CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13095|Reply: 189

"Sebulan RM700 Bayar Elektrik, Lima Anak Aircond Seorang Satu," Pemilik Syarikat IT Mengadu Susah Hati, Pendapatan Merudum

[Copy link]
Post time 29-9-2022 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Kisah seorang pelanggan yang datang ke sebuah gerai cucur udang dikongsi oleh seorang lelaki di laman sosial.


"Minggu lepas, petang kira-kira jam ni. Ada seorang pelanggan kayuh basikal singgah beli cucur udang dan nak makan on the spot katanya.


"Aku pun sediakan port yang tak berapa nak ada kat gerai ni. Dia pun duduk dengan tenang, buka pek cucur udang tu. Habis je dia doa makan, dia mula bertanya macam mana sales bang? okay?


"Boleh la. Slow tapi lebih baik dari minggu lepas. Mungkin kuasa beli kurang sikit sekarang ni. Nothing to complaint, aku jawab konon-konon steady," tulis di Facebook Fitri Sajari.




Foto: FB




Kelihatan tenang menikmati cucur udang, pelanggan itu tiba-tiba termenung seolah-olah pasrah.


Berkongsi cerita, pelanggan berkenaan memiliki sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) tetapi malangnya pendapatannya semakin menyusut sejak tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Masa awal PKP, meletop-letop bisnes dia. Dapat gajikan 30 staf, dapat beli rumah dan dah selesai bayar pun. Tapi tiga bulan terakhir cerita yang berbeza.


"Saya terpaksa let go semua staf bulan lepas, tak mampu nak maintain. Sekarang gaji sendiri pun tak dapat cover. Isteri dalam syarikat sama, tak dapat dah nak bagi gaji,” kata Fitri, memetik kata-kata pelanggannya sewaktu mereka berbual.


Menurut Fitri, pelanggannya itu mencuba sedaya-upaya untuk membayar gaji dan tunggakan.







"Tiap-tiap bulan pening kepala, panjat sana sini nak cover gaji. Sekarang kereta pun tak dapat nak bayar. Abang rasa, saya elok sorok ke let go je," jelas Fitri lagi, mengulang ayat pelanggannya itu yang merujuk kepada kereta yang masih belum dilunaskan tunggakan.


Wajah pelanggannya tiba-tiba berubah dari tenang kepada pasrah, sambil menyuapkan cucur udang dan bercerita pula mengenai anaknya seramai lima orang.


"ertama dah grad pilot tapi masih tak dapat kerja. Kedua tengah belajar kat kolej swasta, yuran RM40,000 setahun. Semua duduk dengan dia, yang lain masih sekolah," cerita Fitri.


Fitri turut mengimbas kata-kata pelanggannya mengenai anak-anak yang tidak tahu masalah yang sedang dihadapi.


"Sebulan RM600-RM700 nak bayar elektrik. Anak-anak dah la aircond seorang satu. Saya sanggup tidur pakai kipas, tapi anak-anak tak dapat nak faham. Ye la, tak biasa kan," kata pelanggannya itu.


Meneruskan perbualan, pelanggan bercerita mengenai moratorium, bantuan modal yang sukar diperoleh dan kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.


"Masa susah ni, adik-beradik pun tak dapat bantu. Balik kampung pun segan, nak jumpa kawan-kawan pun, mereka pun tengah susah.


"Saya ni ride basikal petang-petang ni sebab tak nak mental breakdown. Nak duduk saja pun serabut. Selalu saya ride weekends dengan kawan-kawan.


"Tapi dah nak hujung-hujung bulan ni, susah hati. Nak pinjam kawan-kawan pun berapa sangat la mereka mampu bagi,” luah pelanggan itu.


Menjamah cucur udang terakhir, Fitri berterima kasih kepada pelanggannya yang datang ke gerai dan mendoakan agar ada penyelesaian terhadap semua masalah yang dihadapi.


"Dia tengok aku slow, dengan mata sayu. Entah la bang. Saya selalu doa, esok mati je sebab tak tahu dah nak hadap hari-hari esok macam mana.


"Dia senyum dan beredar. Moga ada keajaiban untuk dia bertahan untuk meneruskan hari berikutnya. Aku harap dia rasa lega sikit dapat sembang dan kenyang dengan cucur udang tu walaupun aku sangat pasti banyak lagi beban yang dia tak cerita," kongsi Fitri di Facebook. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn manjakan sgt anak..buat mesy dgn anak2  cerita apa yg dihadapi so that setiap anak aware dan blh bantu krgkan belanja mana yg x perlu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf le ye ini bukan kisah anak2 tak faham ini kisah ego terlalu tinggi nak admit sendiri.  Rumah dah habis bayar, in desperate situation rumah tu boleh jual or remortgage.  Move to a smaller house anak2 same gender boleh share rooms ke camtu dulu.  Explain to them bukan nye dersng kecil2 lagi. Kereta tu x payah sorok pulangkan je so satu beban dah relieve.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
anak dah besar kalau ko terus terang bgtau dorang mesti faham n sama2 cari jln kurangkan belanja mana patut etc..ni ko diam sensorang mana la dorang tau
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:32 PM | Show all posts
anak yang dah grad pilot tu blh suh dia start apa2 keje..janji dapat duit.. bab ekon tu blh je beritau masa dan jam yang boleh guna..ajar anak2 susah sikit.. insyaAllah dorang faham.. cut off sikit belanja anak yang kolej tu..tak boleh la nak enjoy starbak hari2..bapak bukan orang kaya cam dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bc kisah ni smlm.

