CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2250|Reply: 25

"Macam Bapak Dia Punya"- Letak Kon, Penyidai Baju, Makin Menjadi Budaya Cop Parkir Di Kawasan Rumah

[Copy link]
Post time 26-9-2022 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Bukit Mertajam: Meletakkan pelbagai objek antaranya kon, kerusi, pasu bunga, penyidai baju dan tong sampah di kawasan parkir tanpa memikirkan perbuatan itu sebenarnya menyalahi undang-undang.


Itu situasi 'cop' parkir yang dapat dilihat ketika tinjauan diadakan di beberapa pangsapuri sekitar Bandar Perda di sini hingga rata-rata penduduk yang ditemui muak untuk mengajukan permasalahan berkenaan berikutan tiada penyelesaian yang dapat diambil sehingga hari ini.


Lebih buruk, apabila ada penduduk berang selepas menerima teguran dengan melakukan perkara di luar jangka yang akhirnya menyebabkan masalah itu sukar ditangani bahkan menjadi semakin tidak terkawal.


Foto: Harian Metro




Penduduk yang mahu dikenali sebagai Mizi, 30-an berkata, sebagai individu yang baharu menyewa di sebuah pangsapuri di sini, dia lebih rela meletakkan kenderaan jauh dari kediamannya kerana tidak mahu timbul persengketaan antara jiran sekelilingnya.


"Budaya 'cop' parkir ini kebanyakannya dilakukan oleh penduduk asal yang sudah lama tinggal di pangsapuri ini dan mereka tidak mahu letak kenderaan jauh dari kediaman mereka.


"Jadi, mulalah letak macam-macam objek untuk halang kenderaan lain masuk yang sebenarnya bagi saya amat menjengkelkan, tetapi apa boleh buat kerana tidak mahu bergaduh maka terpaksa pejam mata sahaja.


"Selalunya penduduk yang baharu terpaksa akur dengan keadaan seperti ini walaupun kami rasa tidak sepatutnya memandangkan kami juga bayar kos penyelenggaraan sama seperti penduduk asal," katanya.


Foto: Harian Metro




Jelasnya, pihak perbadanan pengurusan (MC) juga sudah beberapa kali mengambil tindakan dengan memberikan surat dan notis.


Bahkan tindakan mengangkat semua objek yang diletakkan di kawasan parkir juga dilakukan namun segelintir penduduk tetap berdegil.


"Saya dimaklumkan ada juga yang pernah bertindak di luar jangka dengan memecahkan cermin kereta dan memancitkan tayar kereta salah seorang pihak pengurusan di sini kerana berang mengangkat keluar objek yang mereka (penduduk) letak.


"Mereka (MC) memang bekerja dan maklumkan 'cop' parkir ini adalah satu kesalahan, tetapi entahlah mungkin sebab 'besar kepala' jadi ada yang buat endah tidak endah, akibatnya masalah ini tidak dapat diselesaikan bahkan terus berleluasa," katanya.


Dalam pada itu, Mizi berkata, tindakan penguatkuasaan lebih tegas perlu diambil dengan segera untuk mengatasi isu berkenaan.


Foto: Harian Metro




"Saya tahu mungkin sekarang susah untuk menjalankan penguatkuasaan kerana masing-masing hidup berjiran dan beginilah suasana yang perlu ditempuh dalam kehidupan pangsapuri.


"Tetapi jika tidak ada penguatkuasaan lebih tegas sampai bila pun masalah ini sukar untuk diatasi apatah lagi kesalahan ini sudah termaktub dalam undang-undang yang jika dilaksanakan pasti penduduk akan akur," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur tak letak reban ayam, sangkar burung, sangkar kucing
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:50 PM | Show all posts
mcm kt parking umah aku la sah2 la parking tu aku punya next lot parking tu sengaja carik pasal ngan kau supaya aku belah dari situ babi punya sabahan (sorry chazey) aku marah betol kt dia sbab dia nk kawan dia park situ dasar caprut perangai. ditorehnya tayar keta aku nmpk kt cctv tp tak clear. nasib management letak cctv besar2 kt entrance facing keta aku supaya babi tu tk buat lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
umah flat haku pun ade cm ginie baik penyewa x pun owner pun sama Naik dari umah bwh sampai ke umah atas, hish cpt la umah haku siap nk pindah nie
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara sebab utama I malas duduk flat, kawasan high density lagi haru tak cukup parking. Single ada option, kesian untuk yang dah ada family, terpaksa hadap kalau dah itu yang mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 01:36 PM | Show all posts
Nak rumah bertanah beli ler rumah teres atau beli tanah lot buat rumah kawasan pun luas, tak perlu nak berebut tempat parking lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2022 09:47 PM | Show all posts
report je la kat pbt... mana buleh buat rumah strata macam tu kan? tu makan dia...
kasi roboh struktur tambahan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Macik nak tanya
Kenapa tak letak no lot
Fix sesiap
Macam kondo kan
Satu rumah sebiji je dapat lot
Kalau dah biar bebas gitu
Memang susah lerrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana2 flat begini lah keadaanya.
Kalau kita hanya menyewa..diam2 je la..parking jauh utk elakkan bermusuh. Pastu cari la rumah lain jika mampu.
Mentaliti kelas ke-3 tkleh nak ubah.
Kita je la yg boleh ubah.
Upgrade diri..cari rezeki lebih dan pindah ke rumah lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 10:49 PM | Show all posts
Ya, perkara mcm ni mmg benar2 berlaku.

