CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9184|Reply: 62

Fatimah Abu Bakar Lega Sharifah Amani Jumpa Lelaki 'Sekepala' Dan Memahami Dirinya

[Copy link]
Post time 13-9-2022 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Melepaskan anak dara ke alam rumah tangga bukanlah mudah bagi wanita bergelar ibu.


Berpuluh tahun menabur kasih sayang dan membesarkan anak, perasaan bercampur baur apabila insan tersayang akhirnya disunting orang.


Namun, aktres dan guru lakon disegani, Fatimah Abu Bakar sedar puterinya, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, 36, berhak mencari kebahagiaan sendiri.


Foto: IG




Memberi restu, Fatimah menyaksikan Sharifah Amani atau Nani, disatukan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated, Ahmed Faris Amir, 34, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di ibu negara, kelmarin.


Fatimah atau mesra digelar Cikgu Fati bersyukur Sharifah Amani bertemu jejaka 'sekepala' dan memahami dirinya.




  



"Akhirnya, lengkap keempat-empat anak perempuan sudah bergelar isteri orang.


"Biarpun dua adik Nani iaitu Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha lebih dulu bertemu jodoh atau melangkah bendul, saya bersyukur dia (Nani) dikurniakan suami yang baik dan serasi.


"Alhamdulillah, keluarga mentua pun menerima Nani dengan baik dan begitulah sebaliknya," katanya.


  



Namun, Fatimah berdoa, Sharifah Amani dan Ahmed Faris atau dipanggil Med, sama-sama menjaga dengan baik bahtera rumah tangga dibina.


"Mereka kena jaga, hormat dan sokong antara satu sama lain.


"Nani dikurniakan Med dan begitulah sebaliknya... saling melengkapi. Moga bahagia melayari mereka sampai Jannah," katanya.


  



Fatimah berpesan agar Ahmed Faris dan Sharifah Amani perlu berbuat baik dan menghargai sesama sendiri.


"Banyak bersabar kerana mendirikan rumah tangga ini umpama permainan 'roller coaster', ada turun dan naik.


"andai-pandailah kemudi. Apabila berada dalam dakapan bahagia, jangan lupa diri.


"Apabila diuji seperti pepatah 'sedangkan lidah lagi tergigit', usah cepat putus asa. Kena banyak bertolak ansur," pesannya kepada puteri tersayang.


  



Majlis pernikahan Ahmed Faris dan Sharifah Aminah mencuri perhatian apabila acara simbolik minum air teh Cina turut diselitkan.


Menjelaskan perkara itu, Fatimah berkata, sesi minum teh dianggap acara turun-temurun kerana ibunya mempunyai darah keturunan Cina.


"engantin perempuan diperkenalkan dengan keluarga mentua pada acara minum teh.


"Minuman disajikan tidak semestinya teh Cina. Teh bunga atau teh buah pun boleh. Cuma dahulu, jika ikut susur galur tradisi ini sangat dramatik.


"Ada kepercayaan dulu-dulu dan pernah berlaku, jika teh yang dihidangkan kepada ibu atau bapa mentua tidak diminum, bererti perkahwinan itu tidak dipersetujui.


"Namun, apa yang kami lakukan lebih kepada meneruskan tradisi mengeratkan silaturahim.


"Syukur keluarga Med sudi untuk menjayakan sesi minum teh ini," kata isteri kepada Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin ini.




  



Mengenai cucu, Fatimah sempat berseloroh meminta Ahmed Faris dan Sharifah Amani menghadiahkan dirinya zuriat dengan segera.


"Macam suami saya sebut dalam rakaman video yang ditayangkan pada majlis pernikahan, memang dia mahu cucu dengan segera.


"Tetapi saya berseloroh dengannya sambil menyebut tiada tekanan hendak bagi cucu kepada kami.


"Namun, kalau boleh disegerakan soal itu, tahun depan pun okay sangat," katanya.


Fatimah berkata, beliau dan suami kini dikurniakan lima cucu.


"Kalau bertambah cucu, lebih 'happening' keluarga kami," katanya.


Kelmarin, pada majlis tertutup dihadiri kira-kira 200 tetamu, Sharifah Amani disatukan dengan Ahmed Faris.


Pasangan itu dinikahkan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan.


Pada majlis berkonsep rona putih hiasan Sanggul Event itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.


Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.


Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Tangsi Tujuh dan ditatarias adik bongsu, Sharifah Aryana, Sharifah Amani bersyukur perancangan hari bahagia sejak beberapa bulan lalu, lancar. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2022 10:57 AM | Show all posts
cantik betul baju nikah dia, mekap dia, dandan rambut dia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 11:12 AM | Show all posts
Ucapan masa wedding tu seme guna B.Inggeris gitu...
Tiada kedengaran sgt B.Melayu tapi dewan tu cantiklah sbb atas bukit dlm sebuah rumah besar 2 tingkat.Pandai diaorang pilih lokasi...

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 11:18 AM | Show all posts
tahniahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 11:18 AM | Show all posts
satu kepala, muka plak seiras...alhamdulillah jodoh yg tepat hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 11:27 AM | Show all posts
simple but nice wedding..suka style wedding mcm ni..only close family & friend..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2022 11:36 AM | Show all posts
selamat pengantin baru Orked! akhirnya ketemu Jason kamu!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 12:06 PM | Show all posts
muke tang hidung same
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2022 01:10 PM | Show all posts
ok nampak sepadan sangat
moga bahagiaaaa
iols suka baju dan styling dia tu
nampak nice sgt
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka laki sheols sekali tengok macam khai bahar..tapi memang seiras dorang laki bini..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Happy bonding..eh..happy wedding
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 01:27 PM | Show all posts
Tahniah.
Cantik baju nikah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skng ni jarang2 nak jmpe laki mid 30s yg masih bujang, ada kerjaya yg baik, muka pun elokla jgk..rezeki die la kiranye sbb die pun dh berumur..anyway happy marriage.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kikilalapooh replied at 13-9-2022 03:36 AM
selamat pengantin baru Orked! akhirnya ketemu Jason kamu!

Betul2 persis 'Jason' (Chinese look) lak tu suaminya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sama cantik, sama padan
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 01:32 PM | Show all posts
dedua muka seiras... walaupun dah basi cikpek dan ciknek memasing... tapi nampak berseri weddingnya macam anak dara dan anak teruna baru kahwin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2022 01:54 PM | Show all posts
aku suka sgt wedding dia

semua cantik - lokasi, baju, dekorasi

nampak tenang , tak sarat
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 02:02 PM | Show all posts
hubby sheols baru 34 yg rambut beruban tu iols ingatkan dh masuk 50an hubby sheols
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 02:11 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 13-9-2022 01:30 PM
Betul2 persis 'Jason' (Chinese look) lak tu suaminya.

tu lah. shes meant to be orked. nampak kemas laki dia. kecik mcm sharifah amani gak. haha
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kikilalapooh replied at 13-9-2022 06:11 AM
tu lah. shes meant to be orked. nampak kemas laki dia. kecik mcm sharifah amani gak. haha

Dah kebetulan Jason dalam Sepet pun kecik molek sesuai dengan Amani ja kan saiz. Ntah dah pi mana si Jason. Nama sebenar pun ai lupa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.146948 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list