CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5997|Reply: 94

[Jenayah] Merpati : Setelah penjara sahkan Najib di HRC, ramai mula rujuk ‘Artikel Merpati’ yang tular

  [Copy link]
Post time 21-9-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Jabatan Penjara Malaysia akhirnya mengesahkan banduan Najib Razak kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata, selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara, Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan susulan perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu berikutan keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.

“Pada 19 September 2022, pihak HKL telah merujuk Najib ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sehingga kini.

“Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” kata jabatan itu.

Sejak beberapa hari lalu beredar tulisan tanpa nama di media sosial berhubung dakwaan layanan istimewa yang diberikan terhadap Najib – yang dirujuk dengan kod nama merpati.

Dakwaan itu antaranya melibatkan pengubahsuaian ruang penjara untuk Najib dan rancangan untuk membawa bekas Perdana Menteri itu ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan orang kenamaan (VIP).

Meskipun tulisan itu sudah beredar secara meluas di alam maya dan pelbagai komen netizen yang tidak puas hati mengenainya boleh didengari – sekiranya dakwaan itu didapati benar – ia bagaimanapun hanya berjaya menarik perhatian Jabatan Penjara setelah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli turut membangkitkannya semalam.

Selain meminta kerajaan menjelaskan tentang dakwaan tersebut, Rafizi juga mengaitkan dengan tulisan di media sosial Najib yang seolah-olah memperlihatkan beliau mempunyai akses bebas kepada dunia luar, yang mungkin mengesahkan dakwaan berkaitan layanan istimewa kepada merpati di penjara.

Berikutan Jabatan Penjara akhirnya tampil mengesahkan Najib sedang dirawat di HRC, mahu tidak mahu harus kita akui, mujurlah ada Rafizi bersuara mengenainya.

Jika tanpa beliau bersuara, mungkin sampai sekarang kita tidak tahu Najib sedang berada di HRC dan bukan di Penjara Kajang.

Bahkan, tanpa desakan Rafizi juga, kita juga tidak mungkin tahu bahawa Najib sudah berada di HRC sejak 19 September lagi.

Meskipun Jabatan Penjara memaklumkan bahawa Najib akan dihantar kembali ke Penjara Kajang sebaik pakar perubatan HRC dan HKL memberi pelepasan perubatan kepadanya, jika tidak dibangkitkan oleh Rafizi, mungkin tiada siapa tahu berapa lama beliau akan berada di HRC itu.

Seorang teman menghubungi sebentar tadi, jika tidak didedahkan dan seterusnya tidak dibangkitkan oleh Rafizi, entah-entah Najib akan ditempatkan lebih lama di HRC yang berhawa dingin berbanding Penjara Kajang yang hanya ada katil dan kipas saja.

Dalam hal ini, selain suara Rafizi yang jelas terlihat ada kuasa yang mampu membuatkan pihak berkuasa tidak berdiam diri, penulis tanpa nama yang mendedahkan hal berkaitan merpati itu juga ada peranannya yang tersendiri kepada kita semua.

Tanpa pendedahan itu, barangkali banyak lagi benda-benda yang kita tidak tahu berkenaan dengan Najib akan terus tersembunyi begitu saja.

Harapnya selepas ini, mereka tanpa nama itu akan terus mendedahkan kepincangan dan layanan istimewa yang tidak sepatutnya yang diberikan kepada Najib sepanjang tempoh pemenjaraannya.

Di samping kesalahan rasuah Najib adalah serius dan beliau harus diberi hukuman yang sewajarnya sebagai pengajaran kepada dirinya dan orang lain, beliau juga belum pun sampai sebulan lagi dimasukkan ke penjara.

Ehh…takkan belum sampai sebulan di penjara sudah tak mampu menghadapinya – mana jeritan lawan tetap lawan dan berbangga selama ini dengan darah pahlawan Bugis yang mengalir dalam tubuhnya? – (ShahbudinHusin 21/09/2022) .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Admin dapat dari group wassap.. Cerita menarik tak tau betul atau tak..

