CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2453|Reply: 26

Malaysia Jadi Lubuk Artis Luar Cari Makan- Artis Tempatan Dipinggirkan, Tunggu Nak Buat Konsert Tak Dapat-Dapat?

[Copy link]
Post time 20-9-2022 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Kalendar tahun ini sudah penuh dengan jadual persembahan konsert di tanah air baik daripada penyanyi tempatan mahupun artis luar negara khususnya Indonesia yang dilihat mendominasi senarai.


Biarpun begitu, timbul pelbagai polemik seperti suara-suara yang mempertikaikan penganjuran konsert yang dianggap me­lalaikan buat masyarakat.


Tidak kurang juga keluhan peminat terhadap isu harga tiket yang dijual terlampau mahal dan tidak masuk akal.


Di sebalik isu-isu tersebut, anak seni tempatan khususnya ada yang bersuara meluahkan rasa kecewa apabila peluang untuk mereka ke luar negara dipandang sepi.




Konsert Dewa 19 baru-baru ini berjaya menarik kehadiran ribuan peminat tanah air termasuk selebriti tempatan. Foto: Utusan Online




Tetapi sebaliknya berlaku buat artis luar apabila dilihat dengan mudah memasuki negara ini dengan penganjuran konsert tanpa henti setiap bulan.


Datuk Rossa, Afgan, Rizky Febian, Ungu, Padi sedang me­nunggu waktu menawan ribuan peminat tempatan selepas Dewa 19 dan Kunto Aji selesai menjayakan persembahan mereka.


Penyanyi Ezad Lazim mi­salnya pernah memberi pendapat tentang perkara tersebut, namun jauh sekali untuk menuding jari kepada sesiapa melainkan hanya berharap ada jalan penyelesaian terbaik dapat dicapai.


Ezad yang juga vokalis Exists mengakui, dia dan rakan-rakan artis yang lain sudah lama me­nunggu peluang untuk mengadakan persembahan di luar negara terutama di Indonesia.


Sedar dengan situasi yang berlaku sekarang, timbul tanggapan sesetengah pihak bahawa anak seni tempatan seperti dianaktirikan di tanah air, sedangkan artis luar pula disanjung tinggi.


Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah mati kebuluran. Begitu stigma sesetengah anak seni terhadap isu keterbukaan penganjuran konsert artis luar negara.


Penyanyi Hazama bagaimanapun berpendapat sebaliknya ke­rana baginya, tiada istilah berasa dianaktirikan atau dipinggirkan di tanah air sendiri kerana mana-mana artis tidak kira lokal mahupun luar negara memiliki kumpulan peminat tersendiri.


Bahkan ujar penyanyi berusia 38 tahun itu lagi, soal lambakan konsert artis luar yang membanjiri negara ini berlaku atas kehendak penganjur.


“Itu semua atas kehendak penganjurlah, mereka lebih yakin bawa artis luar ke sini. Tidak ada rasa terpinggir sebab artis lokal ada ‘crowd’ sendiri.


“Contoh kita ambil konsert Dewa 19, selepas itu ada penganjuran Konsert Faztival yang himpunkan artis-artis kita. Jadi pada saya, sama sahaja,” ujarnya.


Apa yang penting kata Hazama, kemeriahan penganjuran konsert sehingga penghujung tahun ini menandakan industri muzik tanah air sudah kembali aktif selepas pandemik.


“Tak kisah artis dari mana pun, yang penting ada beri kebaikan buat industri kita. Termasuk juga dengan tayangan filem, sekarang berlumba-lumba tengah masuk pawagam.


“Jadi kena lihat perkara ini dari sudut positif. Tak perlu rasanya nak kecil hati sebab peminat yang datang tengok konsert itu, mereka sanggup bayar, bukannya percuma macam 10 tahun lepas,” katanya.-CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2022 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg tok ram sebut.....iniler fungsi GV


Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 10:10 AM | Show all posts
semua benda nak dihidang atas silver platter ke? derang dapat buat konsert sini sbb kalau kira-kira hitung darab bahagi tambah semua boleh kasik untung. ini semua business bukan amal jariah. masalah juga retis-retis malaysia entitled sangat. naseb hazama retis berotak dahlah sore sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 03:46 PM | Show all posts
hahaha konsert dewa haritu sold out and best gila!!! susah nak dapat local band yang buat konsert best macam dewa. organiser yakin buat concert dorang dekat sini sebab dewa ada crowd yang bagus. confirm sold out.

