CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 699|Reply: 1

Natasha Hudson Bengang Lelaki Panah Anjing Sampai Mati

[Copy link]
Post time 29-9-2022 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Isu video yang tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang individu yang tidak bertanggungjawab telah membunuh seekor anjing terbiar menggunakan busur dan anak panah telah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuklah pelakon, Natasha Hudson.


Menerusi Insta Stories, Natasha menyifatkan tindakan individu yang membunuh anjing terbiar menggunakan busur dan anak panah itu telah mencalarkan nama semua para pemanah di Malaysia.


Foto: IG




“Korang!! Ni la dia nama perosak nama semua pemanah di Malaysia. Dia menyalahgunakan hak miliknya terhadap busur. Tangkap dan saman sahaja individu yang angkuh ini.


“Dia telah mencemarkan nama dan reputasi pemanah sejati dan sukan itu,”tegas Natasha.


  



Akui sukan memanah adalah sukan yang tidak pernah menyasarkan pada haiwan atau manusia, Natasha turut menitipkan pesanan buat orang ramai untuk menggunakannya dengan cara yang betul.


“Memanah adalah sukan rohani dan suci yang tidak pernah digunakan untuk menyasarkan pada haiwan atau manusia. Gunakanlah dengan bijak, bukan dengan cara begini.




Foto: via Murai.my




Jangan pernah salah guna benda ini dengan otak kosong! Erghh bodoh betul manusia ni,”tulis Natasha.




  



  



Semoga individu yang membunuh anjing terbiar itu mendapat hukuman setimpal. -CARI


Sumber: Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik.. Tapi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.046113 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list