CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

[Pulau Pinang] 919 aduan rasuah babit penjawat awam di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 29-9-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode

Tan Sri Azam Baki




PETALING JAYA: Sebanyak 919 aduan diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kesalahan menerima suapan, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam di Pulau Pinang sejak 2019 sehingga kini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, daripada jumlah itu  sebanyak 312 aduan melibatkan kes menerima suapan manakala salah guna kuasa (147 kes).

“Perkara itu membimbangkan kerana ia membabitkan salah guna kuasa seperti menggunakan jawatan untuk pemberian kontrak kerja kepada kaum keluarga atau individu yang mempunyai pertalian darah,” kata beliau dalam temu bual program Cakna Rasuah bersama radio Mutiara.fm, RTM Pulau Pinang di sini hari ini

Menurut beliau, turut banyak dilaporkan kepada SPRM  membabitkan kesalahan membuat tuntutan palsu melibatkan sesuatu kerja yang dilaksanakan.

Jelas Azam, individu berkenaan dilaporkan kononnya melaksanakan sesuatu pekerjaan dan seterusnya membuat tuntutan palsu bagi kerja yang dilaksanakan seolah-olah telah dilaksanakan.

“Saban hari ia semakin meningkat dan perkara ini amat merugikan. Justeru, saya minta semua ketua jabatan untuk memantau pegawai mereka yang diberikan kuasa dalam memutuskan sesuatu keputusan dan dari segi tadbir urus,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azam menjelaskan, penjawat awam adalah kumpulan sasar pertama yang akan dipantau dan disiasat  SPRM memandangkan mereka merupakan nadi pentadbiran kepada sesuatu negeri dan negara ini.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan pegawai saya untuk melihat isu rasuah dalam kalangan penjawat awam di Pulau Pinang dan di negeri-negeri lain,” katanya.- UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... am-di-pulau-pinang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.058526 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list