CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 624|Reply: 4

Bukan Reti Nak Pantau! Mata Ibu Bapa Sibuk Tengok Gajet, Punca Anak-Anak Diculik

[Copy link]
Post time 29-9-2022 11:54 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Ibu bapa dilihat semakin leka dan lalai dalam memberi pemantauan ketat terhadap keselamatan anak-anak sama ada ketika berada di sekolah mahupun di tempat awam.


Penganalisis Jenayah, Shahul Hamid Abd. Rahim yang berkongsi pandangan beliau mengenai kes penculikan yang sering dikaitkan dengan golongan kanak-kanak adalah berpunca daripada sikap ibu bapa itu sendiri.


Katanya, sebahagian besar ibu bapa lebih mengutamakan kerja mereka atau urusan luar berbanding memberi tumpuan terhadap anak-anak.




Gambar Hiasan




Perkara ini jelas dilihat apabila beliau berada di taman permainan, ibu bapa hanya membiarkan anak-anak bermain tanpa pemantaun penuh oleh mereka bahkan sekiranya berlaku kejadian luar jangkaan seperti anak hilang, mereka akan mula sedar selepas beberapa minit berlalu.


“Ibu bapa sibuk dengan penggunaan telefon pintar atau gajet ketika bersama dengan anak-anak, bawa anak keluar pergi taman, pergi pusat beli-belah atau mana-mana kawasan awam, boleh lepaskan anak sendirian, mata sibuk tengok gajet, bukan pantau anak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Baru-baru ini tular beberapa WhatsApp berantai yang memberi peringatan mengenai kejadian culik pelajar sekolah di beberapa negeri.


Sebanyak lima kes cubaan culik melibatkan pelajar sekolah dilaporkan antara 22 September hingga kelmarin di Pahang, Kelantan dan Perak dengan empat daripadanya telah disahkan palsu.


Shahul Hamid menambah, ibu bapa juga dikatakan terlalu meletakkan beban penjagaan anak-anak mereka kepada individu lain (bukan ahli keluarga) yang turut menyumbang kepada unsur culik itu boleh berlaku.


Lebih parah, Shahul Hamid berpendapat bahawa sikap ibu bapa yang sebegini telah menjadi antara punca utama berlakunya jenayah culik di negara ini sekali gus mengundang kepada perkara yang lebih berisiko se­perti sindiket penjualan organ dan perdagangan manusia.


Mengulas lanjut, Shahul Hamid berkata, pihak polis juga seharusnya bertindak lebih progresif dalam mengesahkan sesuatu info atau berita apabila ia menjadi bahan tular di media sosial. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu kalo bercuti berjalan2..kalo balik sekolah? Haizzz..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pun, dtg bertandang rmh org bawak anak²,tp sibuk duk main phone. Anak² pulak duk kerjakn brg² tuan rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kerap bawak anak main dkt playground klcc park. Dia suke main situ sbb the area besar byk bende blh main tanpe berebut. Ioll n husband mmg mata akan follow dia je sbb tempat ramai org kan. Tp ade 1 time ni, dia masuk dlm 1 of the tunnel. Then tak keluar2. Bear in mind mata weoll mmg tgk dia masuk n expect dia keluar but sbb byk exits tak tahu dia nak merangkak keluar dr yg mana 1. Tp all exit tak jauh beza pun. Bila tunggu tak keluar terus weoll teropong dlm. TAKDE. Nak I takde ye dlm tu. Panik masa tu tuhan je yg tahu. Masa tu dah jerit calling his name  tawaf area tu kami laki bini. End up jumpa. Dia turun slide on the other area. So we conclude even phone mak pak tak keluar dr poket pun, mata melekat follow dia, we lost him for a good 4mins i think. Rasa mcm 4 jam haaa. So we decided that place too big too crowded. If ade yg dah standby nak menculik, he would be gone in a second je. Masuk tunnels mcm tu mata kita mmg tak nampak. That part je yg mata weoll tak on him. But mmg standby tunggu dia keluar. Tu pun boleh terhilang sekejap n dia dah end up main kat lain. So i tak boleh bayang all those parents yg mmg ramai je duduk kat bench tunggu anak main. Mak pak duduk setempat tu je, dgn phone masing2. The anak could end up playing so far away from the parents sbb the area mmg massive. May Allah protect all of our children. Sis mmg serik. Anakku sorang tu je. Anything happen i wont be able to forgive myself.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 02:17 PM | Show all posts
bukan nk cakap ape, tp ni perasaan diri sendiri. ape yg aku rasa. kenkadang aku rasa mcm nk tgk hp kejap je.. tetibe 5 min berlalu. betapa hebatnya penangan hp. contoh bawak kete, kenkadang nk pandang kejap je hp, tetibe kita break mengejut sbb org depan berenti. meaning sbnrnya lama kita kena pukau ngan hp. nasib x berlanggar ngan kete depan. hp memang melalaikan walaupun pandang kejap je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.467113 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list