View: 890|Reply: 6
|
Dah Sebulan Sakit Tekak, Ara Johari Risau Konsert Dah Dekat
[Copy link]
|
|
Ara Johari meluahkan rasa bimbang apabila sudah sebulan mengalami sakit tekak sehingga memberi kesan kepada vokalnya.
Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 25, berkata, dia bimbang masalah itu akan menganggu persembahannya sempena Konsert A Night With Ara Johari yang bakal berlangsung pada 21 September ini.
Foto: IG
"Tekak saya dah lebih sebulan tak okay. Mulanya ingatkan demam biasa tetap ia menjadi semakin teruk.
"Saya jadi takut sebab konsert saya akan berlangsung minggu depan," katanya kepada mStar.
Konsert tersebut bakal berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya.
Terdahulu, Ara berkongsi foto dia sedang mendapat rawatan di sebuah klinik pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) susulan masalah yang dialami.
Bagi mengenal pasti masalah dihadapi, Ara menjalani rawatan dengan memasukkan skop di bahagian tekak dan hidung.
"Semalam (Isnin) keadaan suara semakin teruk dan sebab itu saya terus ke klinik ENT untuk dapatkan rawatan. Doktor turut memasukkan skop ke bahagian hidung dan tekak.
"Beginilah kehidupan seorang penyanyi," katanya menerusi hantaran di Instagram.
Sementara itu, bercakap mengenai persediaan konsert, Ara berkata setakat ini semua berjalan lancar melainkan latihan vokal yang tertangguh akibat masalah kesihatan yang dialami.
Ara bagaimanapun berharap, kesihatannya akan kembali pulih menjelang konsert dan dapat menghiburkan peminat.
"ersiapan konsert sudah 70 peratus siap... cuma kelas vokal dan latihan tertangguh akibat masalah tekak ini.
"Doakan saya agar kembali sihat dan semuanya berjalan lancar," jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
..bakalan menjadi alasan kalau perform sangkak nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Very the Achey wajah sheolss.. mohon suruh Achey ganti tempat sheolls jika sheolls sakit |
|
|
|
|
|
|
|
alasannn.....tu ajelah modal ko. |
|
|
|
|
|
|
|
pi la beli difflam dengan betadine mouthwash..kejap je ok..aku telan berbotol2 ubat..last2 difflam dengan betadine jugak yg berkesan |
|
|
|
|
|
|
|
nextt kezah pulak ko skit tekak |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ada pertalian saudara dengan misha omar ke. mcm ada iras2 je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|