View: 4913|Reply: 59
|
[Dunia]
Kunjungi Lebih 50 Cawangan KFC, Lelaki Eropah Dedah Menu Ayam Malaysia Paling Menarik Di Dunia.Anda bangga?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 28-9-2022 08:34 AM
Seorang lelaki mengakui bahawa hidangan ayam Kentucky Fried Chicken (KFC) di Malaysia adalah yang paling menarik selepas mengunjungi lebih 50 cawangan restoran makanan segera itu di seluruh dunia.
Memetik laporan Daily Mail, Kamlesh Mistry, 37, yang berasal dari Watford, England mula jatuh cinta dengan rangkaian makanan segera itu sejak berusia 12 tahun.
Difahamkan, bapa kepada dua anak itu merupakan peminat tegar KFC dan telah menerima baucar makanan secara percuma selama setahun selepas mengunjungi cawangan KFC di 50 negara berbeza.
Kamlesh telah mengembara ke pelosok dunia bagi mencari hidangan KFC yang terbaik.
Dia yang merupakan pengarah teknikal telah mencuba hidangan ayam terkenal itu di lebih 50 negara berbeza termasuk Reykjavik di Iceland, Tallinn di Estonia dan Minsk di BeSetiap kali saya melancong ke negara lain bersama rakan dan keluarga, saya sentiasa mencari cawangan KFC untuk membandingkannya dengan menu di United Kingdom (UK).
“Setelah menikmati hidangan itu di lebih 50 negera berbeza. Saya telah dinobatkan sebagai KFC Super Fan tahun ini. Saya sangat gembira dengan gelaran yang diberikan oleh KFC,” katanya.Setiap kali saya melancong ke negara lain bersama rakan dan keluarga, saya sentiasa mencari cawangan KFC untuk membandingkannya dengan menu di United Kingdom (UK).
“Setelah menikmati hidangan itu di lebih 50 negera berbeza. Saya telah dinobatkan sebagai KFC Super Fan tahun ini. Saya sangat gembira dengan gelaran yang diberikan oleh KFC,” katanya.larus
Tambah Kamlesh, KFC di Kuala Lumpur mempunyai menu yang paling menarik kerana mempunyai banyak hidangan pedas yang disukainya.
“Kuala Lumpur mempunyai menu paling menarik. Saya suka makanan pedas dan mereka mempunyai banyak alternatif bagi hidangan pedas,” katanya.
Manakala dia turut berkata bahawa KFC di Reykjavik merupakan yang paling pelik yang pernah dikunjunginya.
Terdahulu, KFC telah memberikan pengiktirafan kepada Kamlesh sebagai KFC Super Fan di dunia pada tahun 2020 dengan bekalan ayam percuma selama setahun.
Selepas mendapat pengiktirafan tersebut, dia menerima bekalan ayam selama setahun dalam bentuk baucar elektronik bernilai RM1,959 seperti kipas, gaun persalinan KFC, topeng muka dan t-shirt.
KFC atau dahulunya dikenali sebagai Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih daripada 24,000 cawangan restoran di lebih 145 negara yang berbeza.
https://www.dailymail.co.uk/news/article-11242739/KFC-superfan-Kamlesh-Mistry-speaks-love-Colonel-Saunders-band-celebrates-50-years.html
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah dia suka KFC Malaysia. Sesuai dengan lidah leluhur beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini kira ok la mamat ni travel satu dunia cari hidangan kfc terbaik. Kurang2 dapat gak makan ayam kfc. Yg thread lagi satu travel satu dunia cari tandas paling kotor |
|
|
|
|
|
|
|
Makin teruk dah kualiti kepsi. Ayam besar puyuh. Sos bg dlm bekas kecik bkn dlm paket. Packaging pn kdg2 kosong xde logo. Nak bangkrap dah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kfc dah tak best. Ayam goreng selalu cepat abes. Lepas tu size ayam kui kecik. Baik lagi beli kat marrybrown puas hati makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Makin mahal. Dapat ayam sejuk. Gi pukul 12 pun xde nasi lemak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols lama dah tukau ke texas chicken atau A& W... Ayam xla kecik nau and ada option bese ngan spicy... Yg texas chicken ayam juicy... Dedua iols boleh hadam. Ayam mcd tebal kt lapisan luar je dah mcm mkn tepung perasa pedas dah... |
|
|
|
|
|
|
|
cheezel replied at 28-9-2022 12:36 AM
Makin teruk dah kualiti kepsi. Ayam besar puyuh. Sos bg dlm bekas kecik bkn dlm paket. Packaging pn ...
Kfc mana uols
Last week.iols.order kfc by grab sebab malas nak kuar kan utk sambut besday anak...time2 skolah plak..hahha...
Peha dia dah beso dah ...coleslaw.pung ado
Iols.dah reda dah.kalau takde coleslaw dpt fries lemau dia tu..hahaha.....
Packaging sos..masih.life
Ada certain tmpt dah start pakai.sos swiss bear yang tak sedap tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Laam xmakan kehepsi. Nak order takut tak berbaloi la dengan anak ramai ni. Ramai komplen ayam kecik dan menu tak siapnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dah xdi kepsi... sbb xleh blah bau busuk reban ayam... dulu bau reban idok le overwhelming sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam order drive thru kfc hiway federal sebelah shell ayam dia besar gila tekejut aku dpt peha sebesar penumbuk..lillah xtipu. Pastu fries n kentang putra juga cuma kentang putra dia agak kurang kuantit dri dulu dan sos kentang pon cair. |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 28-9-2022 07:34 AM
Semalam order drive thru kfc hiway federal sebelah shell ayam dia besar gila tekejut aku dpt peha se ...
Lah putra sis. |
|
|
|
|
|
|
|
tah nya
tgk muka td igtkn melayu
sungguhpun leluhur india
tp nama dia...mistry
ala2 misteri
|
|
|
|
|
|
|
|
ye lah
iols pun sama
baru lg hr tu makan
herlok2 jah ayamnya
rasa pun kembali sedap mcm dulu
dgn coleslaw + whipped potato pun syedap
|
|
|
|
|
|
|
|
aritu makan kfc, ayam dia dah besar sikit dr puyuh. or maybe tu sejenis puyuh obese |
|
|
|
|
|
|
|
iols suka kepsi tapi tu la, size makin kecik, letak cheezey mayo kat wedges ala kadar je huhu.. harga pun makin mah.. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Last week makan kfc ayamnya dah kecik hehehe.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|