|
Bekas presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam menerusi hantaran di Facebook memaklumkan mantan Presiden MIC, Tun S Samy Vellu meninggal dunia jam 8 pagi tadi.
Difahamkan, beliau meninggal dunia pada usia 86 tahun ketika dalam tidur di kediamannya di Jalan Ipoh.
Di Facebook beliau, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong turut menintipkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
"emergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat dan negara.
Sementara itu, Berita Harian melaporkan orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Kerja Raya itu yang meninggal dunia pagi tadi, boleh hadir ke kediamannya di No.19, Lengkongan Vethavanam, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur selepas jam 2 petang ini.
Bekas setiausaha yang mewakili keluarga Samy Vellu, Datuk E Sivabalan, berkata mendiang akan dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dekat Jalan Kuari, Cheras esok.
Sumber: Gempak & BH Online |
|