CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1045|Reply: 4

Emosi Terganggu Isu Anak, Britney Spears Bawa Diri Ke Hawaii

[Copy link]
Post time 21-9-2022 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Rentetan isu keluarga yang berpanjangan, penyanyi pop terkenal Britney Spears mengambil keputusan untuk berehat dan mencari ketenangan bersama suami baharunya iaitu Sam Asghari di Hawaii, Amerika Syarikat.


Menurut laporan Hollywood Life, Britney melalui tempoh sukar sejak beberapa minggu lalu selepas kisah dia bersama dua orang anaknya iaitu Sean dan Jayden menjadi perbualan ramai.




  



"Britney perlu tenangkan fikiran kerana sudah beberapa minggu dia melalui waktu sukar dari sudut emosi.


"Hawaii adalah tempat yang tenang buat Britney. Dia merasa selamat apabila berada di sana. Dia mahu kembali mencari fokus untuk diri sendiri.


"Britney mahu anak-anaknya tahu dia sentiasa sayangkan mereka dan percaya suatu hari nanti pasti mereka akan kembali ke pangkuannya," ujar sumber berkenaan.




Marca




Sean dan Jayden merupakan anak Britney hasil dari perkahwinan terdahulu bersama bekas suami iaitu Kevin Federline.


Sebelum ini Jayden membuat satu kenyataan kononnya Britney sengaja mencuri perhatian apabila berkongsi masalah di media sosial.


Selain itu kedua-dua mereka juga tidak hadir ke majlis perkahwinan penyanyi itu bersama Sam yang berlangsung pada Jun lalu.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya acik Britney.. Ada parents toxic.. Anak2 pulak mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian akak it's britney bitch   (insert bgm gimme more). Bila dengar balik lagu lucky tu memang boleh rasa dia menyanyi dengan ikhlas sebab itu la kisah hidup dia. Duit banyak tapi hati x senang. Padahal dengan duit yg dia ada dah boleh retire aman2
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 08:57 AM | Show all posts
Baru tengok muzik video S&M duet dgn Rihanna acik Britney ni mmg superb yaaach
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 07:06 AM | Show all posts
I feel so sorry for Britney Spears's children. Their mum is horrible.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.047157 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list