CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3987|Reply: 20

Korang rasa... adakah....?

[Copy link]
Post time 4-10-2010 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Ok korang.. ni tentang issue bomoh.. and ayah aku..

All my life, apa yang aku tahu, ayah aku jenis tak suka jumpa bomoh and bagi dia, ramai jek bomoh 'temberang' out there.  Kalau dia sakit ke apa, dia akan pergi ke hospital.  And kalau ada orang mengaku diri bomoh n pandai ubat2 or buat air, ayah aku akan bersikap skeptikal.. kira macam orang moden lah..even though ayah aku ni orang veteran...

Mende ni berlaku last weekend.
Ayah aku and adik ipar aku pergi melawat bapak sedara adik ipar aku di satu tempat di Negeri 9 sebab ayah aku nak bagi duit zakat.

Derang ni (pak sedara and mak sedara adik ipar aku) mmg dah tua .. suami dah umur 80an and isteri dah umur 70an.  Derang ni orang miskin and tinggal di rumah buruk jek.  Pasangan ni mmg tinggal berdua jek and si isteri ni dah sakit2..

Si isteri ni bekas bomoh. and according to adik ipar aku.. derang yg datang melawat rumah pasangan suami isteri ni mmg takut nak masuk kat dalam satu bilik nih.. sebab ada gangguan.  Aku dok speku yg mungkin ada kaitan dengan isteri dia yg bomoh kot?  Ntah lah. Tapi lebih baik kita tak sangka buruk ye tak?


Anyways.. bila ayah aku n adik ipar aku sampai jek.. of course disambut mesra.  Kemudian si suami pergi ke dapur buat air..
Lepas tu, si isteri ni tengok ayah aku, and berlakulah dialog ini (lebeh kurang lah.. seperti yg diceritakan oleh adik ipar aku)

Makcik ex bomoh: Saya ni asyik sakit2. Tolonglah saya - dialog lebih kurang macam tu

Ayah aku: Saya bukan bomoh.

Tapi mak cik tu mintak jugak ayah aku ubatkan dia.  Tak lama tu, suami dia datang bawak satu bekas air and bagi kt ayah aku. So, ayah aku pun - taknak hampakan permintaan orang - amik air tu and baca2lah... adik ipar aku cakap lama jugak ayah aku menjampi air tu.. dalam 5 minit gitu... and then, beri air tu pada makcik tu..

Lepas tu ayah aku and adik ipar aku bertolak balik.. Adik ipar aku sebenarnya terkejut lah tengok insiden mak sedara dia seorang bekas bomoh merayu mintak ayah aku ubatkan dia - sedangkan ayah kitaorang bukan bomoh...  At least, not that we know of...

Dalam perjalanan balik ayah aku buka satu cerita masa dulu2. Kata ayah aku, pernah suatu masa.. ada sorang ni sakit... (tapi ayah tak beritau lah sakit apa) and dia mintak ayah aku ubatkan dia - buatkan air jampi - and untuk tak menghampakan harapan orang tu, ayah aku pun buatkan lah.. tup tup dengan izin Allah, terus sembuh penyakit dia... Since then, orang tu gelar ayah aku BOMOH.  Tensen gak ayah aku.. I think lepas tu ayah aku terus pindah dari tempat tu .. ye lah.. kang beratur orang datang.. haruu...

BIla balik rumah and cerita ni sampai kt kitaorang.. berdekah2 kitaorang gelak.. Adik aku siap cakap "alahh.. ntah2 ayah baca doa makan jek" wakakkakaka.. jahat kan?  Tapi ayah aku cuma sengih2 je and terus cepat2 gi ladang.

Actually, banyak perkara silam tentang ayah aku yg kitaorang tak tau.. orang tua tu jenis tak suka bukak mulut.  Cerita bomoh ni mmg agak kelakar lah sbb all i know, ayah aku bukan jenis kaki bomoh and bersikap skeptikal pada bomoh2.. and tup2.. seorang bomoh mintak ubat daripada dia.. kan pelik tu..

aku nak bersangka baik. mungkin bomoh tu nak cuba2 kot2 boleh kurang sakit dia...

