CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 553|Reply: 0

Md Shafiq bermotivasi harungi Pusingan 8 Cub Prix Malaysia

[Copy link]
Post time 14-9-2022 02:48 PM | Show all posts |Read mode

Pelumba ONEXOX TKKR RACING TEAM, Md Shafiq Rasol. - Foto ihsan Cub Prix

KUALA LUMPUR: Pelumba ONEXOX TKKR RACING TEAM, Md Shafiq Rasol kini lebih bermotivasi untuk mengharungi Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 dengan berbekalkan tiga kemenangan berturut-turut diraihnya sebelum ini.

Shafiq yang beraksi dalam kelas CP125 kini mendahului carta keseluruhan dengan 119 mata dan hanya dipisahkan sembilan mata daripada pencabar terdekat yang juga rakan sepasukannya, Md Hafiza Rofa.

Pusingan 8 selepas ini dijadual berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor dari 17 hingga 18 September dan bagi Shafiq, dia sudah bersiap sedia baik daripada segi fizikal mahupun mental.

"Pada pendapat saya, Litar Tangkak amat teknikal dan kami sedang berusaha untuk mendapatkan penalaan jentera dengan secepat mungkin. Saya akan buat yang terbaik bersama-sama dengan rakan sepasukan saya untuk mengutip sebanyak mata yang mungkin untuk pasukan.


"Berlumba di Litar Tangkak ini ada kelebihan dan kekurangan tetapi saya berazam untuk mengulangi kejayaan saya. Ia sememangnya sukar dengan pelumba lain yang sentiasa memberikan persaingan hebat tetapi saya akan cuba sebaik mungkin," kata Shafiq.

Sementara itu, Pengurus Pasukan ONEXOX TKKR RACING TEAM, Alizan Thambi berkata pasukannya sudah melakukan persiapan seperti biasa dan ingin mengekalkan momentum kemenangan yang diraih sebelum ini.

"Persiapan kami seperti biasa. Kami cuma ingin mengekalkan momentum kemenangan sebab kita dah hampir menang dalam kategori CP125 samada bagi individu mahupun pasukan. Buat masa ini, kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan mata yang cukup.

"Bagi Shafiq dan Hafiza, kami rasa salah seorang daripada mereka akan meraih gelaran juara cuma bergantung kepada nasib ataupun strategi untuk tiga perlumbaan terakhir ini. Jika salah seorang daripada mereka mendapat tempat pertama untuk individu di Tangkak, minggu ini kita bolehlah menyambut kemenangan awal.

"Bagi pasukan pula, kedudukan pasukan premier ini memang baik dan pasukan junior juga dalam kedudukan tiga terbaik. Oleh itu, minggu ini kami akan menempatkan Shafiq dan Hafiza dalam pilihan utama kami," kata Alizan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... 8-cub-prix-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 1.140510 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list