Kalau betul.. Semoga Allah laknatkan mereka yg terlibat...

Kalau tak betul.. Anggaplah ianya sebagai cerita fiksyen dan jadikan sebagai bacaan santai.. Jgn serius sgt...

Merpati yang menyusahkan anggota perkhidmatan awam.

23.8.2022 - Merpati masuk penjara kajang 6.00 petang

Dalam keadaan tenang, masih berpakaian seperti di mahkamah, kemeja putih dan seluar hitam, berkasut.

24.8.22  - Menteri KDN masuk sekitar jam 10 malam.

Perjumpaan bersama Merpati di bilik farmasi klinik penjara.

Merpati bersama Dato Nordin (pengarah Penjara Malaysia) dan Menteri dalam bilik, perbincangan sekitar 1 jam.

Dato Aziz (Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia) maklumkan berkaitan renovation bilik . RM50k diturunkan.

27.8.22 - Dapat makluman dari lawyer yang Merpati sakit.

Didapati beliau dalam keadaan sihat. Tidak mengadu sakit perut. Tiada tanda pendarahan aktif sedang berlaku. Vitalsign semua normal dan stabil. Tiada apa-apa simptom.

Laporan dihantar pada pengarah (memo laporan pemeriksaan), yang akan dihantar pada IPPM.

Penegasan bahawa Merpati tidak akan dihantar ke hospital kerana keadaannya yang stabil dibuat pada team Merpati dan pegawai penjara (Tuan Rosli, Tuan Zakri), nampak muka mereka (team Merpati - i.e  Dato Dr Rayyan - doktor peribadi Merpati) seperti kecewa.

Terdengar cadangan bahawa team Merpati telah membuat rancangan bahawa dia akan dihantar ke Hospital Serdang. Arrangement di sana telahpun dibuat. Seterusnya, rancangannya ialah supaya Merpati di hantar ke Rehab Cheras. Di sana dia akan lama untuk menghabiskan sisa hukuman penjara.

1.9.2022 - Mesyuarat bersama bahagian Pengurusan IPPM. Bajet RM 3.5 juta turun dari KDN untuk uruskan Merpati – kenderaan, kesihatan, penempatan.

Baru dapat RM50 ribu hari pertama, kali ini ni RM3.5 juta.  

4.9.2022 -

8.10 pagi - KJP sudah bising, nak tahu keadaan kesihatan Merpati.

10.40 pagi - Merpati mengadu nose blok sahaja. Tiada sakit perut, tiada pening, tiada berak darah, tiada perut kembung, tiada muntah. Tekanan darah , dan lain-lain vital signs semua stabil.

Tak lama kemudian, dimaklumkan yang Menteri KDN call Pengarah, suruh hantar HKL pada hari itu juga.

Bila sampai HKL, dihantar masuk wad Diraja. Bilik 1st class.

Tak sampai 5 minit team penjara sampai, team Merpati juga sampai. Dato Dr Rayyan juga ada di sana.

Pihak HKL sendiri nampaknya kurang selesa kerana Merpati dihantar tanpa sebarang makluman awal. Tapi yang minta hantar bukan penjara, arahan pihak atasan. Nampaknya semua pihak takut nak pikul tanggungjawab sekiranya ada sebarang isu berbangkit pada masa hadapan.

Physician ambil darah dan tunggu keputusan darah, bila darah keluar semua ok, dia discaj. Tapi terpaksa rujuk pada pakar tulang sebab Merpati mengadu sakit leher dan belakang. Pakar ortopedik juga datang.

Akhirnya, petang tu juga discaj. Team Merpati semua terkejut. Terkejut sebab discaj.

Merpati pula, awalnya tidak mahu balik. Tapi selepas pegawai (Pengarah Penjara Kajang) bertegas, Merpati menukar baju wad ke baju yang dia pakai masa datang tadi.

