View: 784|Reply: 1
|
"Dasar Mental Sickness Dan Phsycho," Amelina Bengang Akaun Palsu Guna Gambar Anak Perempuan
[Copy link]
|
|
Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin meluahkan rasa berang di media sosial selepas wajah anak perempuannya, Puteri Nur’ Athirah telah digunakan di aplikasi media sosial.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Amelina menerusi hantaran di Instagram yang meminta orang ramai untuk ‘report acc’ palsu yang menggunakan wajah anak perempuannya itu sebagai gambar profil serta menegaskan bahawa dia akan membuat laporan polis berhubung penipuan melibat akaun palsu itu.
Foto: IG
“Tak cantik/ tak hensem takper tapi jangan menipu! Pada sesiapa yang ada FB tolong cari acc under nama AMIRA HASLINA ni yang gunakan foto anak kaklong sebagai profile picture beliau! And please report. Kaklong akan buat police report juga!"
Dalam pada itu, anak sulung kepada penyanyi dangdut ini menyatakan bahawa individu terlibat yang menyamar menggunakan wajahnya sebagai gambar profil itu difahamkan telah memuat naiknya dari laman Google.
“Tau dah dari mana dia dapat picture i yang lama tuh dari Google yer."
Semoga pihak terlibat yang melakukan penipuan itu bakal mendapat hukuman setimpal. -CARI
Sumber: Murai.my
|
|
|
|
|
|
|
|
halah2 setakat guna gambar satu tu je dah ajet2 paling hot org buat fake acc anak dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|