CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 874|Reply: 3

Roslan Shah Anggap Insiden Dengan Jamal Abdillah Sebagai Dugaan Sebelum Ke Mekah

[Copy link]
Post time 19-9-2022 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Sumber IG


Penghibur dari Singapura, Roslan Shah menganggap kejadian antaranya dengan penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah yang hangat diperkatakan adalah dugaan buatnya sebelum ke Mekah mengerjakan Umrah pada 27 September ini.



Menerusi laporan Harian Metro, Roslan menjelaskan bahawa perkongsian yang dibuat di IG Story hanya sekadar meluahkan perasaan kecewa dengan apa yang berlaku dan bukannya mahu bergaduh dengan sesiapa.



  



"Saya dikecam netizen mengenai apa yang berlaku antara kami. Bagaimanapun, saya terima semua itu dengan hati terbuka kerana mungkin ini dugaan daripada Allah SWT sebelum saya berangkat mengerjakan umrah pada hujung bulan ini.



"Apa pun, saya berniat baik untuk membantu mempromosikan jualan produk kosmetik diusahakan Datuk Jamal di pameran ekspo berkenaan. Saya tidak ada agenda tertentu pun untuk mengaut sebarang keuntungan di sebaliknya.



"Saya nak mencari saham akhirat dan menolong dengan ikhlas. Tanyalah rakan artis lain dan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang pernah saya bawa menjayakan pameran ekspo di Singapura, da saya minta duit? Malah, ketika berurusan dengan Siti, saya tak ada buat surat hitam putih dan hanya atas dasar kawan artis dengan pengurusnya, Rozie.



  



"Apapun, saya juga sangat menghormati Jamal sebagai seorang penyanyi legenda dan diminati ramai. Malah, beliau adalah penghibur idola saya, Tapi, tak apalah, saya memang tak mahu panjangkan cerita dan bergaduh dengan orang," katanya.



Jelas Roslan lagi, dia juga tidak menjadikan insiden tersebut sebagai tiket mencari publisiti untuk dirinya.



Malahan, dia tetap membantu jualan perniagaan Jamal di pameran ekspo itu yang diuruskan anaknya, Osama Yamani.



  



"Orang mengata saya macam-macam walaupun mereka tidak tahu perkara sebenar. Malah, dalam urusan membawa Jamal datang pameran ekspo di Singapura ini, saya banyak berurusan dengan pengurusnya, Ismail.



"Dalam urusan itu, dia ada mengirimkan Whatsapp kepada saya salinan pasport, minta dua bilik hotel serta gambar poster. Untuk bercakap dengan Jamal, saya hanya minta extra satu bilik saja," katanya.



Terdahulu, Roslan dikatakan terpaksa membayar ganti rugi berjumlah lebih RM30,000 susulan ketidakhadiran Jamal dalam pameran ekspo yang berlangsung baru-baru ini.



Sementara itu, Jamal dalam satu kenyataan dilaporkan media memaklumkan dia sudah banyak kali bercakap dengan Roslan bahawa tidak dapat hadir membuat kemunculan di pameran tersebut kerana ada komitmen lain. -CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkahkah tok jamal dah ckp takdan kannnn ko yg purak2 tak sangka nak kena kapor
Niat iklas kononnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 10:53 AM | Show all posts
Bertabahlah cik Lan, tahun depan masuk le GV ada bran?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Betina ni blom kena cash kn? Msh bestie ipah razzieee.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.271902 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list