View: 3611|Reply: 7
|
Terganggu dengan jeritan ketakutan, melalui kawasan hutan dan dikejutkan dengan kemunculan beberapa hantu!
[Copy link]
|
|
Terganggu dengan jeritan pengunjung, perkhidmatan hantu diarah tutup
REMBAU: Polis mengarahkan sebuah taman berkonsepkan seram di Kampung Pulau Bongek di sini ditutup selepas penduduk mengadu terganggu dengan jeritan pengunjung yang ketakutan.
Ketua Polis Daerah Rembau, Hazri Mohamad berkata, polis menerima aduan penduduk yang terganggu dengan bunyi bising di tapak perniagaan yang dikenali sebagai ‘Misteri Trak Kuning’ antara 9 malam hingga 1 pagi.
Katanya, penduduk terganggu dengan jeritan pelanggan dari kawasan berkenaan hingga menganggu masa rehat dan tidur penduduk kampung.
“Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan masih belum memperolehi apa-apa lesen atau permit hiburan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Pemilik perniagaan ini juga akur untuk menutup perkhidmatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut laporan Kosmo!, ‘Misteri Trak Kuning’ adalah idea sekumpulan anak muda yang menawarkan pengalaman menyeramkan kepada pengunjung pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Pengunjung akan dibawa menaiki sebuah trak pikap kuning dan melalui kawasan hutan dan dikejutkan dengan kemunculan beberapa `hantu’.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengunjung dibawa menaiki trak kuning melalui beberapa laluan seram. (Gambar Facebook) |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik jugak. Kreatif diorang ni. Patut pilih jalan yang jauh dari kampung macam jalan bukit putus atau jalan2 kampung tinggal. |
|
|
|
|
|
|
|
yg jadi hantu2 tu naseb tak baik, diaorg pulak kena sergah dek hantu betul
cariklah lokasi jauh yg dari kampung/penempatan, barulah real
|
|
|
|
|
|
|
|
Well, forests are a haven for spirits, ghosts & demons. Not surprised. |
|
|
|
|
|
|
| |
|