komen korang?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 02:50 PM | Show all posts
Reply 1# nenekglamer

ermmm... pada aku tak mustahil kalo bapak ko dpt menyembuhkan org sakit kalo org tuh dah letak PENGHARAPAN yg tinggi pada bapak ko..
lgpun, manalah tau bapak ko masa berdoa tuh mmg sungguh mohon pada Allah swt agar sakit org tuh sembuh @ kurang sikit sakitnya

per kata ko tanya mak ko, mana lah tau byk rahsia yg mak ko tau tp korg adik beradik tak tau...
kdg2 org yg ader ilmu hebat nih mmg susah nak detect sb dia org bertindak dimasa kecemasan je...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 03:10 PM | Show all posts
kemungkinannnya ialah pak hang ni, seorang yang hati bersih, dan tinggi pula pengharapannya kepada Allah.

Orang-orang yang hati bersih ni, berbeza auranya daripada yang berhati kurang bersih.

Ada orang yang boleh melihat/ merasa aura ini.

dan selalunya orang-orang yang berhati bersih dan tinggi pengharapannya kepada Allah, apabila berdoa, mudah dimakbulkan oleh Allah.

Mungkin sebab itulah, tok bomoh itupun meminta pak hang buatkan air jampi, dengan harapan berkat doa orang-orang yang berhati bersih ini dimakbulkan oleh Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 03:14 PM | Show all posts
ayah ko tu tak nak menghampakan org yg sakit... dia baca doa yg ringkas je tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 03:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_rania at 4-10-2010 16:05

Salam TT,

Bila aku baca cerita hang ni so aku teringatkan beberapa kisah ayah aku yg ada persamaan dgn ayah hang
Antara kisah yg masih melekat & tak lupa dari ingatan aku sekeluarga ialah terjadi awal tahun ni
Semasa kami sekeluarga hadiri kenduri kahwin anak Pak Su aku di Seremban, kami semua dpt berita yg Tok Long aku sedang tenat kat Hospital Tuanku Jaafar Seremban
So sebaik saja langsungnya majlis kenduri tu aku sekeluarga & Mak Lang sekeluarga bergegas ke hospital utk ziarah Tok Long
Sebaik sampai kat hospital kami dapati dia tengah nazak & anak Tok Long yg aku panggil Pak Andak ada cerita dah seminggu keadaan Tok Long masih sama cam tu & suka meracau  
Pelbagai ikhtiar dah dilakukan dgn di bacakan yaasin oleh anak2 & qariah masjid serta dah di bawa oleh beberapa org ustaz supaya ada perubahan yg positif pd Tok Long begitu juga dgn pelbagai petua dah di buat  tapi keadaan masih tetap sama tanpa ada sebarang perubahan  
Tapi masa kami ada di dlm wad tempat Tok Long di rawat tak semena-mena Tok Long aku boleh gamit ayah aku yg berdiri di hujung katil sedangkan sebelum ni dia memang lemah sgt sehinggakan nak angkat tangan pun x larat
So ayah aku pun pergilah dekatkan diri dgn Tok Long sambil mengusap-usapkan ubun2 kepala serta muka Tok Long berserta sekali dgn baca doa coz aku nampak mulut ayah ku terkumat-kamit
Tak lama lepas tu aku tengok Tok Long aku pejamkan mata & mulut tertutup rapat seolah-olah sedang tidur(sebelum ni mata sentiasa ke atas & mulut sentiasa ternganga kecil)   
Bila dah tengok keadaan Tok Long yg seolah-olah sedang tidur tu kami pun minta diri utk pulang ke KL semula
Sepanjang perjalanan balik ke KL aku yg sememangnya mulut riuh & suka mengusik telah mengusik ayah aku dgn kata 'Ayah jampi apa sampai Tok Long boleh tidur nyenyak & tak meracau & Tok Long tu ada sesuatu yg tak kena ke?'         
Ayah aku seperti biasa kalau ada sesuatu yg tak perlu di beritahu so dia akan senyum aje
Aku masih ngusik lagi ayah aku dgn kata 'Mama, abang (hubby aku) & adik (anak aku) tak sangka ya Tok Mat (panggilan aku kat ayah) seorang bekas Specialist boleh tukar profesyen jadi  bomoh ek' so apa lagi depa dok gelak lah dgn apa yg aku usikkan kat ayah aku
Ayah aku sengih aje (Dulu parents aku adalah Specialist  Doctor Consultant & semenjak pencen ayah aku lebih byk meluangkan masa di kebun selain di masjid belajar ilmu agama & mama plak jadi full time housewife )
Walaupun parents aku dlm bidang perubatan moden tapi depa pun percaya dgn kejadian alam ghaib ni seperti gangguan dari makhluk2 halus ni
My parents memang cukup pantang kalau ada yg guna bomoh @ dukun coz akan menambahkan lagi teruk keadaan
Berbalik kisah Tok Long aku, pd malam hari yg sama kami sampai ke rumah lebih kurang pukul 11.40 mlm, kami dpt call yg Tok Long dah meninggal
So kami pun bergegas lah balik ke Seremban pd malam tu juga & sebaik saja sampai ke rumah arwah Tok Long, Pak Andak aku cerita yg keadaan arwah tetap sama seperti masa kami tinggalkan lepas ziarah arwah sehinggalah di sahkan doctor arwah dah meninggal
Hubby sempat ceritakan perangai aku ngusik ayah kat Pak Andak
Pak Andak cakap walaupun dah mcm ikhtiar dah di lakukan tapi masih temui jalan buntu tapi dgn doa, nawaitu & ikhtiar dari ayah aku, Allah nak kabulkan so terkabullah walaupun ayah aku bukan ustaz @ bomoh yg merawat pesakit
So kemungkinan doa & nawaitu seseorang itu yg jadi penentu kot utk seseorang pesakit yg di ziarahi alaupun orang tu bukanlah seorang alim ulama, ustaz @ bomoh
Just my 2 cents ya
Wallahualam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 03:51 PM | Show all posts
Doa ni sapa sapa pun leh buat, baca surah Alfatihah kat air, dan surah surah lazim pun leh jadi penawar, dengan syarat minta Allah jadikan air tu sebagai penawar sakit yg dihadapi... sekali lagi minta pada Allah...

