CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1309|Reply: 4

"Setiap Minggu Dapat Mesej Semangat Daripada Bapa Mentua,"-Yusof Haslam Sokong Puteri Sarah

[Copy link]
Post time 14-9-2022 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Puteri Sarah Liyana memberitahu bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam adalah individu yang sentiasa memberi sokongan sepanjang dia berdepan kemelut rumah tangga.


Sarah, 37, berkata, setiap minggu Yusof akan menghantar kata-kata positif menerusi pesanan mesej yang membuatkan dia terus bersemangat berdepan dengan setiap dugaan dan rintangan.


Foto: IG




"Setiap minggu dapat mesej semangat daripada bapa mentua.


"Ini adalah salah satu perkara yang juga membakar semangat saya untuk tidak berputus asa dalam hidup," katanya.




  



Sarah terdaulu berkongsi paparan perbualan bersama bapa mentuanya itu di Instagram Story miliknya.


Dalam hantaran tersebut, penerbit filem tersohor itu memberi kata-kata semangat dan terus menyokong Sarah dalam apa juga keadaan.


"Kami akan sentiasa berdiri teguh di sisi Sarah dan anak-anak. Ceriakan hidup kamu dengan anak-anak, orang tuamu dan kami yang berdiri di belakang Sarah waima apa situasi pun," tulis Yusof dalam mesej tersebut.




  



Pergolakan rumah tangga Sarah dan suami, Syamsul Yusof menjadi bualan ramai apabila pengarah itu dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain dikenali sebagai Ira Kazar.


Enggan terus berdiam diri, Sarah sebelum ini telah membuat dua aduan iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan melakukan gangguan.




  



Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail turut mengesahkan Ira hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan suaminya.


Ira disiasat bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.




  



Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 08:42 PM | Show all posts
iyolah sarah oi . ko bertahan jela
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus bagi sokongan dekat menantu..bukan semua in law camni..bersyukur la ps
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak nak bercerai, pergilah berbaik. Dua2 org pun kena mengaku kesalahan masing², minta maaf dan BERUSAHA utk perbaiki hubungan tu. Jgn lagi main tarik tali. Jgn ungkit², jgn sindir². Pedulikan org luar. Fokus pada rumahtangga kamu berdua je.

Selagi sibukkan tanggapan org, memang tak kemana rumahtangga tu. Lagi isteri nak dingin pada suami, lagi suami ego beri tumpuan pada skandalnya. Lagi netizen maki hamun org ketiga, lagi simpati suami tu pada org ketiga, lagi byk adegan pujuk memujuk org ketiga nanti.

Kalau nak selamatkan rumahtangga tu, suami dan isteri kena sama² berusaha tambat hati masing² semula. Kalau rasa memang dah tak boleh, berpisahlah dengan cara baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 05:58 PM GMT+8 , Processed in 1.025309 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list