Selepas bertahun2 tak jengok pangsapuri yg disewakan, auntie & uncle melawat lah tmpt tu.
Mula2 auntie tak faham kenapa uncle tak nak park kat tmpt letak kereta yg kosong.
Bila dah balik, baru uncle beritahu auntie ttg budaya cop parking kat kawasan perumahan pangsapuri.
The culprits adalah org2 yg duduk di tingkat bawah dan org2 yg seakan2 samseng yg cop2 parking.

Tak lama lepas tu, auntie jual jer pangsapuri tu. Tak berbaloi ada aset di dlm masyarakat yg sedemikian. Dan auntie tak nak anak2 auntie terdedah di dlm budaya sedemikian (jika diaorg tinggal di sana).
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 10:57 PM | Show all posts
lagi satu yg jenis dok parking keta rosak tersadai cmtu tak reti atau malas nk antar bengkel sampai mereput keta tu tersadai kt parking lot... jenis cmni yg wat kekdg org dok menyampah cuma malas nk bergaduh pasal kebebalan owner keta tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Waa... rumah bawah ada anjung tambahan.
Takde pula yg lempar kusi buruk ke, kari basi ke, lampin busuk ke...jatuh ataih bumbung.

Cakap jer jatuh dari langit.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
aku baca je tapi aku pulak yg rengsa ngan perangai buruk budak flat
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 26-9-2022 09:51 PM
Macik nak tanya
Kenapa tak letak no lot
Fix sesiap

Adik acik beli 10k satu lot. Unit dia mintak 2. Parking aje 20k. Apartment tu baru 250
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 27-9-2022 12:28 AM
Adik acik beli 10k satu lot. Unit dia mintak 2. Parking aje 20k. Apartment tu baru 250

Seriusssssss lahhhh
Kalau kondo macik dulu
Dorang ada sewakan lot parking
Contoh rumah tu ada 1 kereta je
So ada extra 1 lot
Owner iklankan kat community board
Sape nak sewa sebulan harga sekian2
Ratus2 lah

Tapi memang laku
Duduk kondo pun kete sampai 3 4 biji
Dasat betoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Selfish...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2022 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru3 ni i gi satu umh flat, park depan umh cina
Dia lg hebat. Cop parking guna anjing. Buka pintu kereta anjing tu dah tunggu menyalak2 mcm nk serang kita. So cina tu pun dtg halau i suh gi cari parking lain. Jgn park dpn umh dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
auntieagony replied at 26-9-2022 10:49 PM
Ya, perkara mcm ni mmg benar2 berlaku.

Selepas bertahun2 tak jengok pangsapuri yg disewakan, auntie ...

Rumah flat kos rendah mcm itulah. Dengan bermacam perangai tak beradab. Buang putik kapas ikut tingkap mcm dalam rumah tak ada tong sampah. Bercucuk-tanam depan rumah hingga semak-samun jadi sarang nyamuk.

Tak pelik tempat parking tak cukup. Jika satu rumah ada 3 bilik dan rumah tu disewakan. Maka ada lah 3 biji kereta. Sebab tu aku fikir utk golongan muda bujang yg baru masuk kerja ni kena ada jenis perumahan lain daripada rumah family. Unit studio 400sqft termasuk 1 parking dan disewakan oleh PBT sendiri,bukan company atau orang perseorangan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 07:50 AM | Show all posts
liyamariska replied at 26-9-2022 10:57 PM
lagi satu yg jenis dok parking keta rosak tersadai cmtu tak reti atau malas nk antar bengkel sampai  ...

ni meols setojo. hatta di apartment pun ada jah. meols tgk kereta rosak tersadai jah dekat parking. dahla ambik parking dekat dengan lif. geram meols.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 26-9-2022 01:36 PM
Nak rumah bertanah beli ler rumah teres atau beli tanah lot buat rumah kawasan pun luas, tak perlu n ...

Kalau rumah teres pon lama2 ada masalah jgk..skrg ni ank derang kecik2 ok la..tunggu ank dh kerja klu 5 ank 5 keta..masalah jg..reno rmh sampai ke jln..parking x de..nyusahkn jiran2 pulak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.105808 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list