5.9.2022 -

9.10 pagi  Team Penjara hadir mesyuarat di HKL – bersama wakil KKM, Pengarah HKL, Pakar-pakar HKL membincangkan isu semalam.

Tengah meeting, dimaklum yang Menteri Kesihatan bagi arahan pada Pakar Orto suruh admit Merpati ke wad. Habis meeting sekitar jam 4.30 petang.

Sekitar 8.15pm, Menteri Kesihatan melalui TS Noor Hisyam beritahu Merpati perlu dihantar malam ini ke HKL. Pihak Penjara enggan.

9.9.22  -

Rancangan asal selepas habis Mahkamah tengah hari, terus hantar Merpati ke HKL. Tapi Mahkamah habis petang. Hampir jam 6 juga baru masuk wad. Pegawai pengiring yang escort semua tidak tahu akan ke HKL melainkan Ketua Pengiring. Dengan kata lain, ke HKL hari ini penuh rahsia dan tiada masuk media.

11.9.22 - Semua pemeriksaan complete dan Merpati discaj dari wad lewat petang. Melalui pegawainya, DG TS Hisyam minta simpan lama sikit. Namun pegawai nya sendiri tidak bersetuju kerana tiada sebab, dan susah nak jawab dengan Mahkamah kenapa Merpati perlu disimpan di hospital.

12.9.2022 -

Kecoh di mahkamah tekanan darah Merpati naik tinggi. Pihak penjara dipersalahkan kononnya salah bagi ubat. Sedangkan ubat yang diterima adalah dari HKL. Dan lagi, tekanan darah begitu tak perlu ke hospital. Kalau rakyat biasa rakyat hanya disuruh balik berehat. Kenapa nak urus Merpati ni lain dari biasa. Namun, team Merpati push untuk hantar terus Merpati ke hospital. Walau pun team penjara keberatan, Ketua Pengarah Penjara minta Merpati dihantar ke hospital.

Akhirnya Merpati dihantar ke HKL sekitar jam 2 lebih.  Petang itu, pihak penjara dimaklumkan bahawa pihak ‘’atasan’’ arah simpan Merpati dalam wad hari ni. Buat apa yang patut.

17.9.2022 -

Dapat makluman yang Merpati akan dihantar ke Hospital Rehab Cheras. Ya, arahan PM dan Menteri Kesihatan. Motifnya, boleh jadi sudah ada perjanjian antara team Merpati dengan mereka.  

Para penjawat awam tertekan dan meluat. Korang punya politik, susahkan penjawat awam nak ikut arahan hangpa. Bila ada masalah, penjawat awam ini yang dipersalahkan.

18.9.2022 -

Arahan dari atasan bertubi-tubi suruh hantar ke Cheras. Tapi masalahnya, dari HKL tiada indikasi kukuh untuk ke rehab Cheras. Pegawai fisio kata boleh buat outpatient 2-3 minggu sekali. Tak perlu ke Cheras untuk active fisio. Dan Hospital Rehab Cheras juga insist untuk HKL keluarkan surat rujukan sebab utama hantar ke Cheras. Dan HKL tiada alasan melainkan arahan Menteri. Takkan nak tulis sebab arahan menteri?  

Kalau tulis sebab arahan Menteri, Menteri kena jawab. Mereka tak nak bertanggungjawab. So, sekarang isu surat rujukan pakar HKL tak nak keluarkan, tapi dapat arahan pindahkan ke Hospital Rehab Cheras.

Semua yang terlibat tertekan ketika ini. Tapi semua tak berani nak tampil ke hadapan.