tu kalau kes kes sakit biasalah.. kalau kes sihir atau saka dan sebarang gangguan jin, biasanya payah nak makbul doa cam tu, kene cari orang yg dibidangnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2010 04:18 PM | Show all posts
Reply  nenekglamer

ermmm... pada aku tak mustahil kalo bapak ko dpt menyembuhkan org sakit kalo  ...
sexyzangel Post at 4-10-2010 14:50


Thank you.  Mudah2an lah betul perkara tu...
Ntah yek.. pada aku ayah aku tu.. dari segi luarannya mmg biasa2 saja orangnya.. tapi sejarah kehidupan dia mmg tak sama dengan orang lain.  

tapi satu perkara yg aku pasti.. orang sembuh dari penyakit sebab ALLAH yg izinkan.. nothing more.  Manusia cuma usaha jek..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 04:21 PM | Show all posts
mungkin ex-bomoh pumpuan tu leh nmpk sesuatu ( aura org kata ) pd bapak hang....tu yg dia bersungguh mintak bapak hang ubatkan dia......

rahsia alam ghaib...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2010 04:22 PM | Show all posts
Salam TT,

Bila aku baca cerita hang ni so aku teringatkan beberapa kisah ayah aku yg ada persamaa ...
pu3_rania Post at 4-10-2010 15:45



So I am not alone lah yek?  Your father is a specialist yek?  wahh bagusnya!
Ayah aku pulak orang kampung.  Sekolah tak abis hehehe.. Masa muda dia banyak berhijrah kesana sini.. profession-wise, ayah aku petani.  Now at 69 masih gi ladang lagi. Alhamdulillah masih sihat lagi.

Insyaallah kalau ada rezeki minggu depan menunaikan haji..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 04:23 PM | Show all posts
Doa ni sapa sapa pun leh buat, baca surah Alfatihah kat air, dan surah surah lazim pun leh jadi pena ...
hantukiller Post at 4-10-2010 15:51



TOtally agree!
Tapi hang jangan mintak kat aku.. kang jadik lain.. takat baca doa makan aku tau lah.. hehehehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 04:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_rania at 4-10-2010 16:56
So I am not alone lah yek?  Your father is a specialist yek?  wahh bagusnya!
Ayah aku pulak o ...
nenekglamer Post at 4-10-2010 16:22