tapi nak tau juga ya kenapa konsert kak ani tu buat sampai 3 hari? haritu tengok dkt twitter jualan ticket macam sendu jahhhhh. kenapa dia confident nak buat sampai 3 hari? dewa pun 2 hari je...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 03:54 PM | Show all posts
suh la ifa raziah buat konsert
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah retis lokal pun sekederrr menunggu penganjur dtg meminang je, lepas tu byk cekadak itu ini
Tgk khai bahar tu, bdk tu ada potensi je nak jual nama kat yindon tapi tgk je la kemampuan mgmt heshe, ada ke setuju dgn penganjur picisan mcm makhayam ogy mat daud
Mmg la kak ogy tu nama besar kat mesia, masalahnye kak ogy tu kepakaran dia menghibur org, dia pun anak seni, dia bukan pakar pemasaran bidang seni ponnnnn
Ujong2 kena palau, tak ke trauma si khai tu nak buat konsert
Tu acik bagi contoh je la sorang retis, byk lagi retis lain pun gitu je la masalah dorang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis malaysia patut blajar mcm mana artis indonesia buat konsert. Kalau tgk konsert KD traya tahun 2015 dan konsert 3Diva thn 2006 dekat youtube tu mmg jauh bertiang2 lagi hebat dr artis kita yang charge tiket dkt 1k tapi hujung2 level showcase jer yang diberi. Konsert artis malaysia yang puas hati meols pergi antaranya ella live unplugged 2019, m nasir 2014 dan sheila majid stadium negara 2017. Yg lain so so jah mcm tonton HMI kt rumah jarh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 04:24 PM | Show all posts
tapi fazura yg bkn penyanyi pro tu elok je buat konsert..korg artis2 pro ni pepandai la cari penaja/management mana2 buat konsert sdri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2022 04:26 PM | Show all posts
sampai hari ni aku takleh move on dengan konsert Dewa tuari.

performance diaorg...perghhh! mcm telan kaset, telan microphone.

benda mcm ni la yang kitaorg nak, sampai ke sudah asyik teringat.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ayukpingu replied at 20-9-2022 04:26 PM
sampai hari ni aku takleh move on dengan konsert Dewa tuari.

performance diaorg...perghhh! mcm tela ...

Haha sama! Asyik la ulang video dorg. Mmg power, organizer pun best
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 06:38 PM | Show all posts
artis mesia xleh lwan artis luar le. hebakk
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasenye byk je artis local buat konsert. Yg komplen ni mesti sebab tkde penaja...komplen la kt mngment korang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua tak ada star power, kalau kerja garuk telur je manalah peminat nak datang cari yahh

Kat Malaysia ni solo act yang boleh jual konsert Siti sorang je. Itu pun kau tengoklah dia jual waktu hidup dia jauh mana untuk the fame that she has today  - band 80/90 an pun mostly dah slow down dari muka bumi

Si Ezad ni dulu masa lagu dia viral manja dekat Indonesia, ada pergi promote ke? Kalau setakat viral Tiktok usahlah berangan nak berkonsert - nanti jadi macam konsert Kak Ani scammer
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis semua kena baik ngan iman tang
Sah dpt buat konsert
Wings elok jer buat konsert kat Kelantan
Plus kak Ani lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau toklif Dan Iqbal buat konsert
Ada pergi tengok tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 09:21 AM | Show all posts
tak laa jugak ..Wings santai je tahunni berbelas konsert sold out semua. hujung bulan ni ada konsert kat singapore sold out jugak ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2022 09:28 AM | Show all posts
dah kedekut memasing
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 09:29 AM | Show all posts
Eh Ezad..nape tak join konsert Exist November nanti? takkan busy sangat sampai tak boleh nak join....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Pak.dolla at 21-9-2022 01:40 AM

Malaysia mmg jd lubuk retis luar cari mkn...bukan aje yg buat konsert kat sini tapi cer tgk berapa ramai org luar yg jd retis, pelakon, dj, pengara tv dan yg sewaktu dgnnya...dh org kita suka kutuk bangsa sendiri dan menjagungkan org luar nk buat camner.. .tgj je la drama kita kat tv tu penuh muka kacukkan....org kita susah kat negara sendiri jd opis boi, tealady, rider, petani, pengasuh dan yg sewaktu dgnnya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 09:42 AM | Show all posts
masalahnyaaa artis mesia buat konser ada orang nak tengok ker??

kalau ada penonton takde hal la kannn...
siti okay jer konsert
aishah okay jer
ziana zain & annuar okay jer...

tapi mcm nenek aini tu camno???
siapa nak tengok uoollsss... konsert syok sendiri...
da mcm pementasan kebudayaan pulekk...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.093513 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list