Rumusan:

Motif ke Hospital Rehab Cheras :

1. Mudah pergerakan untuk ahli keluarga, SU Politik, orang luar nak jumpa.

2. Mudah berjumpa orang berbanding dalam penjara. Mungkin menjadikan percaturan politik lebih mudah dibuat.

3. Hospital Rehab Cheras disediakan dengan fasiliti VVIP

4. Di HKL sekarang ni, bilik 1st class digunakan.

5. Apa pakar-pakar akan jawab nanti sekiranya tiada sebab Merpati perlu di hantar ke rehab Cheras.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Terjawab sudah persoalan kenapa FB sentiasa update
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 07:26 PM | Show all posts
kalo pakai duit sendirik takpe la jugak. dah masuk jel pun menyusahkan rakyat. belum lg bini merpati tua, si dugong masuk jel - last2 laki bini aman2 jah berumahtangga kat spital. tiba masanya kerajaan yg enable dan layan spesel penjenayah ni patut ditukar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 21-9-2022 07:14 PM
Terjawab sudah persoalan kenapa FB sentiasa update

dkt FB dah start kutuk2/troll org balik. time hari hukuman nak dijatuhkan dulu, bukan main tunjuk atas sejadahla, cucu rindu, kucing rindu, amik wudhu mcm2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara marhaen Dan merpati
Memungkinkan segalanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjawat awam kan makan gaji buta, tak bayaq tax mcm swasta
Org politik yg masuk segenap kementerian pulak semua cendikiawan
Tanpa deyols konfem weols semua ni cuma tau masuk ofis thumb print lepas tu kuar pi minum sesambil cod barang, lepas tu masuk ofis kejap, lepas tu kuar lagi pi ambik anak kat skolah
Ulang2 benda ni sampai weols pencen
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 07:30 PM | Show all posts
Sejak dipenjara... semakin banyak masalah kesihatannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2022 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 21-9-2022 11:09 AM
Admin dapat dari group wassap.. Cerita menarik tak tau betul atau tak..

Kalau betul.. Semoga Allah  ...

Ini ke yang si Yanadey tu meratib sendu sedih hati ini memikirka  bapak dia yang teraniaya sangat2 di samping takleh minum stabak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul benda ni memang menyusahkan semua. Banyak sangat cekadak
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 07:40 PM | Show all posts
penyokong DAP je yang masih resah dengan najib ni

orang lain dah rilek2 je dah

dah move on
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 21-9-2022 07:40 PM
penyokong DAP je yang masih resah dengan najib ni

orang lain dah rilek2 je dah

Ingatkan bila najib dah kena hukum, dah x ada citer lagi pasal najib ...rupa2nya masih lagi ratib najib....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 08:06 PM | Show all posts
Sejak masuk asyik buat2 sakit tamau duduk jel ya, merpati ... Mintak2 Allah makbulkan lah kehendak dia dengan betul2 sakit tahap tak leh bangun nak mati, kena kanser ke, massive stroke ke..... sekali dengan orang2 atasan yg sama subahat bagi arahan tu... aamin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
DAP jugak kena walau tak buat apa..padahal PKR yg hebohkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2022 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Moyangkucing replied at 21-9-2022 08:06 PM
Sejak masuk asyik buat2 sakit tamau duduk jel ya, merpati ... Mintak2 Allah makbulkan lah kehendak d ...

Semoga dimakbulkan..Aaminn
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kah penjawat awam semua are goverment SERVANT,  so apa nak hairan,  ikut ja lah sapa yg perintah suruh buat itu ini.  

No more UMNO pru akan datang,  memalukan sungguh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagilah dia duduk kat HRC,
Penjara pun katanya sedang di renovation...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu mati barulah semua puashati
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 08:41 PM | Show all posts
sayang Digimon tokoh mithali maal hijroh dambaan ummiyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 21-9-2022 08:21 PM
Bagilah dia duduk kat HRC,
Penjara pun katanya sedang di renovation...

Kebabian apa nak kena renovate  jail ikut keselesaan dia pulak? suruh pakai  duit dia sendiri ..takde aku halalkan  ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.076030 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list