View: 641|Reply: 4
|
Ustaz Beritahu Bapa Hilang Sejak Isnin Mungkin 'Disembunyikan'
[Copy link]
|
|
Kehilangan seorang warga emas sejak lima hari lalu kekal misteri berikutan lelaki itu masih gagal ditemukan walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan.
Anak lelakinya, Noor Azali Ithnin, 44, memberitahu, kali terakhir ahli keluarga melihat bapanya, Ithnin Warsan, 79, pada pukul 7 malam Isnin lalu sedang bersiar-siar di halaman rumah.
Azali menunjukkan gambar ayahnya yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.
“Biasanya, dia akan masuk rumah sebelum azan Maghrib. Tetapi hari itu, kelibat ayah masih tidak kelihatan hingga pukul 7.15 malam.
“Kami memanggil namanya di sekitar rumah beberapa kali, namun dia gagal dijumpai hingga kini,” katanya ketika ditemui di Kampung Tungku Tiga, di sini hari ini.
Noor Azali berkata, kehilangan bapanya itu agak misteri dan keluarganya tidak menolak kemungkinan ada hubung kait dengan alam ghaib.
“Sepanjang usaha kami mencarinya, ada ustaz memberitahu bapa ‘disembunyikan’ makhluk halus di sekitar kawasan kampung.
“Walaupun kehilangannya penuh misteri, saya dan adik-beradik serta saudara-mara lain berharap ayah ditemukan dalam keadaan selamat. Kami membuat laporan di Balai Polis Segamat pada Selasa lalu,” katanya.
Noor Azali memberitahu, ayahnya tidak mempunyai penyakit kronik termasuk nyanyuk, cuma tidak begitu kuat berjalan atas faktor usia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya telah melakukan pencarian termasuk di lokasi yang kerap dikunjungi warga emas tersebut, kediaman kenalan dan kawasan sekitar kampung.
“Namun, hingga kini pihak polis tidak menerima sebarang maklumat jejak berkaitan lelaki berkenaan. Kami akan meneruskan pencarian dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) juga membantu dalam usaha mengesan warga emas tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga pakcik dapat ditemui.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes di Johor lagi
Bulan August baru2 ni Wak Painah dari Batu Pahat yang hilang berhari-hari di katakan bunian sorok
Sekarang ni berlaku kat Segamat pula di khabarkan di sembunyikan |
|
|
|
|
|
|
|
malaun mana yg sahkan disembunyikan tu?
Ostad taikkucing?
lagi lagi alam mistik dipersalahkan..
Melayu dan Mistik berpisah tiada...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo nk kata kehilangan berkait makhluk halus, ada bbrp criteria di kawasan hilang tu baru bole syak angkara makhluk halus |
|
|
|
|
|
|
| |
|