CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1765|Reply: 16

Budak 5 Tahun Maut, Kakak Parah Trak Pikap Lawan Arus

[Copy link]
Post time 25-9-2022 04:42 AM | Show all posts |Read mode
Perjalanan empat sekeluarga berakhir tragedi di Jalan Kesang Garing, Jasin, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dinaiki mereka dirempuh Toyota Hilux dalam kemalangan pukul 11 pagi semalam.


Dalam kejadian itu, mangsa, Afif Daiyan Shamsuri, 5, meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Shamsuri Mohd, 45, sementara kakaknya pula, Auni Dalili Shamsuri, 11, mengalami kecederaan parah di kepala.




Keadaan Perodua Alza yang dirempuh sebuah trak pikap dalam nahas di Jalan Kesang Garing, Jasin, Melaka.





Bagaimanapun ibunya, Che Hasliza Che Ha, 43, hanya mengalami kecederaan ringan.


Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, ketika kejadian, kereta dinaiki empat beranak itu dalam perjalanan dari arah Kesang menghala ke Durian Tunggal.


“Semasa sampai di lokasi, sebuah Toyota Hilux tiba-tiba memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV dinaiki mereka.


“Akibat kemalangan itu, seorang kanak-kanak meninggal dunia di lokasi manakala pemandu iaitu bapanya dan kakaknya yang berada di bahagian penumpang belakang parah di kepala serta badan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Tambah Mispani, pemandu trak pikap yang merempuh mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.


“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasatan manakala kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2022 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila kerajaan nk hukum bunuh bagi pemandu2 cuai ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillahwainnalillhirojiun..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Satgi nnt kuar kad oku
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Potong tak.lepas la ni.
Budak tu plak dok belakang driver...
Mmg habis la....
Kesian budak tu..
Hukuman bayar pampasan utk mangsa boleh lah dibuat skang
Banyak sgt kemalangan melibatkan kematian sebegini....disebabkan kecuaian
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Majoriti pemandu trak pikap adalah pembunuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2022 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti kejadian ala2 mcm ni. Tp yg ni masih bernasib baik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa guna terma pandu lawan arus? Boleh menyebabkan org confuse.. tulis je lah cubaan memotong gagal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2022 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerap sgt dah kemalangan sbb cuai ni. Tp tula byr denda lepas. Mmg sial la undang2 bodo ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 25-9-2022 08:22 AM
Dah kenapa guna terma pandu lawan arus? Boleh menyebabkan org confuse.. tulis je lah cubaan memotong ...

Setuju sgtttt....kak jenis baca tajuk je x baca keseluruhan...ingatkan mmg lawan arusla...

Tiba2 terbaca posting shernaz no 5# baru baca balik keseluruhan cerita rupanya kes memotong....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 08:30 AM | Show all posts
Dalam kejadian itu, mangsa, Afif Daiyan Shamsuri, 5, meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Shamsuri Mohd, 45, sementara kakaknya pula, Auni Dalili Shamsuri, 11, mengalami kecederaan parah di kepala.


mcm ade ayat yg tertinggal kat part bapa nye tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 08:40 AM | Show all posts
Allah kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 03:36 PM | Show all posts
innalillah. Allahu, sedihnya baca citer cenggini
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin banyak kes kemalangan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 07:56 PM | Show all posts
Kot² ada yg belum tahu lg... berat lori pick up ni lebih kurang 2,3 kali ganda berat kereta biasa.. dan jg lagi berat dr lori satu tan tu...so boleh bayangkan lah camana impact bila berlaku xciden antara kereta dgn lori pick up ni...tambah lg masing² bawak pick up ni laju ngalahkan kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
LEMAHHHHH penulisan budak2 wartawan kelas belakang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2022 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 25-9-2022 08:22 AM
Dah kenapa guna terma pandu lawan arus? Boleh menyebabkan org confuse.. tulis je lah cubaan memotong ...

Setuju...klau highway sesuai guna lawan arus tp jln biasa biasa selalunya potong tak lepas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.564537 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list