CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3837|Reply: 57

Nak Jemput Sebab Ibu Bapa Ke Klinik, Nasib Baik Budak Tahun 2 Bijak Tak Percaya

[Copy link]
Post time 27-9-2022 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Seorang murid lelaki Tahun 2 berdepan detik cemas apabila mendakwa dia nyaris diculik di hadapan sekolahnya di Selising pada Ahad.


Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 8 tahun telah didatangi oleh sebuah kereta yang dinaiki oleh empat lelaki dewasa semasa sedang menunggu ibunya di luar kawasan sekolah.




Ahmad bersama anak lelakinya ketika ditemui pemberita di Pasir Puteh selepas didakwa nyaris diculik di hadapan sekolahnya di Selising pada Ahad.





Bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Ahmad Ismail,57, berkata, semasa kejadian anak kelima daripada enam beradik itu sedang menunggu ibunya di luar sekolah selepas kelas fardu ain.


"Tiba-tiba datang sebuah kereta dan lelaki di dalamnya memanggil anak saya. Mereka memberitahu hendak menjemput dia balik ke rumah.


"Lelaki berkenaan memberitahu yang saya dan isteri tidak dapat datang mengambilnya disebabkan kami ke klinik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini pada Isnin.


Ahmad memberitahu, disebabkan rasa takut dan tidak mengenali kumpulan lelaki terbabit anaknya terus berlari masuk ke dalam kawasan sekolah dan menuju ke pondok pengawal untuk menyelamatkan diri.


Katanya, kejadian tersebut diketahui oleh dia dan isterinya pada sebelah malam selepas diceritakan kembali.


Dia yang bimbang tentang kejadian terbabit telah membuat satu hantaran di Facebook peribadinya untuk berkongsi perasaan dan pada masa yang sama mengingatkan ibu bapa lain supaya lebih berhati-hati.


"Alhamdulillah anak tidak mengalami trauma kerana sebelum ini saya dan isteri sentiasa mengingatkan dia supaya berhati-hati dan tidak melayan orang yang tidak dikenali," katanya.


Ahmad telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada Isnin sekitar jam 12 tengah hari untuk langkah keselamatan berhubung perkara itu dan memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan.


Sebelum itu, hantaran Facebook Ahmad telah tular di media sosial dan WhatsApp berhubung kejadian dakwaan anaknya nyaris diculik.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah sekarang aku risau sangat. Hari2 pesan kat anak2 jangan keluar pagar sekolah jangan jalan sendiri2 tepi jalan. Tunggu kat dalam pagar kat pondok sekolah ramai2 sampai mama datang. Kenapalah ada benda-benda cmni. Risau ehhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib budak ni cerdik. Buat budak yang termakan helah. Budak2 mana tau kan. Inilah aku pesan sokmo..aduhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 10:34 AM | Show all posts
kena pesan juga kat masyarakat sekeliling, kalau ada sekumpulan lelaki2 dlm kenderaan yg mencurigakan, terus call polis atau terus pukul mereka dlm kenderaan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 10:36 AM | Show all posts
Kat mall lain cite. Manjang ada pengumuman sesiapa kehilangan anak sila ke information center.

Makbapak shopping gilababi. Anak hilang pun xperasan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 27-9-2022 10:43 AM
naina replied at 27-9-2022 10:32 AM
Inilah sekarang aku risau sangat. Hari2 pesan kat anak2 jangan keluar pagar sekolah jangan jalan sen ...


Iols penah perati budak sekolah kat luar pagar,apa yg iols nampak rata2 budak akan kuar balik pi beli mknn yg dijual olh peniaga kat luar pagar tu.Nih budak2 yg nk masuk sesi petang, loceng lum bunyi lg kan.

Ada sorang budak pompuan tu sampai jatuh sbb dia berlari2.
Pak guard takde halang pun budak2 ni dia pun kejap ada depan pintu kejap masuk dlm kejap kuar balik.

