CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1630|Reply: 0

Ahmad Dzaffir dilantik Ketua Polis Negeri Sembilan baharu

[Copy link]
Post time 20-9-2022 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Ahmad Dzaffir dilantik Ketua Polis Negeri Sembilan baharu

oleh NORAFIDAH ASSAN 20 September 2022 05:35pm






Ruslan (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Ahmad Dzaffir disaksikan oleh Azri (tengah).




SEREMBAN - Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa pada Selasa.

Ahmad Dzaffir menggantikan Datuk Ruslan Khalid yang bersara wajib selepas lima bulan berkhidmat di Kontinjen Polis Negeri Sembilan.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada Selasa.

Pada majlis sama turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Negeri Sembilan antara Datin Rohayah Harun dengan Deputi Superintendan Erny Yusnida Che Yusoff.

Ahmad Dzaffir ketika ditemui selepas majlis tersebut berharap dapat menjalankan tugas dengan amanah dan baik selain memastikan kelancaran pentadbiran serta meneruskan kepimpinan terdahulu dengan penuh kredibiliti.

"Fokus saya adalah seperti mana sama dengan fokus Ketua Polis Negara memperkasakan integriti, penyampaian perkhidmatan dan mendukung dasar-dasar kerajaan untuk kesejahteraan masyarakat.

"Di samping itu juga, bagi diri saya sendiri iaitu misi untuk membanteras segala jenis aktiviti sindiket seperti perjudian, dadah dan scam....yang mana kita tahu scam adalah trend yang terkini sejak Covid-19.

"Ramai jadi mangsa scam melibatkan kerugian berjuta-juta ringgit. Itu menjadi fokus utama saya," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.339533 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list