View: 2305|Reply: 20
|
"Saya Akan Mesej Isterinya,"-Walau Urusan Kerja, Bella Astillah Tak Akan Mesej Suami Orang
[Copy link]
|
|
Bella Astillah, 28, mengakui dia tidak memilih watak untuk dilakonkan, namun akan meneliti banyak perkara termasuk berbincang dulu dengan suaminya juga penyanyi serta pelakon, Aliff Aziz.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, berkata, sebagai isteri orang, semestinya dia perlu berfikir dan meneliti dengan baik setiap tawaran watak diterima sebelum memberikan persetujuan.
"Saya memang tak memilih dari segi tawaran watak diberikan kerana masih dalam proses belajar. Tapi, asalkan watak itu tidak keterlaluan, okeylah. Sebabnya, anak-anak saya pun menonton TV dan tak mahu mereka tengok yang bukan-bukan.
"Saya tak cuba menunjuk diri baik. Cuma, saya kena fikirkan banyak pihak yang perlu dijaga terutama hati keluarga. Tapi, Aliff selalu ada membantu kerana dia juga sentiasa berada di set penggambaran menemani saya," katanya ditemui pada acara sidang media secara virtual.
Foto: IG
Bella yang kini muncul dengan drama terbaharu, Aku Tanpa Cintamu di slot Samarinda TV3, melakonkan watak Nuha, seorang pelakon yang bercita-cita tinggi, namun setiap gerak-gerinya dikawal oleh suami, Adam, lakonan Zamarul Hisham.
Mengulas watak Nuha itu, Bella berkata ia watak yang agak berat dan kali pertama dilakonkannya.
Ujarnya, dia sangat gementar membawakan watak itu, namun berusaha mencabar diri untuk membuat terbaik.
"Saya banyak berbincang dengan abang Zamarul dan pengarah, Emi Suffian untuk melakonkan babak dalam drama ini kerana kami menjaga batas dan cuba mengelakkan daripada bersentuhan.
"Saya juga kalau ada apa-apa yang nak tanya atau pesan kepada abang Zamarul, pasti akan kirim mesej kepada isterinya, kak Diana kerana lebih selesa. Saya tak pernah 'chat' atau kirim mesej langsung dengan abang Zamarul," katanya lagi.
Bella berkata, dia malu dan berasa kurang manis sekiranya menghubungi atau mengirim mesej langsung kepada suami orang walaupun atas urusan kerja.
Katanya, dia memang akan mencari Diana dulu kerana itu lebih baik dan profesional.
Drama Aku Tanpa Cintamu yang sudah menemui penonton TV3 sejak 15 September lalu mempunyai 15 episod.
Selain Bella dan Zamarul, pelakon lain ialah Datuk Seri Eizlan Yusof, Mas Anizan, Zarynn Min, Shah Iskandar dan ramai lagi. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai ke sudah dia ni feeling insecure. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah berlakon lah. bukan best pun |
|
|
|
|
|
|
|
Feeling actress terkenal gitew padahal bakat pun kejung..sekarang nie pelakon main tangkap muat je ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu replied at 21-9-2022 04:26 PM
sampai ke sudah dia ni feeling insecure.
Opkos la insecure, kontol kesayangan nye kita semua dah tgk |
|
|
|
|
|
|
|
tak yah berlakon la kak..buat video tiktok byk2 bole la kami2 ni usha |
|
|
|
|
|
|
|
So ni hint kat perempuan lain supaya jangan message laki hang pasal keja ke?
Laki dia belakon dgn pelakon wanita sape ek?
Da tau sgt minah ni punye ammo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ish... Kalau bab keje tak kan ko nk mesej bini org yg tak tau Apa2 ttg jobscope laki dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 21-9-2022 08:11 PM
Ish... Kalau bab keje tak kan ko nk mesej bini org yg tak tau Apa2 ttg jobscope laki dia?
Mungkin jadikan phone Diana tu sebagai perantara kot. So Diana boleh baca benda diorang sembang. |
|
|
|
|
|
|
|
Bijik la.
Mende koje professional je la.
Jadah nk mesej kat spouse pasal koje laki die?
Ce kalau boss kilang mesej kat bini engineer bg tau pasal masalah mesin.
Mau nangis kat bucu katil meraung2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pasal kerja takde sape nak sakit hati lah. Lain la kalau jenis getik |
|
|
|
|
|
|
|
Bosan la tengok dia ni
Makin hancur drama melayu sekarang. Pelakon bongok2 diambiknya |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal msg bini co stars ko lak...ntah ke diana tu x kesah langsung...lain lah kalu diana tu insecure...tu jadi ceta terbalik... |
|
|
|
|
|
|
|
Traumatised betul dia aliff buat hal dulu
Still anggap perempuan 100% salah dalam hal tu ke macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mesmerize at 21-9-2022 11:02 PM
padahal dalam citer ni boleh je ko salam cium tangan kat zamarul hisyam tu..
nasib baik ai follow citer Aku tanpa cintamu tu.. jalan citer best.. pasal suami yang umur jauh lagi tua tapi mentally n physically abusive pada isteri dia .. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Bella baca semua komen dalam ni, menangis dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
AKu tersangkut tgk drama ni. Not bad juga lakonan dia sesuai dengan watak. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya ada gak plot lain utk drama melayu. Klo x balik2 kawin paksa |
|
|
|
|
|
|
|
Seb baik la citer ni best sbab aku smpai tgok kt disney hotstar pnye la x sbar nk tgok..lagipun iollss suka bila ada malek mccrone..haish hensemnyehh dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
Camna la Alip boleh taste kat sheol ni. Sebijik muka badan tu dengan student Form 5 akak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|