Kalau takde peniaga takdela budak2 ni nk kuar kan? Kadang2 rindu zaman sop ketat masa covid tu. Cikgu2 pun merata ada depan pagar sekolah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2022 10:42 AM | Show all posts
tuanya abah dia. anak dari bini kedua ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Minta tolong parents lain pun alert tgk keta lain mcm borak dgn budak jerit suruh budak tu masuk sekolah.. anak ² ni sometimes mmg dh byk kali remind tp bila ada kwk lupa semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2022 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 27-9-2022 10:34 AM
kena pesan juga kat masyarakat sekeliling, kalau ada sekumpulan lelaki2 dlm kenderaan yg mencurigaka ...

Pihak skolah kena alert benda ni
Cikgu2 pun diharap sentiasa pesan kat murid2 jgn ckp dgn org yg tak kenal and cepat2 cari pakgad / cikgu kalo ada org tak kenal tego
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 10:45 AM | Show all posts
dah makin melarat merapu dah

pdrm & gomen should handle this matter asap & take it serious laaa

very serious

nobody gaf la kalo shoot on sight sekali pun

gila babi dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 10:46 AM | Show all posts
iols memang tak bekenan yang peniaga jual2 kat luar tu. dah la jual junk food, air manis, air gas. bila tah mesyurat pibg iols nak cakapp sangat dekat sekolah plis la jangan kasi peniaga ni meniaga dekat dengan sekolah. ayam mcm ayam gunting uncle bob tu tapi version kecik. perasa je lebih. ayamnya ya ampun nipisss sesangat. tu pun budak2 ramai beli. air milo pulak mcm rasa susu cair je lebih. lah ter ot plak. anyways memang bahaya. better tunggu dalam sekolah. tapi luar sekolah ada tempt duduk mcm tunggu bas tu. cikgu kena pantau kot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hope thread ni takde tepek gambar2 mengerikan mcm thread satu lg tu. ap kejadahnya korang tepek gambar mayat budak mcm kena lapah tu? Iols tak berani masuk thread tu sbb ada gambar2 ngeri tu
Mohon yaa acik2 sekelian bkn semua org hati kering dan berjiwa kanibal.
Kalau takde perasaan bila tgk gamba2 gitu maybe kalian pun jenis yg sama dah biasa melapah manusia gak ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 11:02 AM | Show all posts
Sekarang ni kalau jumpa van atau kereta yg berlegar-legar kewasan rumah dan sekolah sila tahan dan call polis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 11:06 AM | Show all posts
Anak jiran akak dulu pernah ada orang dekati kononnya untuk bagi test makanan...
mereka akan offer budak2 itu duit kerana merasa makanan...

jangan ada yang terpengaruh saja dengan duit....
ya lah kan budak, kalau dapat tawaran rm50 siapa yang tak nak
nampak nilai besar juga tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 11:06 AM | Show all posts
Yng akak pelik, pelaku tu mengapa mesti melayu lelaki?
bukankah lalaki malayu ini imannya kuat?
takkan lah jadi orang yang tidak berguna
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kes sekolah anak aku. Acik yg jual makanan kt luar. Bila kena tegur, dia suruh guru besar bina gerai dkt dia. Lg senang dia nk meniaga katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2022 11:46 AM | Show all posts
ghisauuuu... moga anak2 ni berjiwa kental tak terpengaruh ngan godaan syaitonnn maknosia
tapi yg lebih ghisau kalau dia umpan ngan game atau jajan, senang nak tergoda
aduhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya.. budak Tahun berapa yang ada aktiviti koku yg ada perjumpaan pengakap tu? Tahun 3 ke 4.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 11:52 AM | Show all posts
Nasib baik sekolah anak iols tak bagi penjaja di pagar sekolah.
Dah bertahun tak di benarkan dan budak2 tak boleh keluar pagar selagi parents tak datang.
Cikgu pula akan tunggu student yang last baru cikgu balik.
Tapi iols hari2 pesan pada anak2 jangan percaya kalau ada yang cakap ibu atau ayah pesan suh ambil.
Kat cikgu sekolah pun iols dah pesan yang iols tak kan wakilkan sapa2 ambil anak2.
Hati2 lah semua skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 27-9-2022 10:34 AM
kena pesan juga kat masyarakat sekeliling, kalau ada sekumpulan lelaki2 dlm kenderaan yg mencurigaka ...

Pesan gak kalo de jantan pakai bra jalan jalan kat sekolah .bio kan Aje...orang mental budak porem..ipan lettew..ipan puting
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.069666 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list