Ya u are not alone sebab tu aku terpanggil nak citerkan kisah ayah aku coz mcm ada persamaan mcm ayah hang
Yes both my parents are specialists  tapi ayah dah lama bersara umur pun dah 64 tahun & mama plak baru 2 tahun bersara
Alhamdulillah ayah hang akan pi menunaikan haji so kiranya ayah hang dpt penerbangan awal lah ya  
Mudah2an dpt haji yg mabrur. Amin
Walaupun ayah hang kerja kampung tapi punyai hati yg bersih sebab tu Allah SWT kabulkan doa dia bila dia menolong org & juga berkat cari rezeki yg halal dgn bekerja kampung sehingga dapat membesarkan hang & adik-beradik kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 04:55 PM | Show all posts
orang macam ni yg slalu doanye lebih makbul sebab ati ikhlas nak menolong n bukan sebab nak dapat upah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 05:15 PM | Show all posts
Panjang umur ayah nenekglamer ye..anak dah nenek tapi dia hidup lagi....

jadi, ex bomoh tadi tu dah sembuh ke?...

anyway, kita memang digalakkan/sunat berdoa bila menziarahi pesakit..dan juga org ditimpa musibah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 07:25 AM | Show all posts
yg penting niat kita tu kan...kalau kita ikhlas dgn bismillah pun insyaallah boleh jadi penawar...tp niat kene minta padaNya la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:00 AM | Show all posts
Reply 7# nenekglamer

   betul... cuma Allah swt je yang mampu myembuhkan
kita nih cuma medium pengantara je... tp moral dr cerita nih adalah.. HATI MAU BAEK...  
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:35 AM | Show all posts
anugerah daripada Allah kan...
kdg kita tatau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2010 01:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by nenekglamer at 5-10-2010 13:47

THanks guys for the comments.

Actually, aku ni dah hidup lama pun masih banyak yang aku tak tahu tentang ayah aku lah especially

Adalah beberapa perkara tentang ayah aku yg membuatkan orang sekeliling musykil (tapi bagi aku, semuanya adalah anugerah ALLAH)

1.  All his life, ayah aku mmg jenis tahan lasak.  Jenis tak reti penat lah senang cerita.  Kuat kerja sangat.  Ada sorang pakcik ni (kawan ayah aku lah) dia pun tabik ngan ayah aku --- bayangkan derang pernah naik moto kapcai berjam2 naik moto balik kampung (ayah aku yg bawak lah) and balik semula, late night kot.. esoknya pakcik tu demam kepenatan tapi ayah aku menten selamba gi ladang.  

ANd pasal naik moto ni.. ayah aku pernah cakap kt aku.. dia pernah test bawak moto dari JB ke Kelantan pergi balik dlam masa 1 hari jek.. Perhh.. tu mesti dia rempit sakan. jaman dia bawak Norton and Ducati lah tuu... (err.. aku baru je tau yg dulu2 ayah aku pernah beli moto Ducati... errkkkk)  and dia mmg mat moto.. selalu racing ngan geng2..

And masa allahyarham nenek aku sakit, ayah aku boleh berulang alik dari pahang ke johor tiap2 hari.. (perjalanan dalam 4 jam) siang gi ladang dulu, petang naik moto gi johor tengok mak dia, and esok pagi balik semula ke pahang, gi ladang kerja and petang gi semula johor, diulangi.. NAIK MOTOR tau... selama seminggu -- sampailah nenek aku meninggal.. and dia selamba jek.. um.. masa tu umur ayah aku dalam lingkungan 40-an. kalau aku la.. balik kerja jek.. terus padamm hahahhaha..

and now, umur nak masuk 70, dia boleh tahan jalan lagi.. sehari suntuk and then sampai rumah kalau belum pukul 6 petang dia boleh sempat gi ladang lagi..   

Hm.. even sekarang doktor dah warn dia beberapa kali JANGAN KERJA macam dulu.. dia tetap engkar...


Aku pernah tengok dia kupas kelapa.. perhhh... kitaorang siap timekan heheh .... dalam masa 2 minit dia boleh siapkan 2 bijik.. macam lembut je sabut kelapa tu.. lepas tu, kawan dia nak kupas kelapa.. nampak susah and lambat terkial2.. Ayah aku panjat kelapa pun.. cam monyet sebijik.. Lajuu wooo...

