CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3477|Reply: 50

Ditayangkan Di Netflix- Mat Kilau Kena Kritik, Syamsul Tenang Saja

[Copy link]
Post time 19-9-2022 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Sumber IG


Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mula ditayangkan menerusi Netflix sejak kelmarin menerima pelbagai maklum balas daripada mereka yang baharu saja menonton naskhah tersebut menerusi aplikasi penstriman tersebut.



Memetik laporan Harian Metro, Syamsul tahu bahawa dalam pembikinan filem walaupun akan ada ramai yang memuji sesebuah naskhah itu namun akan ada segelintir yang tidak menyukai krya tersebut.



  



"Ada suka, puji melambung, hina pun ada. Jadi, tenang-tenanglah.



"Apa pun, alhamdulillah. Saya dah lama buat filem, dah 'masak'. Filem ini biasalah. Apa yang penting majoriti penonton suka, saya bersyulur. Lepas itu sebagai pengkarya filem jangan mudah puas hati. Terus perbaiki dan baiki perlahan-lahan.



"Apabila ditayangkan di Netflix, alhamdulillah, respons pun sangat baik, luar biasa juga. Saya setiap hari menerima DM, mesej daripada peminat di serata dunia. Ada dari Jerman, Madinah, Australia, Amerika Syarikat, cakap tahniah pada pasukan Mat Kilau," katanya.



  



Terdahulu, sejak ditayangkan di Netflix sejak kelmarin, Mat Kilau dilihat menerima reaksi negatif daripada penonton yang menonton di platform itu.



Rata-rata penonton yang dikatakan baru pertama kali menonton filem itu seakan-akan tidak berpuas hati dengan kualiti filem berkenaan.



Antara kritikan negatif yang ditinggalkan pengguna Twitter adalah kualiti sinematografi babak aksi yang kucar-kacir selain berpandangan skrip yang digunakan dalam filem itu kurang menarik dan kedengaran seperti ceramah agama.



  



So, filem Mat Kilau ni sebenarnya best ke tak? -CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2022 12:22 PM | Show all posts
Tenang dan kenyang kot. Masyuuuuk

Still filem kau hauk. Untunglah murah rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 12:32 PM | Show all posts
Bagi I filem ni overrated sangat... Dan penggemar2 filem ni tak perlu kot nak kecam siapa2 yang tak suka, tak layak komen katanya sbb tengok free dekat Netflix (Walhal tiap2 bulan weols bayar Netflix okay), dan ada jugak kata, orang tak suka sejarah sbb tu tak suka filem ni. Filem over, penggemar pun over.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 12:34 PM | Show all posts
janji yang menang dan hati senang adalah ira kaza agittuhh... ko mampuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 12:36 PM | Show all posts
saaya replied at 19-9-2022 12:32 PM
Bagi I filem ni overrated sangat... Dan penggemar2 filem ni tak perlu kot nak kecam siapa2 yang tak  ...

khen over sungguh... dah la celah mana tepat dengan sejarah dari filem mat kilau ni...
kata2 skrip tu pun mat kilau pun tak pernah kata... lagi best merong mahawangsa atau queen of langkasuka, jauh bertiang2 meninggalkan mat kilau la walaupun filem zaman ayah pin pun masih ada teko luar istana dia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem dah dpt 100juta.. Nak heran apa dah org ckp. Wlupon ko director kali ni, but still ko dpt jugak percentage drp profit tu kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2022 01:01 PM | Show all posts
Ya, rata-rata kata tengok kat Netflix tak best mana..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama je over. Yg suka MK over, yg tak suka MK pun over nak pertahankan pendapat masing2. Mcm nak paksa org terima pendapat diorang, biarlah orang lain nak suka atau tak.  

Harapnya penerbit mk dah untung juta2 ni, kalau nak buat filem mcm ni lagi, tolonglah jangan ambik si syamsul ni sbg pengarah
Pilih pengarah, penulis skrip betul2.
Lagi satu jgn ambik adiputra poyo tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2022 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
over rated..tu je

kalau pujian tak melambung2 ...xde la org kritik sgt kan

Yg pastinya sound effect masa berlawan tu bunyi mcm filem tamil
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 01:16 PM | Show all posts
..97juta ringgit itulah punca ketenangan yang dicapai cuba filem tak balik modal, akan angin sikit la kot, Sol ye!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 02:14 PM | Show all posts
ada la benda yang sy suka...which is the script...sedap...jalan cerita, cinematography semua tu maleh la nak komen....

overall, boleh la nak layan....not too bad, not too good....ada lagi citer Sol yang lagi best...

and yes....overrated sangat....apa pun...dah tertulis rezeki dia disituh...Allah maha memberi rezeki...kena percaya tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh, but it's soooo fucking easy to condemn and critic rather than to bleed and sweat, day and night creating and building from start to finish, right.........
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AKAZ85 at 19-9-2022 03:26 PM

Kawan meols dok indon bagitau citer mat kilau ni seminggu je tayang kat sana.. Lepas tu abis dah.. Sambutan tak menggalakkan.. Sheols pergi tengok wayang sorang dia je.. Macam dia book 1 panggung tu untuk dia tengok sorang2.. [em:4:] so.. Kalau kata kat indon pecah panggung tu membongak jo.. Yang over bagai macam anggap filem ni paling terbaik di alam dunia sangat tu tak payah laa nak kecam orang yang komen pasal filem ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluar kat netflix baru nampak kontra sebelum ni komen semua pujian belaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
AKAZ85 replied at 19-9-2022 03:24 PM
Kawan meols dok indon bagitau citer mat kilau ni seminggu je tayang kat sana.. Lepas tu abis dah.. S ...

Yang buat kutipan tggi kt sini pun sbb geng pakcik2 Pas yg tak pernah tgk wayang pun pegi kan + fans kipas susah mati certain pelakon dlm tu

Kalau betul2 ohsem..kat Indon pun mesti meletop sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 03:42 PM | Show all posts
memang si sol ni tak duduk sebumbung dgn bini dia ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cringe dgn skrip dan tak pernah minat style directing Sol ni. Dia duk la kata sbb kos. Aik skrip ada kaitan dgn kos ke. Kalau nak kata sound mcm filem tamil ke, camera ke, hal2 teknikal lain ke pahamla sbb kos.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 04:42 PM | Show all posts
wlpun MK ni banyak yg kurang iols tetap enjoy tgk movie ni..sekurang2nya jaman now ada jgk pengarah/produksi yg berani nak buat filem psl silat yg hampir ditelan zaman...punya kuat impact MK sampai bbnu, kanak2 semangat btol nk pakai costume mat kilau thn ni..atleast ade la 'hero' yang boleh dorg idolakan..kalau tak,tak habis2 spiderman, superman, batman, ironman kehulu kehilir

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehe I pun ok jer tgk MK, masa tgk tu bergenang airmata tingat nenek moyang dulu dok pesan jaga maruah ore melayu jgn bagi dipijak² x kisah la dari penjajah ke kaum x sedar diuntung ke..byk bagi kesedaran
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Risau apa, almost 100millions babe!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.547672 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list