CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1160|Reply: 9

'Kecoh Eh Pasal Rider Delivery Tak Nak Hantar Sampai Pintu' - Michael Ang

[Copy link]
Post time 14-9-2022 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Michael Ang menerusi Instagram memuat naik posting mengenai penghantar makanan yang tidak menghantar pesanan di hadapan pintu rumah pelanggan.


Katanya, tidak semua rider berkelakuan sebegitu, sebaliknya hanya segelintir sahaja.


Berdasarkan pengalamannya, 20 kali dia menggunakan khidmat itu, hanya sekali sahaja yang berkelakuan sedemikian.




IG Michael Ang




Secara jujurnya, dia juga sangat menghormati sesetengah rider, lebih-lebih lagi yang membuat penghantaran sewaktu hujan bahkan dia juga akan tergopoh-gapah mencari payung kerana risau mereka menunggunya lama dalam hujan.


Pada postingnya, dia sempat memberi pesanan kepada netizen supaya tidak membuat kesimpulan atas apa yang telah berlaku pada semua orang kerana semua benda pasti akan ada baik dan buruknya.


Dia juga mengatakan sekiranya ia tidak memberi kesan yang besar dalam hidup, tidak perlulah menggunakan khidmat itu atau menghentam.








Berdasarkan komen yang ditinggalkan, ramai bersetuju dan menyokong pandangannya.




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 04:33 PM | Show all posts
kau lagi kecoh, semua benda nak menempel
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:44 PM | Show all posts
Setakat ni rider semua baik. Cuma paling hmm rider spesies honk tak hengat dunia. Dah kau hon hon hon hon hon, tuan rumah berlari keluar, rupanya kau salah rumah. Maap apa takde. Eii

Pikir lah sikit hon hon tu, Kot jiran orang tua lemah jantung ke, baby baru tidur ke. Jiran pun satu hal, dah order tu ready la nak sambut rezeki nak sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:51 PM | Show all posts
kat area aku ni kalau waktu lunch tu dah kenal muka rider2. ak paling nyampah kalau dapat rider sorang ni gemok dempol...paling malas nak naik atas office aku. tingkat 1 je pun. kalau suruh naik jugak nanti dia bunyi "ishk payah la mcm ni". rider lain semua okay.tiptop terutamanya rider grab. laju je hantar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by peachnfamous at 14-9-2022 04:56 PM
esbok replied at 14-9-2022 04:44 PM
Setakat ni rider semua baik. Cuma paling hmm rider spesies honk tak hengat dunia. Dah kau hon hon ho ...


kalau mcm tu kena pesan kat jiran buat note. mcm peach, tulis note utk rider kat FP/GF/SF (dlm apps) jgn hon/call sbb ada anak kecil dlm rumah. letak je atas tembok. most riders follow je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt umah aku, dari starts PKP March 2020 sampai skarang memang kena turun lobby amik food. Pastu skarang amik food kena tulis nama kt log book sebab baru2 ni ada kes orang lain kot amik food org lain. Klu umah yg kena covid, security anto letak dpn pintu umah.

So far, ada sekali kes rider food panda antar, tak call x msg, tiba2 status delivered. Aku pi turun tgk food tak de. Bila nk buat report kt help tu, aku tgk gambar yg rider tu submit, dia antar kt kondo lain kot yg dekat2 area umah aku gak, sebab security pakai uniform company lain. Customer service lak ckp dorg try contact rider tak dpt. Tu satu perangai yg aku tak suka, sebab aku dah siap letak komen/message suh antar kat mana. Dah lah tak yah naik umah.

Mcm aku, aku lg suka turun amik kt lobby. Selamat sikit aku rasa. Masa aku kena covid, aku letak coffee table aku depan umah. Lepas hari 3, esokkannya aku nak amik food/brg security hantar, coffee table aku ilang. Aku dh boleh agak mesti jiran2 sebelah yang rembat. Buat report kt management tapi mmg x dpt nk detect lah sebab cctv cuma kt lift lending je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2022 05:18 PM | Show all posts
tak pernah lagi jumpa rider bermasalah so far... ada iols pernah terorder dari kedai 100-200m je dari rumah pun deorang hantar... pernah sekali kat rumah orang lain terorder yang sebelah rumah dia je hahaha... memang iols rasa kesian sebab orangnya datang dari jauh hanya semata2 nak deliver kedai dari jarak dekat... bagi tips je lah sebagai tanda terima kasih dan sebab termenyusahkan dia walaupun tu kerja dia...

kita la patut fikir pasal orang lain... kalau kau duduk tingkat 44... apa ke gila kau ingat rider tu hamba abdi yang patut hantarkan betul2 depan pintu kau tu... dah kau pun malas cam babee nak turun.. lepastu nak kata rider pulak pemalas... duit kau tu takde nilai pun setakat bawah rm100 je pembelian... hanya kertas untuk kau lapik perut dan rider tu guna untuk sara keluarga... hakikatnya jiwa yang penuh berperikemanusiaan tu lagi tinggi nilainya... nak beli pakai duit pun tak boleh...  agittuhhh nasihat dari setazah dudaberhias asma harun kentut faraj
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentang MCO aritu sume kena turun amik kat bawah  kat guard house dh x MCO dorang pun malas nk naik ..kita ni kdg malas nk kuar umah n masak sbb tu order delivery food harapan dorang bleh hantar kt umah ...bayar delivery kot bukan murah kdg sampai rm10 ... Aku bukan apa kdg tu dok umah x pakai bra apa malas kan dh kena pakai bra lah apa lah nk turun kang lambat sume buat muka mcm taik ...apa salah naik guna lift kot bukan guna tangga ... Bru ni pon aku dh marah seller suh ckp kat rider dia hantar depan umah aku beli sampai dkt rm100 makanan dari dia upah rider sekangkang kera rm10 takkan nk suh aku turun amik kat bawah jgak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 06:02 PM | Show all posts
aku jarang guna food delivery ni, pasal ada rider yang perangai tak semengah camnilar

satu-satunya kedai yang aku akan guna ada satu kedai korea kat ampangpoint ni, sebab aku tak suka drive pergi sana

setakat ni nasib baiklar semua sampai kat pintu lagi even rumah aprtment, iolls siap letak hook dekat grill pintu tu, senang dia sangkut je terus, xyah jumpa f2f
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 06:17 PM | Show all posts
setakat ni takde masalah dgn rider.. semua baik2 alhamdulillah..
penghantar shopee, jnt semua pun baik2..
siap parcel/kotak besar2, aku bukak pagar suruh letak kat bawah aku angkat sendiri nanti bawak masuk dalam..tp semua refuse ckp takpe, berat kotak ni saya angkat letak depan pintu...
bulan puasa.. diorg anta barang petang.. masing2 aku tapaukan ape yg aku masak aritu..
mungkin asbab lah dpt yg baik2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.050966 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list