View: 914|Reply: 7
|
Amy Mastura Tak Nak Masuk Program Realiti, Takut Kena Kutuk
[Copy link]
|
|
Amy Mastura, 51, memilih untuk tidak menyertai sebarang program realiti nyanyian kerana enggan membuka ruang terhadap kecaman.
Amy berkata, walaupun kerap dipujuk pihak produksi, namun pada usia sekarang dia memilih kehidupan yang lebih tenang tanpa sebarang tekanan.
Foto: IG
"Saya tak berani nak masuk mana-mana pertandingan nyanyian. Mungkin saya memang jenis tak sukakan tekanan. Kalau boleh saya nak tenang-tenang saja. Biarlah orang kata saya tolak peluang keemasan. Apabila kita memilih kehidupan kurang tekanan bermakna kita juga kena kurangkan dedahkan diri untuk dikritik.
"Anugerah dan bakat yang Allah bagi pun bukan untuk saya terlampau terbuka. Maksudnya biarlah saya begini saja, bersederhana dalam kehidupan dan kerjaya. Kali terakhir saya naik ke pentas adalah Super Spontan Superstar 2017 dan ia bukan pertandingan nyanyian," katanya.
Menurut Amy, dia bersyukur apabila kehadirannya dalam dunia seni masih terus bertahan sehingga sekarang.
"Apa yang saya cita-citakan dulu tidak sebesar ini, tapi saya bersyukur kerana dari dulu sampai sekarang saya dapat lebih. Sebenarnya waktu itu saya nak buat satu album saja sebab mahu dengar suara sendiri dalam radio, tapi tak sangka terus diterima dan kurang terdedah dengan kontroversi.
"Tidak bermakna saya baik kerana tiada kisah sensasi, sebaliknya saya bersyukur Allah jaga aib saya. Lagipun dulu tiada media sosial yang dedah semua perkara. Setakat ini saya tetap berwaspada apabila menggunakan media sosial. Biarlah 'content' biasa-biasa atau tunjuk aktiviti kerja, janji saya tidak melampau," katanya yang pernah menempa nama selepas meraih kejuaraan dalam Asia Bagus 1993 itu.
Amy ditemui pada sesi rakaman program Salam Dari Maya 2 di Taman Melawati, di sini, baru-baru ini.
Amy digandingkan dengan Raja Ema untuk program hiburan yang disiarkan menerusi YouTube pada 14 Oktober ini.
Penghibur popular ini turut mendedahkan rasa teruja apabila dapat beraksi dengan ramai rakan seperjuangan sama era untuk acara berkenaan. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
good point! for example bandi amuk dari dulu dia nyanyi dengan amuk camtu masuk gv orang suruh tukar. Dari orang tak amik kisah pun kewujudan dia, masuk gv ramai menyampah. so better tak yah masuk gv ni and stay je nyanyi macam mana sekarang je. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak tahu dah siapa yg cina laki ke bininya, to think that once upon a time akak hingat amy mastura ni antara yg takde makeup ala2 bedak sejuk. |
|
|
|
|
|
|
|
kekmy kena pakai baju mekap yg biasa2 je nampak muda dan anggun
klu dressup mcm baju kuning dan yg pakai topi tu nampak kertua sgt x sesuai
padahal kekmy ayu2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Amy ni suara biasa jer. Glamer dulu sebab lagu banyak catchy dan org suka personality dia. Baik toksah masuk pertandingan apa2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
takpa kak amy. duit laki chuols dah berkepok2 tak perlu pun GV untuk menaikkan balik kak amy. biar kak amy cool cool ajeee. |
|
|
|
|
|
|
|
kekmy ni acam ayda jebat zaman before dia beranak tu la...suara so so tp sbb catch and funky org minat...petite pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
takyah la kekmi...u have your own class...takyah join benda2 merepek merapu ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|