Post Last Edit by attokz at 7-10-2010 09:20
Kota Kata Kacau
Lidah lama telah mati. Dikerkah gigi-gigi modenisasi yang bersulang atas nama ideologi. Sejadah para wali hanyut dibawa arus. Tinta di daun kitab pudar haus. Kuasa di kepala sang raja membuak bersama syaitan yang menari-nari. Lafaz ibunda penjajah lenggang-lenggok menjarah. Menerjah. Fasih disebutan melicin urusan. Tongkat pejuang sudah usang. Suara lantang menghalang kian hilang. Bibir ini hanya mahu mengucup K-E-D-A-U-L-A-T-A-N Sedang kaki dipasak bumi. Tangan diikat kejap kemajuan umpama tali-temali. Kota kian kacau. Kata tak lagi dihirau.
AttOkz Dikulgai Akademia BdrTskSltn
* sesekali ubah mood menukilkan puisi bernada/bernuansa patriotisme sikit. |