CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 881|Reply: 1

Brek Rosak, 13 Parah Bas Kilang Tersangkut Di Pokok Lepas Jatuh Tebing

[Copy link]
Post time 25-9-2022 05:14 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pemandu bas dan 13 pekerja kilang mengalami kecederaan parah apabila kenderaan dinaiki mereka menggelosor lalu terjatuh ke tebing di Jalan Simpang Gading/ Kesang Pajak, di sini pada malam Sabtu.


Dalam kejadian lebih kurang jam 7.50 malam itu, bas dipandu lelaki berusia 40-an tersebut membawa 37 pekerja kilang lelaki warga Myanmar dan Nepal dalam perjalanan pulang sebelum berlaku masalah brek kira-kira jarak 100 meter dari asrama penginapan mereka.




Anggota trafik menunjukkan lokasi bas dipercayai jatuh ke tebing di Jalan Simpang Gading/ Kesang Pajak, Alor Gajah pada malam Sabtu.





Pengarah Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Melaka, Abu Bakar Katain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.57 malam sebelum tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, BBP Ayer Keroh dan BBP Alor Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian.


Menurutnya, kesemua mereka yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Jasin menggunakan ambulans serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), manakala pekerja lain yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar orang awam ke klinik berhampiran.


"Bas terbabit dipercayai mahu menghantar pekerja pulang ke asrama, namun dipercayai mengalami masalah sistem brek tidak berfungsi dan meluncur laju ke arah tebing.


"Kerja-kerja menyelamat mengambil masa lebih kurang 45 minit dan ada di antara mereka yang berjaya dikeluarkan oleh orang awam melalui cermin depan, tepi dan belakang yang pecah," kata beliau ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.




Abu Bakar




Jelas beliau, jalan terbabit tidak berapa curam dan kenderaan masuk ke dalam tebing lalu tersangkut di pokok setinggi kira-kira 50 meter dari jalan utama.


"Bagaimanapun, punca kejadian masih lagi dalam siasatan," kata beliau.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan semua mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.051244 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list