|
[Dunia]
Rapper Gangsta's Paradise, Coolio mati akibat terlebih dos dadah - Pengurus
[Copy link]
|
|
kenal jer Coolio ni. dia pun senyap jer lama tak menyanyi dah.. Gangsta's Paradise mcm 1 hit wonder jer. ehh jap ada jer lagu lain sbrnya. ok kansel xleh pnggil 1 hit wonder. |
|
|
|
|
|
|
|
tak setuju pon takpa. tu cuma majority will feel that way, mmg akan ada minority yg preference dia ke arah lain tu normal
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang kenal dia sebab lagu tu yan lain kurang menyegat apa pun takziah buat keluarganya |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-4-2023 11:49 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Coolio yang terkenal dengan lagu Gangsta's Paradise ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi di kediaman rakannya enam bulan lalu. - Foto/instagram/@coolio
LOS ANGELES: Kematian penyanyi rap Amerika Syarikat, Coolio pada September 2022 dilaporkan berpunca daripada kesan fentanyl iaitu sejenis ubat tahan sakit serta heroin dan syabu, kata pengurusnya.
Lapor agensi berita BBC, penemuan itu sekali gus menolak punca kematiannya sebelum ini yang dikatakan berpunca daripada penyakit jantung dan asma walaupun mendiang mempunyai penyakit itu.Pendedahan itu merupakan dapatan hasil bedah siasat mayat oleh pegawai pemeriksaan mayat Los Angeles.Menurut pengurus mendiang, Jarez Posey, keluarga pemuzik itu juga telah dimaklumkan mengenai pendedahan itu.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gangsta’s Paradise itu ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi kediaman rakannya enam bulan lalu.Coolio atau nama sebenarnya Leon Ivey Jr dinobatkan bagi Persembahan Solo Rap Terbaik pada Grammy 1996 yang ketika itu turut dicalonkan bagi kategori utama, Record of the Year.
Album berkenaan juga mendapat pengiktirafan ‘triple-platinum’ dari Recording Industry Association of America.
Antara lagu popular lain yang malar segar hingga ke hari ini termasuk Fantastic Voyage, 1, 2, 3, 4 (Sumpin’ New) serta C U When U Get There bersama 40 Thevz.
Coolio memulakan kerjaya nyanyian pada pertengahan 1980-an dan terus menyerlah menerusi Gangsta’s Paradise pada 1995. |
|
|
|
|
|
|
| |
|