Sumber IG
Penyanyi Amir Masdi mendedahkan dia pernah menerima lamaran perkahwinan daripada peminat menerusi hantaran mesej di Instagram rasmi miliknya.
Menerusi laporan Getaran, bagi Amir, perkahwinan adalah fasa penting dan dia sendiri mengakui masih belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.
"Ramai peminat yang dm saya bertanyakan soal status diri. Ada juga yang ajak kahwin. Tapi, saya tak buka mesej itu. Sekadar scroll ke bawah dan nampak perkataan kahwin.
"Saya faham, zaman media sosial membuatkan peminat mudah untuk berhubung dengan artis kesukaan mereka. Saya tak rasa lamaran itu kelakar sebab saya menghormati perasaan peminat.
"Namun sekarang saya belum di fasa mencari apalagi mempunyai calon untuk diajak berkahwin," katanya.
Dikelilingi rakan-rakan artis yang sudah berkahwin, namun pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah itu tidak tertekan sebaliknya mahu memberi fokus kepada karier nyanyiannya.
"Sekarang belum masa untuk saya berkahwin atau settle down. Melihat rakan artis yang saya rapat sudah berkahwin, mula-mula rasa terkejut tapi mungkin sebab mereka sudah bersedia dan saya bangga dengan mereka.
"Tapi, untuk saya sendiri, saya belum bersedia memikul tanggungjawab itu. Kalau suruh kahwin sekarang memang saya takut.
"Tunggulah nanti sehingga saya bersedia dan pasangan saya pun bersedia. Insya-Allah bila semua bersedia, kita dapat kurangkan masalah dalam rumahtangga," tambahnya. - CARI
|