CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1860|Reply: 15

Lama Menyepi, Azrel Ismail Dah Tak Laku?

[Copy link]
Post time 20-9-2022 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Azrel Ismail, 38, semestinya tidak asing dalam industri hiburan tempatan. Apatah lagi, selain aktif dalam kerjaya lakonan, dia juga terbabit di pentas peragaan.


Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini semakin jarang kisah Azrel dipaparkan media, namun dia lebih banyak berkongsi aktiviti-aktivitinya di media sosial sekiranya tiada penggambaran.


Foto: IG




Bersua dengannya baru-baru ini, Azrel berkata, karier lakonannya masih rancak dan bersinar lagi. Dia tetap mendapat tawaran berlakon sebagai watak utama atau 'hero kedua' daripada pihak produksi.


"Untuk watak, saya okey saja sekiranya ia sesuai dengan diri. Saya tidak terlalu cerewet sebab pada saya setiap watak yang akan dibawakan itu mempunyai kisahnya yang tersendiri. Setakat ini, saya bersyukur dengan watak-watak diterima.




  



"Bahkan, apabila sudah dapat mengaktifkan karier seni semula, saya amat teruja dan 'happy' kembali ke lokasi penggambaran untuk mengubat rindu yang begitu menebal.


"Maklumlah, sejak Covid-19 melanda selama dua tahun ini, masa saya banyak dihabiskan di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tak boleh keluar bekerja.


Kerja-kerja penggambaran ditangguhkan dalam tempoh lama dan masa saya di rumah lebih diisi dengan mengemaskini media sosial.


  



Secara tidak langsung, saya agak aktif di Instagram dan TikTok," katanya.


Menurut Azrel, dia juga dilihat seakan 'menyepi' kerana sudah lama tidak bertemu media dan hadir di majlis hiburan. Ditambah lagi, dia juga sekarang tidak terpalit dengan gosip cinta bersama rakan pelakon wanita lain seperti sebelum ini.


Mengulas juga kemunculan pelakon lelaki baharu yang agak ramai kini, Azrel berkata, dia melihat positif untuk situasi itu dan sama sekali tidak berasa tergugat.




  



Katanya, kehadiran pelakon baharu itu adalah lumrah industri hiburan.


"Tiada yang lama, maka tiada juga yang baharu. Saya okey saja dengan kehadiran ramai bakat muda dalam bidang lakonan yang kini dipilih menjadi 'hero' drama. Itu sudah rezeki mereka dan kita teruskan sokongan.


"Saya juga pernah berada di tempat pelakon baharu dulu, jadi dah tentulah sudah merasai pengalaman yang mereka lalui sekarang. Justeru, ia perkara yang normal dan boleh dikatakan roda kehidupan.




  



"Apapun, saya tidak rasa diri sudah 'jatuh' serta tawaran berlakon semakin kurang. Pada saya, kalau kita rajin bekerja dan tiada masalah dengan orang lain, rezeki itu pasti ada. Cuma, tak perlu ada sifat iri hati pada rezeki orang," katanya.


Azrel berkata, dia amat bersyukur kerana jadual kerjanya sudah padat dengan penggambaran sehingga November nanti.




  



Katanya, dia juga kini dalam proses meneliti beberapa tawaran berlakon lain dan akan sibuk sehingga tahun depan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2022 11:05 AM | Show all posts
Ko buat je video leak pastu nafikan ,mesti up balik citer ko dekk
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah mana encem tah.. Dah lah rendah
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang dah tak laku la, umo pun dah nak masuk pasca menopos. Lepastu ajet2 ensem suka melukis sambil gigit berus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 01:29 PM | Show all posts
Ada terdengar sedikit angkuh dalam statement ko dik walaupun kaki kau berkerak... done komen..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 01:33 PM | Show all posts
Ex nk kawen dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
  

muka lebih kurang..tapi dia manis lagi lah sebab ada siong…
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 06:37 PM | Show all posts
okay next mmg dah xhingin tgk muka ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kancilkering replied at 20-9-2022 01:44 PM
muka lebih kurang..tapi dia manis lagi lah sebab ada siong…

Abg ni kalau senyum i memang cair
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 11:10 PM | Show all posts
Kancilkering replied at 20-9-2022 01:44 PM
muka lebih kurang..tapi dia manis lagi lah sebab ada siong…

Daya tarikan Mustaqim ni jauh lg hebat dr Azrel.
Rasenye mase die jadi abg Shukri Yahya dalam surf this love pun, lg ramai tertarik ngn die walau watak sampingan je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah rasa dia menarik, siap pelik nape jadi hero. Takde wow factor.

Tp kesian betul tgk insta ratus2 likes je..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
surih07 replied at 20-9-2022 01:33 PM
Ex nk kawen dah

Siapa exdia?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-9-2022 12:28 PM
Memang dah tak laku la, umo pun dah nak masuk pasca menopos. Lepastu ajet2 ensem suka melukis sambil ...

Yg tu bukan hafreez adam ke kakdud?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 20-9-2022 11:55 AM
Ntah mana encem tah.. Dah lah rendah

Malaysia ni pantang nampak jambang je dah rembes
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 07:35 AM | Show all posts
apalah nasib beliau nanti kan? short lived punya career camni, tapi asyik nak flex kat medsos.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 10:27 AM | Show all posts





Sharifah husna uols
Tp rasa mcm sekejapan je dgn dia
Pas habis drama together tgk masing2 delete gmbr sama2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.422837 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list