View: 3670|Reply: 40
|
Kreatif, Idea Luar Biasa, Ubi Muncul Juara Muzikal Lawak Superstar 3
[Copy link]
|
|
Kumpulan Ubi menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara program Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
Dalam ucapannya, Ubi yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie meluahkan rasa syukur kerana diangkat sebagai pemenang bagi musim kali ini.
"Alhamdulillah! Terima kasih kepada juri-juri kerana memberikan input setiap minggu supaya kami mampu memberi yang terbaik, bukan untuk kami tetapi untuk hiburkan semua orang,” kata Ubi selepas diumumkan sebagai juara.
Foto: Harian Metro
Dalam persembahannya itu, juri tetap iaitu Najip Ali memuji lawak yang disampaikan Ubi dan menyifatkan ia idea luar biasa.
"ersembahan kreatif... tanpa batasan. Idea luar biasa!
"Anda sudah berikan seni lawak yang berkesan," kata Najip.
Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000.
Sementara itu, kumpulan Cili yang dianggotai Ali Puteh, Achey dan Shiha Zikir menjadi naib juara dan membawa pulang wang tunai RM75,000.
Shiha Zikir juga menerima gelaran Superstar Paling Gempak untuk minggu ini.
Manakala tempat ketiga menjadi milik Bahroy yang dianggotai Nizam Jentik Jentik, Shashic Eiwan dan Roy Azman.
Kumpulan OOD yang dianggotai Man Raja Lawak, Chiwan dan Zahid diumumkan sebagai penerima tempat keempat.
Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000.
Semua finalis MLS3 diadili 75 peratus daripada markah juri tetap iaitu Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali, manakala 35 peratus lagi undian penonton awam.
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Sharnaaz Ahmad itu disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna HD (107).-CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Wah ali susun dapat duit lagi boleh la bayar sikit2 kat anak buah tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jihyomelly at 24-9-2022 12:50 PM
hmmm cili tu ok tapi si ali susun tu spoilt asyik perli2 netizen tak abis2 macam la dia mangsa padahal sendiri pedajal anak saudara..lemahhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
ok la ubi menang juara sbb terhibur jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi orang tengok pertandingan lawak macam ni? Dah lah ada Ali. Tapi ada lah kot Astro setiap tahun buat. Hadiah pun lagi banyak dari GV. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MistrezHermanaz at 24-9-2022 02:41 PM
jihyomelly replied at 24-9-2022 11:02 AM
hmmm cili tu ok tapi si ali susun tu spoilt asyik perli2 netizen tak abis2 macam la dia mangsa padah ...
Shiha tu over.. Patut Nami yg dpt superstar paling gempak tu |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 24-9-2022 02:04 PM
Aku laki bini tk tgk prog lawak2
Laki aku ckp kesian tgk diorg ni...
Cuba utk buat kita ketawa
Acik lebih terhibur dgn poremer2 |
|
|
|
|
|
|
|
kannn terkedu iols laki bini bila nama shiha disebut
patut si nami tu
|
|
|
|
|
|
|
|
iols mmg follow muzikal lawak superstar ni sebab konsep muzikal
kalau MLM tu, sesekali je ada tema muzikal
secara jujur kump Ubi memang sangat konsisten setiap minggu
try tengok kat youtube
|
|
|
|
|
|
|
|
sama la.
baru semalam skodeng ig dia
rupanya baru tahun lepas kawin
dan rasanya kawin dengan ibu tunggal anak 1
cantik wife dia
nampak muka ada iras fathia latif
|
|
|
|
|
|
|
|
jihyomelly replied at 24-9-2022 11:02 AM
hmmm cili tu ok tapi si ali susun tu spoilt asyik perli2 netizen tak abis2 macam la dia mangsa padah ...
Dia perli apa sb tak tgk. Ada td ai skodeng ig dia,7/8week lepas dia ada up screenshot org maki dia. Bila ai tgk ada undian dripda netizens ..ooo ptutla dia tak maki balik pompuan yg maki dia tu. Takut lerrr tuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
MistrezHermanaz replied at 24-9-2022 01:47 PM
Shiha tu over.. Patut Nami yg dpt superstar paling gempal tu
kan ingat iols je shiha over..maybe sbb dia penyanyi tu yg macam over confident kekadang tak lawak pun..nami tiap minggu bagus! tapi rezeki ubi juara lega jugak punya xnak cili menang sbb nyampah dgn ali susun |
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 24-9-2022 02:34 PM
Dia perli apa sb tak tgk. Ada td ai skodeng ig dia,7/8week lepas dia ada up screenshot org maki di ...
kekadang dia perli2 kata org suka ngata dia la kira sipi2 perli netizen:.semlm pun masa shiah cakap org maki kau ok je dia jwb aku maki kan balik je org tu..live kot perangai hazabedah dia je betul..over gedik bila buat2 lembut kita tgk |
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 24-9-2022 02:34 PM
Dia perli apa sb tak tgk. Ada td ai skodeng ig dia,7/8week lepas dia ada up screenshot org maki di ...
Kalau x masuk bertanding tu mesti dia carut kan balik tu |
|
|
|
|
|
|
|
jihyomelly replied at 24-9-2022 02:40 PM
kekadang dia perli2 kata org suka ngata dia la kira sipi2 perli netizen:.semlm pun masa shiah caka ...
Last week dato awie cakap jgn bahan org, jgn gunakan juri, jgn buat cite sedih atas pentas sbb org nk tgk lawak, buat cite sedih dh lari konsep lawak tu, ali susun gamak lagi buat story sedih atas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tgk tp selalu perasan kat fb ada post sedutan persembahan kump ni. Duk tiru/parody org je kan.
Pastu influencer namie tu dah benti jd cikgu yaaa haihhh ntahlaaa
Mana2 yg bercita2 nak jd retis jgn la sibuk nak mintak keje gomen bagai pi bg kat org lain yg lebih memerlukan.
Sbb ujung2 korang benti dan sibuk nk jd selebriti padahal kerjaya seni ni bermusim. |
|
|
|
|
|
|
|
MistrezHermanaz replied at 24-9-2022 02:42 PM
Kalau x masuk bertanding tu mesti dia carut kan balik tu
kan tgk muka jenis nak sembur carut je..bermuka2
konon baik2 padahal ishhhh memang xleh tgk muka dia |
|
|
|
|
|
|
|
Korang yg tak tengok lagi dinasihatkan tgk part UBi je... Peserta lain leh masuk kuboq.. mostly terjerit-jerit tiap minggu dengan lawak tak sampai.. aku lak stress dok carut ko jerit2 napa mangkuk.. dah le tak lawak .. bingit lak |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak tengok...tapi aku suka cikgu nami tu...hensem tapi kelakar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|