ABUYA [ASZ] MENZIARAHI PAK YA(Salah seorang orang penting dalam PEKIDA) Assalamulaikum W.M.H.T
Baru-baru ini ABUYA SYEIKH IMAM ASHA'ARI [ASZ] telah menziarahi PAK YA iaitu salah seorang orang penting PEKIDA yang sangat menolak keghaiban Abuya dan meyakini Abuya benar-benar telah meninggal dunia. Walaupun sebelum ini beliau sangat yakin dengan Abuya sebagai Putra Bani Tamim.
Pertemuan itu berlaku di rumah Pak Ya kira-kira pukul 4 pagi sehingga menjelang waktu subuh. Pada waktu awal sebelum subuh hari itu, Abuya bersama Saidi Syekih telah pergi ke rumah Pak Ya. Abuya telah mengetuk pintu rumah lalu Pak Ya telah membuka pintu kemudiannya.
Alangkah terkejutnya Pak Ya apabila yang dilihatnya di depannya ialah Abuya bersama seorang lelaki yang sangat tegap berpakaian serba putih. Abuya juga berpakaian serba putih. Pak Ya tidak mengenali lelaki tersebut sebenarnya ialah Saidi Syeikh iaitu Imam Mahdi yang dighaibkan lebih 80 tahun lalu.
Apa yang keluar dari mulut abuya setelah memberi salam ketika itu ialah " Pak Ya orang yang rugi, Pak Ya orang yang rugi" , diulang oleh Abuya sebanyak 6 kali. Perkataan tersebut tidak dimengerti oleh Pak Ya. Sebenarnya Pak Ya termasuk orang-orang yang meyakini Abuya sebagai Putra Bani Tamim sehinggalah pada hari Abuya dilihat "meninggal dunia" yang sebenarnya dighaibkan.
Atas sebab itu Abuya telah menziarahi Pak Ya. Untuk membuktikan yang Abuya sebenarnya belum mati tetapi hanya ghaib untuk pergi sebentar ke alam ghaib dan akan muncul semula secara rasmi bila saat FUTUH MEKAH atau DAULAH ISLAMIAH benar-benar di kemuncak untuk berlaku nanti. Kghaiban Abuya untuk tujuan megeluarkan POWER KA'ABAH dan membersihkannya. Juga untuk mengumpulkan dan menggabungkan kekuatan ROHANIAH dari 3 pemimpin rohaniah iaitu Rasulullah, Imam Mahdi dan Abuya sendiri. Bila kekuatan ini sudah cukup mantap melalui KARAMAH PUTRA BANI TAMIM DAN IMAM MAHDI maka NUR MUHAMMAD pun dapat dipindahkan ke alam zahir dari alam ghaib. Maka pada saat itu bermulalah DAULAH ISLAMIAH di MALAYSIA.
Pertemuan oleh Abuya dan Saidi Syeikh itu bersama Pak Ya telah diceritakan sendiri oleh Pak Ya ketika pergi ke Country Home baru-baru ini. Pak Ya mengakui ketika bersalam dengan Abuya, tangan Abuya tidaklah seperti kapas atau bersentuh angin saja; tetapi jelas Pak Ya dapat menggenggam erat tangan Abuya yang pejal. Iaitu tangan manusia biasa. Ini membuktikan yang datang itu benar-benar Abuya yang masih hidup dan belum mati. Setelah bersalaman dengan Pak Ya, Abuya dan Saidi Syeikh pergi ke pintu lalu ghaib. Sumber : 1. http://groups.yahoo.com/group/SiberMelayu/message/3515 2. [url=http://www.mediafire.com/file/3ewrlziwjh6heec/PakYa.mp3]http://www.mediafire.com/file/3ewrlziwjh6heec/PakYa.mp3 [/url]
3. http://www.mediafire.com/?3ewrlziwjh6heec
|