahu memastikan ada pihak yang betul-betul boleh menjaga anaknya ketika dia bekerja.
Dilantik sebagai duta jenama kek baru-baru ini, selebriti itu juga sudah beberapa tahun bergelar wajah kepada produk pakaian terkenal dari Jepun. - CARI
|