|
Alor Setar: Polis Kedah sudah mengenal pasti lokasi panas penagihan dan penyalahgunaan dadah di negeri ini, malah menunggu masa untuk menggempurnya.
Ia sebagai usaha memerangi dadah dan membersihkan kawasan berkenaan daripada menjadi sarang jenayah.
Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, strategi sedang dirangka sebelum operasi besar-besaran dapat dilaksana seperti dilakukan di Kuala Kedah dan Flat Paya Nahu, Sungai Petani, sebelum ini.
"Saya pasti 70 hingga 80 peratus penagih dadah terbabit dengan kegiatan jenayah dan sudah pasti sasaran kita adalah untuk menggempur kawasan itu sehingga bersih.
"Ini termasuk serbuan di kawasan laut seperti yang dilakukan di sekitar Kuala Kedah, minggu lalu yang kebanyakan tangkapan adalah penagih dadah.
"Kita akan teruskan operasi bersepadu dengan bantuan agensi berkaitan antaranya Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) supaya tindakan lebih efektif dan meluas," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini.
Wan Hassan berkata, beliau percaya dengan serbuan yang kerap di kawasan panas dapat mengawal kes jenayah daripada berleluasa.
"Begitupun, kes jenayah dan dadah di negeri ini terkawal dengan setakat ini hanya 10 hingga 15 kes dilapor sehari babitkan 11 daerah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... panas-jenayah-dadah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|