CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 754|Reply: 1

Tunku Panglima Johor juara Pro-Am GT3 Asia

[Copy link]
Post time 28-9-2022 10:45 AM | Show all posts |Read mode


Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim (kiri) muncul juara kategori Pro-Am Asia pada kejohanan GT World Challenge Asia bersama rakan sepasukan, Nick Foster di Litar Antarabangsa Okayama, Jepun, pada Ahad lalu. - Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Selepas mencipta sejarah menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 baru-baru ini, Johor menggegar arena sukan antarabangsa pula dengan pencapaian dilakar Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dalam kejohanan GT World Challenge Asia.

Tunku Abdul Rahman muncul juara kategori Pro-Am Asia bersama rakan sepasukan, Nick Foster selepas saingan musim ini melabuhkan tirainya di Litar Antarabangsa Okayama, Jepun, pada Ahad lalu.

Lebih manis, pasukan diwakili Tunku Abdul Rahman iaitu Triple Eight Race Engineering turut muncul juara pengeluar keseluruhan kejohanan.

Pada masa sama, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim juga menampilkan potensi yang amat baik dalam musim pertama dengan menduduki tempat kelima kategori Pro-Am bersama Jazeman Jaafar.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian kedua-dua anakanda baginda.

"Kita bukan sahaja cemerlang dalam temasya SUKMA tetapi anak-anak saya juga mengharumkan nama Johor di persada antarabangsa.

"Saya mengucapkan tahniah kepada kedua-duanya. Kepada Iman (Tunku Panglima), teruskan kecemerlangan dan kepada Boo (Tunku Putera), cuba pintas abang kamu musim depan," titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ara-pro-am-gt3-asia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 01:14 AM | Show all posts
congrats tipijey
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.140632 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list