CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 1

[Tempatan] Usah ‘bunuh’ pemandu teksi di sempadan Malaysia-Thai

[Copy link]
Post time 19-9-2022 11:44 AM | Show all posts |Read mode

Pemandu teksi berdekatan sempatan Malaysia-Thailand tidak dibenarkan menunggu di lokasi lebih dekat untuk mengambil dan menurunkan penumpang di ICQS, Bukit Kayu Hitam.

Usah ‘bunuh’ pemandu teksi di sempadan Malaysia-Thai

BUKIT KAYU HITAM – Sekumpulan 40 pemandu teksi di sini merayu kepada pihak berkuasa supaya membenarkan mereka mengambil dan menurunkan penumpang di lokasi berdekatan sempadan Malaysia-Thailand seperti sebelum ini.

Mereka mendakwa, peraturan yang digunakan sekarang menyusahkan kedua-dua pihak dan bakal ‘membunuh’ pemandu teksi yang tidak lagi dapat bertahan kerana kekurangan pendapatan ekoran ketiadaan penumpang.

Seorang pemandu teksi, Rahim Rasul, 52, berkata, ketika ini mereka hanya dibenarkan berada di lokasi sebelum Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam sahaja berbanding sebelum ini sehingga ke Kompleks Bebas Cukai.

Katanya, peraturan itu bagai tidak sesuai kerana ketika ini sempadan telah pun dibuka pasca pandemik Covid-19.

“Sebelum pandemik, kami dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di tiga stesen iaitu Kompleks Bebas Cukai, berdekatan pintu sempadan dan depan balai polis Bukit Kayu Hitam.

“Bagaimanapun, selepas pandemik, kami hanya dibenarkan berada di luar sahaja iaitu kira-kira satu kilometer dari ICQS. Itupun hanya dua teksi sahaja boleh tunggu di situ dan kami terpaksa bergilir-gilir,” katanya ketika ditemui di Stesen Teksi Bukit Kayu Hitam di sini semalam.

Menurut Rahim, mereka pernah memohon agar dikembalikan stesen itu tetapi tidak dibenarkan atas faktor keselamatan dan perkara itu sangat mengecewakan.

“Penumpang perlu berjalan hingga lebih satu kilometer untuk mendapatkan teksi atau kereta sewa. Begitu juga kepada mereka yang ingin ke Thailand,” katanya.

Seorang lagi pemandu teksi, S. Thakai, 40, memberitahu, pelancong kerap mengadu peraturan itu menyusahkan.

“Mereka terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan kereta sewa atau teksi dan lebih susah kalau ada yang membawa banyak beg.

Menurut Syafiq Mohd. Syukri, 30, kerana peraturan itu, mereka hanya meraih pendapatan sekitar RM80 sahaja sehari.

“Dahulu busuk-busuk pun boleh masuk RM150 sehari. Kami harap sangat pihak terlibat akan mempertimbangkan perkara ini, kami baru nak mula bina hidup. Pemandu teksi sekarang pun tak banyak, daripada beratus tinggal 40 orang sahaja sebab tak dapat bertahan,” katanya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... adan-malaysia-thai/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2022 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian naya kt pemandu teksi…patut create win-win situation for all
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.058774 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list