CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Kedah] 1,001 masalah di flat Simpang Kuala

[Copy link]
Post time 28-9-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode

FADZIL Hanafi (kiri) melihat tempat pembuangan sampah yang tidak diselenggara ketika tinjauan di Flat Simpang Kuala yang terletak di Alor Setar, hari ini. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN

  

ALOR SETAR: Penghuni beberapa blok di Flat Simpang Kuala, di sini berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat melaksanakan sesuatu bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan lebih selesa di situ.

Tinjauan Utusan Malaysia di Blok E kawasan flat tersebut mendapati, kawasan longkangnya tersumbat hingga menyebabkan air di longkang bertakung sekali gus menghasilkan bau cukup busuk.

Seorang warga emas, Khor Sok Eng, 79, yang menetap di tingkat paling atas memaklumkan, masalah yang timbul tidak hanya terhenti di situ sebaliknya turut melibatkan bumbung rumah flat berkenaan yang didakwanya bocor.

“Sebagai penghuni tingkat atas, rumah saya antara yang turut terjejas. Kalau hujan lebat, kebanyakan rumah akan dimasuki air sebab bumbung flat ini sudah pun bocor.

“Rumah saya sendiri dimasuki air di beberapa kawasan di ruang tamu dan bilik tidur. Paling dibimbangkan, air itu mungkin terkena kepada pendawaian elektrik sekali gus mengundang bahaya kepada penduduk setempat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Pemerhatian mendapati, setakat ini, beberapa blok flat tersebut sudah pun dicat semula, namun masih ada lagi beberapa blok yang terbiar.

Seorang lagi penduduk di kawasan itu, Rosnani Abu Bakar, 59, mengharapkan supaya setiap aduan disalurkan penduduk dapat diberi perhatian oleh pihak berwajib.

“Agak menjijikkan apabila saluran dalam tandas kerap bocor dan pecah hingga menimbulkan rasa tidak selesa. Apabila dengar bunyi penduduk di tingkat atas guna tandas, memang kami tidak akan menggunakan tandas di rumah kerana bimbang air dari saluran tersebut terkena ke badan atau kepala.

“Sudah banyak kali kami tampal dan cat semula tetapi saluran itu tetap bocor. Beberapa aduan sudah dibuat tetapi tiada maklum balas mengenainya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Warisan Negeri Kedah, Datuk Fadzil Hanafi berkata, pihaknya akan membawa semua masalah dan isu berbangkit kepada Pejabat Menteri Besar serta agensi berkaitan.

“Masalah di sini sudah lama berlaku, malah, kita menerima maklumat, ada yang sudah banyak kali dilaporkan kepada PBT tetapi tiada tindakan. Masalah paling ketara adalah longgokan sampah serta sistem perparitan yang tersumbat.

“Kami telah mengedarkan borang dan segala aduan dinyatakan dalam borang tersebut sebelum kami sampaikan kepada agensi berkaitan,” katanya.- UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... flat-simpang-kuala/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.434976 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list