CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 2

'Lee Minho gegar Kuala Lumpur'

[Copy link]
Post time 28-9-2022 03:25 PM | Show all posts |Read mode
'Lee Minho gegar Kuala Lumpur'



Lee Minho baru sahaja dilantik sebagai duta Cuckoo dan akan membuat penampilan istimewa di Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th, Sabtu ini. - Foto IG Lee Minho


KUALA LUMPUR: Bintang K-Pop fenomena dunia, Lee Minho dan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menggegarkan Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu ini, bermula jam 6 petang.

Apa yang menarik perhatian, Minho yang juga duta jenama perkakas rumah terkenal, Cuckoo akan membuat penampilan istimewa bersama Siti Nurhaliza.

Selain Minho dan Siti Nurhaliza, konsert sempena ulang tahun ke-8 Cuckoo itu juga menampilkan penyanyi popular lain seperti Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Aina Abdul, Hael Husaini, Dolla, Floor 88, Naqiu, Amelina, Khai Bahar, Kmy Kmo dan Luca Sickta bagi menggegarkan pentas konsert.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, KC Hoe berkata, inilah masa yang tepat menganjurkan konsert untuk meraikan semangat teguh rakyat Malaysia dalam menentang penularan pandemik COVID-19.


Siti Nurhaliza bakal menghiburkan peminat menerusi rangkaian lagu-lagu popularnya. - Foto IG Siti Nurhaliza

"Pandemik COVID-19 sudah semakin terkawal, inilah masanya untuk meraikan rakyat Malaysia dengan penganjuran sebuah konsert istimewa.

"Ia juga sebagai penghargaan atas sokongan keluarga Cuckoo, pelanggan dan peminat.

"Tiada anda, tiada Cuckoo. Konsert ini boleh bukan sekadar meraikan ulang tahun, tetapi juga konsert penghargaan dan hadiah dari kami kepada semua.

"Kami tidak sabar bertemu dengan anda," katanya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, tiket Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th boleh didapatkan menerusi penyertaan Peraduan Cuckoo Appreci8th atau menangi peraduan dan aktiviti yang dianjurkan rakan media rasmi seperti Radio Era FM, Gegar FM, Sinar FM dan Zayan FM.

Awal tahun ini, Cuckoo International melantik bintang Korea Selatan terkemuka, Minho sebagai duta jenama dan mengekalkan Siti Nurhaliza sebagai duta bagi mewakili Cuckoo untuk #SAMASAMA bagi memberi inspirasi kepada orang ramai menjalani kehidupan lebih sihat dan bahagia.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... -gegar-kuala-lumpur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2022 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
cant wait to see oppa tomorrow. syiokk
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 05:19 PM | Show all posts
Lee Minho, the South Korean actor and singer, recently garbed Kuala Lumpur with his charm on a world tour. The Kuala Lumpur crowd went wild when they saw him at the concert venue! He sang some of his signature hits and performed a few dance moves that left the audience mesmerized. His fans were screaming in excitement as he interacted with them and detailed how much he enjoyed his time in Kuala Lumpur.



Lee Minho also took some time to visit the cultural attractions around Kuala Lumpur, including the iconic Petronas Twin Towers. He posted several photos of himself at these locations on his official social media accounts, which gained him even more fans from this Southeast Asian country.



In addition to his concert, Lee Minho met with the media and gave several interviews where he expressed how much he enjoyed his time in Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.055108 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list