View: 317|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Tiada pemandu kedua, lima bas ekspres disaman
[Copy link]
|
|
ANGGOTA penguat kuasa JPJ Pulau Pinang memeriksa sebuah bas dalam operasi berhampiran Plaza Tol Juru, Butterworth malam tadi.
BUKIT MERTAJAM: Sebanyak lima buah bas ekspres disaman dalam satu operasi penguatkuasaan berhampiran Plaza Tol Juru di sini, malam tadi kerana tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) atau perjalanan selama empat jam secara berterusan.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam kenyataan menerusi laman Facebook memberitahu, operasi yang menyasarkan bas ekspres itu berlangsung selama enam jam bermula kira-kira pukul 11 malam tadi.
“Tujuan peguatkuasaan ini adalah memastikan semua kenderaan perkhidmatan awam terutamanya bas ekspres mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.
“Ini termasuk memastikan bas dalam keadaan baik dan selamat digunakan, pemandu mempunyai lesen memandu dan lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV) yang sah dan memastikan pengusaha bas menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan bas jauh atau lama menerusi pemeriksaan buku log pemandu,” katanya.
Dalam pada itu katanya, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu dan pemilik yang tidak mematuhi peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah-kaedah di bawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
“JPJ Pulau Pinang komited untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan terhadap pengguna jalan raya selari dengan kempen ‘Pandu Cermat dan Sentiasa Selamat Sampai’ ke destinasi.
“Pada masa sama, komitmen ini juga bertujuan mengurangkan statistik kemalangan jalan raya terhadap kenderaan khususnya melibatkan pengangkutan awam,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... as-ekspres-disaman/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|