Aku turn off bab aircond tu, sbb rumah sewa aku pon ade bilik aircond, aku guna aircond tu ms aku mampu bayr bil je, bl dah tak mampu, aku tak on lgsg, anak2 aku yg biasa tido dgn aircond elok je plak, xde merengek ke ape, siang nak tido aku ajak tido kat hall, bukak tingkap, kadg bukak pintu, mungkin gak faktor rumah ala kampung, sebiji tepi jalan, blkg penuh pokok2, bab makan pon aku catu kadg, tp catuan tu aku tak bg makanan merepek, jajan2 ni semua tak, nasi, mee, telur, benda wajib, pelbagaikan cara masak tp benda sama, so anak2 aku tak bosan, si firash yg alergik susu lembu dan radang usus tu aku bg nasi himpit dgn sup telur kadg,..

Senang clp ni peranan mak bapak, tak.mampu buat la cara tak.mampu, jgn ikut tekak anak, hidup tenang2, bl dpt duit, manfaatkan utk keperluan anak2, tekak masing2 off dl,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
selfish lah doa nak mati,  kalau ko mati lagi la anak bini terkebil2 tak tahu nak survive. ye l dah bini pon keje kat company sendiri, anak2 yg dah habis belajar lak menganggur lagi. takde ac pon takleh hidup, acano nak give up benda lain utk survive
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:42 PM | Show all posts
bodoh sangat ker orang ni. kau rasa tertekan cut costlah. ini bukan kira faham ker tak faham... ini kau nak bajet supaya terus boleh hidup ... anak2 kalau tak diajar tentang kehidupan ada susah ada senang maka jika mereka sentiasa bergantung kepada ibubabap maka itu salah ibubapa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb itu iols malas nak install aircond dlm bilik anak2..
Biar belajar tidur dgn kipas..
insha Allah bila pegi mana2..rumah yg tiada aircond masih lg
boleh tidur..

Ajar anak hidup sederhana walaupun kita mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Struggle is real, leadership is another.
Anak2 dah besar pun tak makan nasihat takde kesedaran.

Selain tu, dia confided dgn budak cucur udang, sekali kena jadi content daaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:52 PM | Show all posts
aku yang dok sorang ni je pun bukak aircond guna timer.dh sejuk sikit tutup la. sayang duit bayar letrik beratus sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 01:09 PM | Show all posts
Diri sendiri membesarkan anak dengan kemewahan yang tak berapa nak mewah, end up mengeluh sebab tak mampu tanggung.. Tak kiralah masa itu kau terlebih mampu, bila zaman terlebih mampu tu sepatutnya fikir juga andai melingkup satu hari nanti.. Sediakan back-up plan..

Dalam keadaan sekarang cari solution.. Bincang dengan isteri dan anak-anak, kongsi kesusahan.. Ini tidak.. Doa nak mati cepat, pastu tinggalkan segala taik kepada keluarga.. Lepas mati sapa nak pikul tanggungjawab dia? Isteri? Anak-anak? Ketua keluarga tak bertanggungjawab!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 01:13 PM | Show all posts
adoi... aircond pulak disalahkan.... salahkan mindset sendiri dlm mendidik anak2 la
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 01:19 PM | Show all posts
He is focussing more on the problems than thinking of how to solve the problems.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 01:21 PM | Show all posts
ada bapa yang ego dgn anak or whatever reason

tak mau anak nampak dia gagal

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa pkp baru jadik orka baru.. maknanya in 2 years time he managed to spoil his kids sampai aircond pun tak bole takde?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Berniaga biasa la ada jatuh bangun. Itu la sebab kalau tengah dapat banyak tender, duit tu simpan dan berjimat. Bila dah malap, kurangkan komitmen tu. Janganlah ego nak belanja besar. Gaji staffs tu penting dari beli kereta dan basikal mahal. Anak2 dah besar, diorang pun faham. Ini sejenis nak gah di mata manusia tapi gaji staffs tak bayar ni memang iblis la
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 01:26 PM | Show all posts
Buat la family meeting kasi open semua sekali. Nak tak nak kena terima jugak. Kalau ko tak cerita dah sah2 la anak2 buat bodoh sebab igt everything is fine.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Syarikat apa jual pc laptop sume ke?
Kalau awal pkp mmg sume beli laptop, pc n tablet sbb wfh and kelas online je mmg la masyuk..
N xkan bisnes terus lingkup hbis pkp?
Sblm pkp mcm mane kau sustain business?

Untung banyak terus beli rumah cash siap aircond bilik anak 5 org..
Patut simpan utk sustain time xde pelanggan sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 02:08 PM | Show all posts
hasanah mana lagi ni..
basikal dia tu pun dah berapa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070799 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list