CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 1

[Jenayah] Syed Saddiq tak maklum perbelanjaan RM171,675 kempen PRU14, saksi beritahu mahkamah

  [Copy link]
Post time 27-9-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhadapan empat pertuduhan pecah amanah dana Pemuda Bersatu berjumlah RM1 juta dan pengubahan wang haram. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, bahawa beliau tidak tahu mengenai 10 senarai perbelanjaan untuk kempen pilihan raya umum ke-14 berjumlah RM171,675 yang dikemukakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Nurul Hidayah Kamarudin, 33, yang dipanggil semula untuk disoal balas oleh pasukan pembelaan berkata demikian semasa ditanya peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq pada perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan Ahli Parlimen Muar itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman
Azhar Abdul Hamid.

Gobind: Adakah puan tahu mengenai 10 butiran (perbelanjaan) yang YB Syed Saddiq telah kemukakan kepada SPR iaitu bayaran deposit calon (RM10,000), deposit bahan kempen (RM5,000), permit iklan pilihan raya (RM200), iklan pilihan raya (RM50), cenderahati PKR (RM51,784), kos penginapan (RM2,120), peredaran dan pengiklanan (RM29,100), percetakan (RM69,491), bahan fotostat (RM750) dan button badge (RM3,180).

Nurul Hidayah: Tidak tahu.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Mohamed Tahir, saksi pendakwaan ke-28 itu berkata, Syed Saddiq tidak memaklumkan kepadanya berhubung pengisytiharan perbelanjaan untuk kempen PRU14 kepada SPR semasa merakam percakapan tertuduh.“YB Syed Saddiq hanya memberitahu saya supaya merujuk dokumen perbelanjaan itu kepada Amshar (Mohamed Amshar Aziz merupakan seorang individu yang dikatakan menguruskan kewangan peribadi dan politik Syed Saddiq). Bagaimanapun Amshar menafikan pernah menguruskan resit pembayaran kempen PRU14 pada 2018,” katanya.

Selain Hidayah, dua lagi pegawai penyiasat SPRM yang dipanggil semula untuk memberikan keterangan ialah Mohd Syahmeizy Sulong dan Asbi Munip.

Pihak pendakwaan hari ini menutup kesnya selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan dan mahkamah menetapkan 6 dan 7 Okt ini untuk pihak-pihak berhujah.Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, ketika itu penolong bendahari Pemuda Bersatu, yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.Ahli Parlimen Muar itu juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 12:01 AM | Show all posts
Presiden parti MUDA ini tidak disuruh letak jawatan ke....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.094204 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list