View: 2569|Reply: 41
|
"Yang Menghina Ni Ilmu Perfileman Asas Pun Tiada,"Finaz Yunus Tak Puas Hati Filem Mat Kilau Dikutuk
[Copy link]
|
|
"Yang menghina ni ilmu perfileman pun nak kata asas pun tiada."
Demikian sinis pengacara Finaz Yunus terhadap sikap segelintir penonton filem tempatan terhadap maklum balas diberikan pada filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (Mat Kilau) sejak ditayangkan di Netflix.
Finaz berkata, seharusnya kritikan yang diberikan perlu konstruktif dan bukan perli atau menghina.
Foto: IG
"Bukan mudah Malaysia ni nak buat filem berunsurkan patriotik mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat sendiri. Bila dah ada orang filem buat dan sambutan yang diterima amatlah memberangsangkan daripada rakyat hingga kelas silat penuh dengan pendaftaran baru golongan belia, berbondong-bondong juga hinaan dan kritikan untuk menjatuhkan diterima.
"Bukanlah nak kata tidak boleh mengkritik, namun biarlah kritikan itu konstruktif tanpa nada memperli dan menghina. Mana ada filem yang sempurna. Filem Top Gun: Maverick pun banyak yang entah apa-apa dari sudut pandang saya," katanya.
Finaz menerusi hantaran di Instagram berkata, apa yang masyarakat dan penonton perlu beri perhatian adalah mesej yang ingin disampaikan dalam filem itu.
"Tapi yang perlu kita 'highlight' mesej yang ingin disampaikan. Saya pun punya pandangan terdapat kelemahan skrip, konti, jalan cerita yang macam nak cepat habis. Namun, saya amat hargai usaha penerbit, pengarah serta semua kru filem Mat Kilau dalam memahamkan rakyat mengenai perjuangan mempertahankan tanah air daripada penjajah.
"Filem ni tepat pada masanya. Saat belia lupa asal usul pembentukan Malaysia. Sekurang-kurangnya dengan Mat Kilau ni, mereka yang gagal subjek sejarah pun boleh faham serba sedikit perjuangan tok moyang dalam menuntut tanah air sendiri.
"Saya amat berharap akan ada lebih banyak filem yang menceritakan sejarah pembentukan Malaya," katanya.-CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
alaa... kenapa sentap?
balas kritikan penonton ni tak kemana pun, mereka pelanggan.. mereka nak cakap apa biarlah... apa lagi sebut ilmu perfileman seseorang kononnya bila nak kritik. kena ingat perfileman ini bisnes, bisnes hiburan, hiburan ini terlalu luas untuk dinilai tetapi pada pandangan individu akhirnya cuma suka dengan tak sahaja...
katalah satu hiburan tak disukai seseorang maka itu pendapatnya yang sahih, mungkin dia salah seorang yang dah bayar pun untuk tengok... maka adalah hak dia nak kata dia suka ker tak, tak ada kaitan dengan ilmu perfileman... |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai nak jdi kritik filem kena belajar jdi direktor ke? Ramai jah kritik PM, tpi PM Malaysia ada 9 jah setakat ni, xsmpai 25juta pon |
|
|
|
|
|
|
|
syamsul yusof pun rileks2 je kena kritik, kau pulak yang sentap dah kenapa kak? rileks je la..yang memuji muja filem ni pun bukan ada asas seni perfileman pun..yang tu kau tak nak cerita pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org kritik sbb org pun ada tengok cerita lain dik
Jadi org ada pilihan untuk bgtau cerita mana yg sedap mana yg tidak
Tk yah bljr psl filem pun
Mcm bila tengok filem2 Rahim Razali dulu2
Best jer pun |
|
|
|
|
|
|
|
so jgn pertonton kan kepada umum la kot movie tu
korg tgk sesama korg yg pakar dan ilmuan dlm bidang movie...
pastu make sure yg nak masuk tu yg memuji aje.. agiitew...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by eragon at 19-9-2022 03:32 PM
penonton ada hak untuk ulas, komen dan kritik. lagi2 yang bayar tiket, bayar bil semua. |
|
|
|
|
|
|
|
ah poyo dah limited comment dekat instagram sheols...
xtahan kena kritik ke sistur?
btw sapa dia ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa nak kritik sikit pun tak olehhh
Kami mengeji dari segi pandangan matakasar penonton
Apa yang dihidang sajikan tak mencapai selera kami sebagai penonton tegar filem2 aksi
Kalau nak sebut pasal ilmu perfileman
Bandingkan dengan filem OngBak tu pun dah kena tinggal bertiang
Filem Indonesia Headshot tu lagi best aksi lawan dia
Ilmu cameraman kalau setakat nak gegar2 otak
Baik suruh orang parkinson je rakam |
|
|
|
|
|
|
|
Director lokal kita semua taraf spm diploma je. Itu pasal suka buat filem/drama syok sendiri.
Samsul tu kan byk duet, pergi la new york ke, indon ke sambung belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
my 2 cents;
1. Penonton nak tgk wayang nak release tension, nak "escape" jap dari dunia realiti, bukannya nak kena kluarkan kemahiran KBAT tgk wayang yang deep.
2. Orang dh byar kot utk tgk wayang tu, hak diorang lah nak komen.
k, bai. |
|
|
|
|
|
|
|
mat kilau vs cobra kai....mana best dia punya...'cinematic fight choreography'??? Sapa boleh bg pendapat..mohon pendapat anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Thunderclouds at 19-9-2022 03:57 PM
Org punya expectations were high. Nak2 pulak filem laku poloh2 jota. Tp in reality nan hado. Mmg la penonton bising. Nexflix pn bukan free. Bayo jgk. Sedih woi...btiang2 industri kita ni dh kna tggal ngn indon. In every genre yachh..just saying kalo org blanje tgk abg long padil 3 tu uols lalu dak? |
|
|
|
|
|
|
|
kasi 2 bintang je…hype je lah. Tengok kt panggung pun boring apatah lagi kat tv. |
|
|
|
|
|
|
|
kecoh la acik ni...aku tengok mat kilat ni bosan kot.... dialog ntah pape, jalan cerita pun sama...
sikit2 meletup, dah kenapa bodoh sangat orang british letak letupan belakang dorang tiap kali..
paling real berlakon aku nampak beto jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
si sol punye lah cool
makcik alhijrah ni yg berkompang ape pasal? |
|
|
|
|
|
|
|
komen aku yg bukan ada ilmu dari bidang perfileman lepas tgk mat kilau ;
1. awang bijak sbb dia ada usaha gi rempuh british nk curi senapang..membuktikan awang dh pikir teknologi utk berperang
2. cite ni byk sgt dialog amarah dan emosi marah... dialog penting yg sejarah utama tu x menyerlah
3. ya british mmg kejam giler... cuma sejarah british mmg kejam mcm itukah? mcm jepun?
4. sebagai filem biografi yg menggunakan tajuk tokoh perjuangan melayu mat kilau, figura mat kilau dlm filem ni x menyerlah... kehidupan beliau, sisi pemikiran beliau..perjuangan beliau...
|
|
|
|
|
|
|
|
semua org berhak mengkritik...jgn jadi melayu sensitip sangat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|