What i meant is...  nak dibandingkan dengan orang biasa his age, ayah aku ni nampak 'lasak' sikit.  He's able to put his body to the limit.  PENAT mmg tak ada dalam kamus hidup dia.  Sampai ada orang anggap ayah aku ni pakai susuk etc.  Sampai ada orang suruh ayah aku 'buang' apa yg mungkin ayah aku pakai...  Aku pernah tanya kt mak aku.. ye ke ayah ada memende syirik macam tu?  Mak aku cakap takde pun rasanya..  


Sambung ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 02:01 PM | Show all posts
2.  Eksiden

Ayah aku pernah terlibat dalam beberapa eksiden yg teruk jugak...

a.  tahun 80 an - ayah aku bawak keta datsun ke Johor sorang2.. and kena himpit ngan lori terus jatuh gaung guling2...  ayah aku sempat matikan enjin alhamdulilah.. Tapi keta remuk teruk.. and the only good thing about the car hanya lah enjin.  ayah aku nak keluar dari keta tu terpaksa pecahkan tingkap.. and dia keluar sendirik.. orang ramai turun kt gaung tu cari 'mayat' tapi derang tak perasan yg ayah aku dah berdiri kt luar keta.. ayah aku jalan sendiri ke hospital and hanya luka di kepala.. dapat a few stitches jek...  

b.  ayah aku naik moto bawak pekerja indonesia dia.. and tetiba kena langgar dengan keta . derang terlambung kot.. pekerja dia berlubang kaki.. moto ayah aku putus dua.. tapi ayah aku hanya cedera sikit kt kepala..   sorang jiran yg menyaksikan eksiden tu nampak ayah aku hanya duduk kt tengah jalan bercakap sorang2 and dia tarik ayah aku ke tepi jalan.. and bawa ke hospital...

c. 2 tahun lepas ayah (masa tu umur 67) aku kena serang 2 ekor lembu. kena pijak2 .. retak 3 batang rusuk, lebam2 satu badan, mata berdarah (kena pijak) and telinga koyak.. badan berdarah2 lah.. tapi dia berjaya melepaskan diri dengan bagi sebijik penendang kt perut salah sekor lembu tu.. and dia boleh pulak tu naik moto sendiri balik rumah.. dengan baju koyak2 berdarah2.. korang bayangkan macamana perasaan aku bila dapat call dari mak aku nangis2... and bila jumpa ayah aku masa tu.. mmg tahan je air mata soh jangan keluar...  ye lah.. you have to be the stronger one.. and kitaorang berjaya pujuk dia gi hospital.. doktor cakap nasib baik mata ayah aku tak pecah...  he survived this too..alhamdulillahh...

c.  raya ke 2 baru ni.. dia 'bersilat' lagi ngan lembu... konon nak tangkap nak semelih buat makan2 saja2... terseliuh tangan kanan dia.. orang urut cakap tulang dia retak...  he survived another...

ada lagi eksiden lain.. Ye lah.. mati tu di tangan ALLAH.. takde sapa boleh lawan.. YG membuatkan orang sekeliling musykil adalah.. walaupun eksiden yg dia alami tu mmg teruk .. i mean... biasanya orang boleh mati on the spot or cedera parah.. ayah aku boleh just cedera sikit2 ala2 jatuh basikal jek...

And ada lagi eksiden2 lain ...

pernah aku utarakan pada ayah aku.. jawapan dia senang "Dah Allah tak nak bagi ayah mati lagi"...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 02:05 PM | Show all posts
3.  Ayah aku jenis tak takut.  Pernah dok hutan sorang2 selama 7-8 tahun.  Aku pernah tanya.. kalau ayah kena campak masuk hutan sorang ayah boleh hidup tak?

Jawapan "Boleh takde masalah"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 02:10 PM | Show all posts
So, semua faktor2 yang aku cakapkan tu buat orang 'musykil' dengan ayah aku... ye lah.. dia lebih kuat and lebih lasak dari orang2 biasa.  And dalam eksiden yg teruk2 dia mampu 'selamatkan' diri dia...  

Betulkan dia sesuatu?

Tapi, all my life tak de pulak aku tengok ayah aku buat amalan2 pelik2... Hidupnya sama macam orang lain.. solat, puasa, zakat ... semuanya tak tinggal - macam biasalah... makan mende yg halal semuanya..   kira, kehidupan normal je lah.. bukan tahap2 pak imam2 or lebai2 ke apa.. orang biasa jek...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.297423 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list