Sebut saja Engku Aleesya pasti akan menarik perhatian ramai kerana kematangan dan kecantikkan yang dimiliki persis ibunya iaitu primadona filem Melayu, Erra Fazira.
Baru-baru ini, nama Aleesya sekali lagi menjadi bualan netizen kerana satu perkongsian video yang FYP di aplikasi TikTok.
Video yang dimuat naik oleh rakan media @budieychannel memaparkan Aleesya bersama ibunya, Erra Fazira menghadiri majlis perkahwinan Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) .
Tidak hanya berdua, turut kelihatan di majlis tersebut adalah ayahnya Engku Emran serta ibu tirinya, Noor Nabila.
Apa yang anda faham tentang video ini? Satu video 1001 kisah kehidupan. #fyp #ddnkwedding #errafazira
Lebih menarik perhatian apabila Aleesya yang duduk semeja dengan ibunya seakan-akan kelihatan sedih ketika ayah dan ibu tirinya berjalan beriringan di belakangnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi komen sedih apabila melihat reaksi wajah Aleesya itu serta tak kurang juga memuji Erra yang cukup kuat dan tabah sejak dulu lagi.
Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 sebelum bercerai pada 18 Februari 2014. - CARI
|