CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10106|Reply: 56

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

[Copy link]
Post time 6-10-2010 12:20 PM | Show all posts |Read mode
nak kongsi benda baik ngan korang nih.... harap baca yer
[mod... kalau dah ada tolong delete ya...TQVM]

Apa ku tahu.. ku sampaikan...
Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Inikisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetekpengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yangmelaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaandan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premisberkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yangdikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketikaoperasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja disalah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapatimelakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena dendala...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagila nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhiperaturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlisperbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya,kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat disyurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti taksempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan MahaPenyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadistersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "KalauTuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak bolehsediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin daritadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaztu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidahdia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalauTuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji sayasekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang,lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awakni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari,saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpalagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamakseorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan mukaconfused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalauTuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuksyurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok.Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akanbertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagikalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustazmengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesamaumat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tuneraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yangmenzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah fahamsekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkansegala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesukahati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah danujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya,untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "Lihat seterusnya..
Wahai,sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah..kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYAbersama2.. insyallah..
Oleh: Mohd Rizal Rosli Putra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 12:40 PM | Show all posts
pernah baca kisah ni suatu ketika dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 01:09 PM | Show all posts
kelantan ke? dorang saman ke kalo tak pakai tudung?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 01:09 PM | Show all posts
best ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:20 PM | Show all posts
Reply 3# kucingblue


    Peniaga di premis perniagaan sekitar KB mmg ada pihak yg dtg check secara berkala..
    Kena tutup aurat,tapi boleh je pakai seluar dgn T-shirt cthnya utk pembantu2 kedai perempuan Muslim..
    Tapi org awam bebas je utk pakai tudung atau x...Itu bergantung kpd tahap keimanan masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:48 PM | Show all posts
best kan kat kelantan!! cuba kalo buat kat KL kalo tak pakai tudung kena saman.. espc kat disco/pub punyalah ramai manusia Islam tak pakai tudung & seksi!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2010 03:30 PM | Show all posts
Reply  kucingblue


    Peniaga di premis perniagaan sekitar KB mmg ada pihak yg dtg check secar ...
wallflower Post at 5-10-2010 22:20


i see. didn't know that. thanks.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 05:28 PM | Show all posts
i see. didn't know that. thanks.
kucingblue Post at 6-10-2010 15:30


waaa... kucing xde tinger........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 09:38 PM | Show all posts
nape budak tu , terfikir cam tu , ek?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 10:54 PM | Show all posts
berhikmah sungguh kata-kata ustaz tu. sampai boleh tergamam budak perempuan tu. org mcm budak perempuan tu memang bahaya boleh rosak akidah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 11:45 PM | Show all posts
kalau kita tanya ustad tu ngapa kat dunia ni banyak kesusahan kesengsaraan kejahatan sedangan tuhan maha penyayang, apa agaknya jawapan dia?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 12:48 AM | Show all posts
kalau kita tanya ustad tu ngapa kat dunia ni banyak kesusahan kesengsaraan kejahatan sedangan tuhan  ...
petola Post at 6-10-2010 23:45


well ... kan Allah bagi dah panduan so yg nak memilih kejahatan tu hamba Dia lah , totally his servant's choice...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 10:18 PM | Show all posts
saya pernah pergi jalan Tar..pasar mlm tu si peniaga tu dah lah tak pakai tudung dgn rambut panjang mengurai kalau ikut akta dbkl pun setiap peniaga mesti cover their heads..guna topi chef tu at least..
but my little girl lbh laser...oh dia memang terkenal dgn mulut laser nya..kami baru nak pilih kuih kat gerai si gadis ni..my girl said...'tak payah beli sini mummy..pompuan tu tak pakai tudung...' kami pindah gerai sebelah pakcik tu pakai songkok tp dia dengar leteran anak saya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 02:33 AM | Show all posts
pernah di tanya oleh seorang teenager kristian, kenapa Allah campakkan orang bukan Islam dlm neraka, padahal ramai je orang bukan islam tu yg baik, contohnya dia.  Dia pun percaya tuhan yg satu, yg menjadikan manusia dan alam ni, cuma  bukan islam je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 11:57 AM | Show all posts
mungkin artikle ini ada kaitan dgn thread...
dipetik dari fesbook zameer fisabilillah

“Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA,”jelas seorang manusia yang mempertikaikan hukum aurat dan mencabar ALLAH SWT

Assalamualaikkum & Salam Peringatan,

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.



Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.



Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.



Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.



Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.



Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.



Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.



Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 12:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by Neraka Bulan at 8-10-2010 12:16
well ... kan Allah bagi dah panduan so yg nak memilih kejahatan tu hamba Dia lah , totally his s ...
mbhcsf Post at 7-10-2010 00:48


Bagaimana dengan kesengsaraan dan penderitaan? Ramai manusia di dunia ini sengsara atas sesuatu yang diluar kawalan mereka, di luar pilihan mereka.

Berbalik kepada persoalan Petola sebelum ini, agaknya apa jawapan yang akan diberikan oleh golongan ustaz atas pertanyaan sebegini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2010 12:21 PM | Show all posts
Reply 16# Neraka Bulan

kalau awak beragama Islam,boleh tak awak dulu yg berikan jawapan atau pendapat,lepas tu baru kita tengok pulak pendapat2 yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 07:35 PM | Show all posts
Kesusahan , kesengsaraan Allah swt  jadikan bersebab terutamanya uijian keimanan keatas manusia ini. Kemewahan dan kesenangan jugak satu ujian dari tuhan. Terpilihnya seseorg utk susah atau senang dlm ujianNYA hanya Allah swt shj lb mengetahui . Ada org bila diuji suasah akan lb dekat dgn tuhan , ada jugak yg makin susah makin kufur.
Ada jugak org yg apabila senang dan mewah lupa diri dan ada jugak yg pandai gunakan kemewahan yg ada utk jln kebaikan.
Apa jua keadaan manusia yg penting adalah sikap tawadduk dan sentiasa berusaha merebut keredhaan dan kerahmatannya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 02:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by Neraka Bulan at 10-10-2010 07:05
Reply  Neraka Bulan

kalau awak beragama Islam,boleh tak awak dulu yg berikan jawapan atau pendapa ...
nickname Post at 8-10-2010 12:21


Aku pun tiada jawapan yang konkrit terhadap persoalan ini. Banyak kali dah aku melihat serta mendengar berita kesengsaraan yang pada mata kasarnya amat keterlaluan terhadap sesorang individu.

Contohnya, ada kes samun dan perkosa yang berlaku di Johor pada beberapa bulan yang lepas. Rumah sepasang suami isteri telah disamun pada pagi subuh ketika si suami bersiap-sedia hendak pergi ke masjid. Lebih malang lagi, bukan sahaja si suami dipukul dan diikat, tetapi jua si isteri  itu dipukul serta diperkosa oleh lebih seorang perompak. Si isteri itu juga adalah ibu kepada seorang anak kecil dan dengar khabarnya dia samada baru dalam edah selama 3/4 bulan ataupun baru mengandung selama 3/4 bulan. Kes ini dahulu hangat diperbincangkan di CI dan menggemparkan satu Johor sehinggakan polis terpaksa menjalankan road block demi mengelakkan rusuhan kaum. Kes ini membuatkan aku sakit hati, sedih,mengangis, marah dan kecewa sangat-sangat sampai ke hari ini jika aku teringatkannya. Kes ini membuatkan aku tertanya-tanya mengapa Allah membiarkan  kejadian sedih ini berlaku kepada golongan yang baik-baik(suami kaki masjid dan isteri bertudung labuh). Ia jua membuatkan aku takut terhadap  masa depan yang tidak boleh diramalkan.

Kenapa Tuhan membiarkan perkara sebegini berlaku? Apa akan jadi pada masa depan si mangsa? Adakah mereka mampu pulih? Bagaimana dengan rumah tangga mereka? Kenapa kejam dan sadis sangat kejadian ini? Apakah erti sebenar kasih-sayang Allah kepada hamba-hambaNya?

Dan pelbagai lagi kisah sedih dan kejam berlaku di dunia ini khususnya kepada golongan yang tidak bersalah. Sedikit sebanyak membuatkan aku terfikir serta mempersoalkan keadilan serta kasih sayang Tuhan kepada manusia di dunia ini. Ini luahan jujur daripada aku, bukan dibuat demi mencetuskan kontravesi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 04:57 PM | Show all posts
Aku pun tiada jawapan yang konkrit terhadap persoalan ini. Banyak kali dah aku melihat serta men ...
Neraka Bulan Post at 9-10-2010 14:02



bahayanya awak... balik kepada yang asas... rukun iman.. beriman kepada qada' dan qadar... kalau awak orang Islam ... beristighfar lah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.477753 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list