CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2088|Reply: 7

Siti Nurhaliza Hilang Suara, Jadi Garau Sebab Batuk Berterusan, "Tak Tidur Malam Jaga Anak,Terpaksa Guna Inhaler"

[Copy link]
Post time 19-9-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Akibat diserang batuk-batuk sejak beberapa hari lalu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berdepan masalah bronkitis atau flu dada.


Ujar Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 42, beliau terpaksa menyerah diri melakukan rawatan imbasan X-ray akibat kerap mengalami batuk pada waktu tengah malam.


Foto: IG




“Baik kita buat X-ray ya. Tak tahan dah batuk-batuk tengah malam,” kongsinya dalam hantaran InstaStory.


Selepas selesai menjalani imbasan X-ray sebentar tadi, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu memaklumkan, beliau disahkan mengalami bronkitis tahap sederhana akibat kesan jangkitan Covid-19.






Disebabkan itu, Siti terpaksa menggunakan inhaler selain dibekalkan beberapa ubat-ubatan lain.


“Mild bronchitis kesan Covid-19. Kena guna inhaler ya. Semoga cepat sembuh, amin,” tulisnya dalam hantaran berbeza.












Sejak beberapa hari lalu, Siti berkongsi keadaannya yang tidak berapa sihat menerusi sebuah video ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun jenamanya, BeauSiti yang ketiga.


Siti memaklumkan, suaranya ‘hilang’ dan kedengaran garau gara-gara batuk berterusan.




  



Pada masa sama, anak keduanya Afwa juga mengalami demam dan tidak dapat tidur sehingga turut mengganggu tidurnya kerana berjaga malam.


“Jadi ibu kadang-kadang masa tak cukup, jaga anak. Afwa demam tak tidur, saya pun ikut tak dapat tidur. Hilang suara saya, lagipun memang ada batuk sikit,” katanya dalam video tersebut yang dimuat naik baru-baru ini.




  



  



Malah keadaan suara penyanyi itu yang tampil membuat siaran langsung dalam Instagramnya empat hari lalu dilihat semakin teruk sehingga menyukarkannya bercakap.


Sebelum ini pada Ogos lalu, Siti mendedahkan beliau baru sahaja sembuh daripada dijangkiti Covid-19 selepas pulang bercuti dari London. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2022 04:50 PM | Show all posts
macam tak perasan pulak sheols kena covid bulan lepas. Semoga cepat sembuh, nanti bolehla perform kat konsert Cuckoo 1 okt ni gituh meols mengharap
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo kena covid lepas bercuti dari london ke. Semoga cpt sembuh tokti, kerja kuat sangat back to back perform la simplysitot la, badan pun perlu rest. Tu yg kurang sihat, kurang rest bertambah2 la penyakit. Masa utk rehat, biar dk pulak keja. Bukan dah ada duta ke SS motip kena tokti gak promot? Takda suara pun gigih promo
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga cepat sembuh siti, tapiiii lainnya muka
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Tokti cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh. Bykkan rehat. Utamakan kesihatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2022 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanny berpuluh org Dlm RMH tu bt teruk LA ko tokti
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 19-9-2022 05:15 PM
semoga cepat sembuh siti, tapiiii lainnya muka

Lain muka sbb mekap kot..sbb aritu tertgk muke x mekap lgsg time die buat tutorial mekap simplisitot mcm biasa tu jugak muka dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.042950 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list