CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 530|Reply: 0

"Sabar La, Saya Baru Gugur,"- Zulin Aziz Menyampah Orang Tanya Bila Nak Hamil

[Copy link]
Post time 28-9-2022 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan yang berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, pertanyaan mengenai anak boleh menjadi soalan sensitif dan menggores perasaan.


Bagi pelakon dan pengacara Zulin Aziz, dia juga berdepan dengan situasi sama sejak mendirikan rumah tangga dengan Farhan Nozini pada 20 Februari lalu apabila peminat sering melontarkan pertanyaan sama meskipun tidak sampai setahun berkahwin.




Foto: IG




Namun siapa sangka, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, mendedahkan dirinya baharu sahaja mengalami keguguran pada Ogos lalu.


Zulin memaklumkan mengenai perkara itu selepas menerima banyak soalan berhubung anak ketika membuat video siaran langsung di TikTok miliknya.


"Saya baru lepas gugur, orang tanya saya bila nak ada baby. Sabar la... Saya baru gugur bulan lepas," katanya.










Menganggap pertanyaan itu tidak sepatutnya dibuat segelintir netizen, Zulin turut membuat teguran secara terbuka agar tidak bertanya soal sensitif kepada dirinya.


Jelas Zulin, masyarakat sepatutnya lebih peka sebelum bertanyakan soalan sedemikian terutamanya melibatkan soal hubungan, perkahwinan dan cahaya mata.




  



  



"Kalau nak tanya soalan walaupun kita tidak tahu, elak tanya soalan sensitif. Kau tidak ada common sense kalau tanya soalan.




  



"Macam dulu, waktu single, orang tanya bila nak kahwin... kalau aku kahwin dengan suami kau, baru tahu!," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.055069 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list