CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1433|Reply: 3

Che Ta Pot Pet Kemurungan Selepas Dikecam, "Cukuplah Sekali Je Viral"

[Copy link]
Post time 28-9-2022 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dan usahawan, Che Ta Pot Pet tidak mahu melibatkan diri dengan kontroversi melampau selepas mengalami kemurungan dek insiden tular baru-baru ini.


Jelasnya, walaupun kontroversi mampu melonjakkan namanya dalam arena hiburan tetapi dia telah hilang kepercayaan terutama daripada peminat serta pengikutnya di media sosial.


Foto: IG




“Isu itu sudah lama tetapi sehingga sekarang masih memberi kesan. Murung juga saya bila ramai mengecam. Cukuplah sekali saya berdepan kontroversi seperti itu.


“Apa yang saya paling takutkan adalah hilang kepercayaan daripada peminat dan pengikut di media sosial. Alhamdulillah, mereka masih menyokong,” katanya.




  



Pengasas produk kecantikan itu baru-baru ini menerima kecaman warganet selepas mempamerkan aksi kurang sesuai bersama rakan usahawan lain di sebuah program keusahawanan tular di media sosial.




  



Dalam pada itu, bercakap soal kerjaya, Che Ta Pot Pet berkata, dia sedang dalam perancangan mengeluarkan single kedua selepas lagu pertamanya kurang mendapat sambutan.




  



  



“Mungkin sebab ketika itu, nama saya belum dikenali. Jadi sukar untuk promosi lagu. Lagipun saya bukan reti sangat nak buat gimik atau kontroversi.


“Material sudah ada. Ciptaan Aepul Roza. Saya tunggu masa sesuai untuk merakam lagu tersebut. Insya-Allah, hujung tahun ini saya akan lancarkan,”katanya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurus betul dia sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak keluar single kedua sbb single yg pertama xdpt sambutan???????
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 06:58 PM | Show all posts
chekacheku replied at 28-9-2022 03:05 PM
Nak keluar single kedua sbb single yg pertama xdpt sambutan???????

penyanyi kah sheols???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.051921 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list