CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1112|Reply: 2

Sharifah Shahirah Sebak, Lelaki Mengaku Tak Jadi Bunuh Diri Selepas Dengar Celotehnya Di Radio

[Copy link]
Post time 29-9-2022 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Penyampai Radio Suria FM iaitu Tyzo dan Sharifah Shahirah terkejut menerima satu panggilan daripada seorang pendengar ketika bertugas di Segmen Suria Petang pada Rabu.


Pemanggil itu mendedahkan dia pernah hampir bertindak di luar kawalan iaitu membunuh diri kerana tertekan sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.


Foto: IG




Namun, lelaki itu membatalkan niatnya sejurus mendengar celoteh dua penyampai ini.


Terharu mendengar pengakuan pendengar berkenaa, Shahirah, 47, atau lebih mesra disapa Shiera atau Kak Rara meluahkan rasa sebak kerana tidak menyangka kerjayanya itu dapat menyelamatkan nyawa seorang manusia.




  



“Pemanggil ini menghubungi kami dan beritahu nak sangat bercakap... saya pun tanyalah kenapa dengar Suria FM, kemudian baru dia cerita yang dia pernah mengambil keputusan nak bunuh diri dulu sewaktu PKP dulu.


“Terkejut juga sebab dalam radio isu ini memang tak boleh cakap... katanya semasa kejadian dia berada di sebuah kedai dan bila dengar celoteh kami dan mendengar suara Tyzo terus dia batalkan niat.




  



“Pengakuan itu seolah-olah penghargaan buat diri sendiri sebab bangga dengan apa yang dilakukan ini iaitu menyelamatkan satu nyawa.


“Rasa macam nak menitik air mata walaupun tak menang award tapi benda ini yang kami mahukan sebab dapat memberi manfaat kepada orang lain,” kata Shiera kepada mStar. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang2 yg ada suicidal tendency memang kadang2 mencari orang yg sudi mendengar tanpa di judge. Kadang2 bila kita bercerita tetiba member cakap " ko tu lemah sangat iman. Cuba la solat taubat banyak2". Terus rasa lagi down. At least berlapik la sikit cam " eh, aku ada jumpa satu masjid ni tau.. viral sebab cantik. Jom kita tengok nak tak..pastu kita gi minum kopi"
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi td syok cite psl nafkah anak.. Nak join... Tp xtau no wassap..
Mmg best suria... Semenjak terdengar hr tu. Dah x cari dah radio lain...

Jgn dia tuka2 dj tu.. Huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.164752 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list