View: 1481|Reply: 19
|
[Tempatan]
Ibu murung selepas bercerai 'berumah' di tanah lapang
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-9-2022 04:24 AM
Ibu murung selepas bercerai 'berumah' di tanah lapang[size=14.399999618530273px]Oleh Siti Rohana Idris - September 14, 2022 @ 3:49am[email protected]
KOTA BHARU: Sudah beberapa bulan kelibat seorang wanita yang hidup seperti gelandangan kelihatan di kawasan perumahan di Paya Bemban, di sini.
Dua besen yang mengandungi pakaian serta barangan peribadi miliknya, dibawa Masuri Aida Samsuddin, 45, yang dipercayai mengalami masalah kemurungan menjadikan tanah lapang di sebelah kawasan perumahan di sini, sebagai tempat berteduhnya.
Tanpa mengendahkan sesiapa, Masuri hanya duduk memerhatikan orang yang lalu lalang dan sesekali berbual dengan anak tunggalnya, Umie Syafiyah Mohd Noor, 18, yang setiap hari akan datang menjenguknya.
Umie Syafiyah berkata, ibunya sudah lama bercerai dengan bapanya dan mungkin disebabkan faktor itu, wanita terbabit mengalami kemurungan sebelum hidup dengan berpindah-randah dan tidak menentu sebegitu.
"Ibu sebelum ini bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah namun berhenti kerana masalah kesihatannya itu dan dia juga masih ada keluarga di Pasir Mas.
"Keluarga ibu pernah membawanya untuk tinggal bersama mereka tetapi dia enggan sebelum memaksa agar menghantarnya semula ke Kota Bharu dan ibu hidup tanpa ada rumah serta merata-rata seperti ini.
"Sebelum ini dia tinggal di rumah abang angkatnya tidak jauh dari sini tetapi waktu siangnya dia berada di perkarangan rumah dan hanya masuk pada waktu malam sahaja tanpa sesiapa mengetahui kenapa dia menjadi begitu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Masuri Aida yang dipercayai mengalami masalah kemurungan tinggal merata-rata berseorangan sejak beberapa tahun lalu. - Foto NSTP/Siti Rohana Idris
Difahamkan, sepanjang beberapa bulan Masuri Aida menetap di lokasi bersebelahan Sekolah Kebangsaan Islah, wanita terbabit akan membersihkan diri di sebuah masjid berhampiran dan pada waktu malam pula melelapkan mata di tempat menunggu bas sekolah.
Umi Syafiyah berkata, ibunya pernah dibawa berubat tetapi sehingga kini belum menampakkan hasil menyebabkan keluarga wanita itu sudah buntu dan sudah tiada ikhtiar lain lagi selain membiarkan sahaja Masuri Aida hidup merata-rata seperti itu.
Remaja itu berkata, dia menetap bersama bapanya yang juga sedang sakit di Padang Bongor di sini, dan setiap hari akan berjalan kaki hampir satu kilometer datang menjenguk ibunya.
Katanya lagi, kebimbangan sering bertandang setiap kali mengenangkan keadaan ibunya yang berada di tempat awam sebegitu terutama menjelang malam namun tiada apa yang mampu dilakukannya selain berdoa agar tiada malapetaka yang menimpa ibunya.
"Ibu sebenarnya bergantung kepada ubat tetapi sudah lama dia tidak mengambilnya dan keadaannya kini masih lagi terkawal cuma adakala menjadi garang namun dia masih mengenali saya.
"Jika sehari tidak datang berjumpanya, dia akan bertanya mengapa kerana sudah menjadi rutin harian saya sejak dahulu lagi untuk menjenguknya walau di mana sahaja dia singgah menumpang teduh.
"Saya sering risaukan keadaan ibu terutama menjelang malam dan berharap akan ada pihak yang dapat tampil membantunya dengan membawa ke mana-mana tempat perlindungan," katanya.
Umie Syafiyah Mohd Noor, 18, sering datang menjenguk ibunya, Masuri Aida Samsuddin, 45, yang mengalami masalah kemurungan dan tinggal merata-rata di kawasan lapang sekitar Kota Bharu. - Foto NSTP/Siti Rohana Idris.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1000058/ibu-murung-selepas-bercerai-berumah-di-tanah-lapang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesedihan melampau , nsib anak dia dh besar |
|
|
|
|
|
|
|
Kena sayang diri sendiri jugak...terlalu sayang kat laki kesianjadi begini |
|
|
|
|
|
|
|
Meiizu replied at 14-9-2022 09:00 PM
Kena sayang diri sendiri jugak...terlalu sayang kat laki kesianjadi begini
Tu lah.. arwah mak i pun selalu pesan jangan serah cinta sayang 100% pada suami.. simpan sedikit utk diri sendiri supaya boleh move on |
|
|
|
|
|
|
|
Meiizu replied at 14-9-2022 09:00 PM
Kena sayang diri sendiri jugak...terlalu sayang kat laki kesianjadi begini
Maybe bukan masalah sayang laki tapi ada benda lain triggered.
Semoga ada yang sudi membantu dan akak ni kembali sihat. Nasib baik jugak anak dah besar. Semoga adik ni pun tabah. |
|
|
|
|
|
|
|
Motif takda usaha keluarga atau penduduk setempat untuk peduli acik ni? At least buat police report ka JKM report ka so that something can be done? Ko biar je pompuan tidur sensorang di tempat public sebegitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Elok kawin lain...mngkin lbh baik dr yg sebelumnya |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah dia trauma???....
Spt org yg pernah mengalami kmlgn, trauma utk ke tmpt rawatan n kecemasan....
Kasihannya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu kesiannya kakak ni… |
|
|
|
|
|
|
|
paling kesian kat anak dia...ayah sakit, mak kemurungan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana pi ketua kg,kwsn,ahli parlimen bagai?makan gaji buta ka?
Tgkla anak buah sket..klu nk PRU.. barulah ziarah bagai |
|
|
|
|
|
|
|
~boolean replied at 14-9-2022 11:01 PM
paling kesian kat anak dia...ayah sakit, mak kemurungan..
Kan.. i doakan semoga Allah beri kekuatan buat adik ni..sedih |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 15-9-2022 04:34 AM
Mana pi ketua kg,kwsn,ahli parlimen bagai?makan gaji buta ka?
Tgkla anak buah sket..klu nk PRU.. bar ...
Kita tak duduk situ dan x tau pun usaha yg pihak sana dah buat..doa je baik2 semoga ada pembelaan sewajarnya untuk akak ni dan anak dia.. 45 is too young to be living like this.. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-9-2022 11:14 PM
Motif takda usaha keluarga atau penduduk setempat untuk peduli acik ni? At least buat police report ...
Anak dia.pung mengharapkan.ada pihak.akan bantu
Acaner tu?
Benda.gini.kalau dilaporkan ke.jkm..cepat aje sebab makcik ni ada sakit.mental... |
|
|
|
|
|
|
|
Ishhh! Kiranya dr awal 40an la dia hidup mcm ni
Kaw lapang means tengah panas la kan
Kena bw gi spital dah ni kalau sampai dah xkesah apa dah |
|
|
|
|
|
|
|
Highflyer19 replied at 14-9-2022 11:39 PM
Elok kawin lain...mngkin lbh baik dr yg sebelumnya
Jangan tambah masalah p kawen lain nnt org lain lak nak kene layan mental dia..keputusan tak bijak |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau diri sendiri yg tak mahu telan ubat nak buat mcm mana |
|
|
|
|
|
|
| |
|