CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2913|Reply: 18

Nak Tubuh Sasa, Shaheizy Sam Gigih Buat Badan- "Susah Nak Turun Berat Sebab Dah Tua"

[Copy link]
Post time 12-9-2022 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Demi menjayakan watak dalam filem berjudul Malbatt Misi Bakara, pelakon Shaheizy Sam berusaha keras menurunkan berat badan bagi mendapatkan bentuk badan menarik sebagai seorang anggota tentera.


Melalui proses diet dan rutin senaman ketat selama tiga bulan, Sam, 40, berkata, ia bukan misi mudah dilakukan memandangkan usianya yang semakin meningkat.


Foto: IG




"Semestinya saya mahu nampak menarik dalam filem. Apabila sudah lama tak berlakon, berat badan memang naik dan saya terpaksa all out bagi mendapatkan bentuk tubuh sasa.


"Tapi apabia usia sudah mencecah 40 tahun, ia bukan perkara mudah... kalau dulu mungkin dalam tempoh 20 hari sudah boleh turun berat badan, tetapi sekarang saya kena kerja dua kali ganda.


"Saya tidak timbang berapa jumlah turun sebaliknya mengira ikut peratusan lemak dalam badan. Daripada 30 peratus saya berjaya kurangkan kepada 20 peratus setakat ini," katanya kepada mStar.




  



Sam ditemui ketika sidang media dan pelancaran filem berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.


Terlibat dalam sebuah produksi yang menelan belanja sebanyak RM20 juta, kata Sam, dia juga menerima bayaran setimpal dan bukan hanya mengikut nilai kreativiti di depan kamera tetapi juga usaha sebelum masuk ke set penggambaran.


Tidak meletakkan harga tinggi meskipun sudah dalam kategori pelakon berpengalaman, Sam sebaliknya menegaskan bayaran diterima adalah berbaloi.




  



"Saya tak rasa bayaran terlalu mahal. Ia sesuai dengan pengalaman dan usaha saya sepenuhnya. Bagi saya ia berbaloi kerana persediaan yang dilakukan dibuat secara menyeluruh," jelasnya.


Berkongsi pengalaman terlibat dalam filem arahan Adrian Teh itu, Sam berbesar hati apabila diberi peluang untuk menceritakan kisah sejarah sebenar perjuangan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Sam berharap apa yang ingin disampaikan dapat memberi gambaran sebenar sebuah kisah yang terjadi ketika perang di Somalia pada tahun 1993.




  



"Filem ini sangat besar. Sekarang ini saya sudah nampak kisah sebenar kerana sebelum ini kita hanya tahu tentang perang tersebut apabila menonton filem Black Hawk Down. Saya dapat rasakan satu pengalaman berbeza.


"Apabila meletakkan diri dalam watak ini, saya sendiri tidak boleh bayangkan jika benar-benar berada di situasi perang ketika itu,” ujarnya.




  



Filem tersebut merupakan terbitan bersama enam syarikat iaitu bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.


Ia dijangka menemui penonton pada sambutan Hari Kemerdekaan tahun hadapan. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2022 10:39 AM | Show all posts
Aku suka uniform tentera dulu. Nampak smart daripada sekarang ni.

Sam ni elok2 body fit masa filem polis evo, ko g boroikan. Kan dah letih.

Gambar atas nampak pelik sbb xde segala vape pod tergantung kat leher.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 10:42 AM | Show all posts
Dalam gambar atas bini dia pakai innai cap kuku beruk eh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 02:12 PM | Show all posts
Kira bininya hanya mampu merasa badan kekar lakinya jika berlakon filem la ye?
Kalau idok, mcm apek cina tua di hari biasa.
So satilah,mohon pastikan laki kau sentiasa ada job watak2 hero yach! baru lah sentiasa elok.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak Minat tgk badan dia.. Walaupon kekar, tapi tang pinggan ke kaki kecik.. Mcm kelakar..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm nmpk sblm ni mmg berisi sgt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 12-9-2022 10:39 AM
Aku suka uniform tentera dulu. Nampak smart daripada sekarang ni.

Sam ni elok2 body fit masa filem ...

Agree..oldschool celoreng is still undisputed dlm byk2 uniform tentera darat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman kegemilangan Sam of coz la sblm kawin dgn Tillah..lepas kawin terus hauk..hilang terus manis & good looking Sam..w/pun dah balik kali reshape body tetap xdapat balik vibe sebelum kawen tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
40 sudah umur….muka bdk bdk lgi…
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni walaupon pndai berlakon tp x gemor dia jd hero sbb pendek. Turn off la hero pendek2 ni. Nk pulak watak2 mcm polis askar actually ada min requirement height
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cahaya_almas replied at 12-9-2022 06:40 PM
Rasa mcm nmpk sblm ni mmg berisi sgt...

Rasanya masa badan berisi tu pun utk shooting gak kot. Dia penah ter post satu gambar teaser la cite tu dia mcm jd abah2 pastu ada budak kecik. Ala2 cite tersesat dlm hutan ke apatah. Tp dia dah delete plak.
Cite tu mcm menarik tp tula dh takde kat ig dia.
Dia kan mmg akan buat badan ikut pilem dia yg dia berlakon time perlu kekar dia akan pulun g gym.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 11:28 PM | Show all posts
anony-mous replied at 12-9-2022 06:51 PM
Dia ni walaupon pndai berlakon tp x gemor dia jd hero sbb pendek. Turn off la hero pendek2 ni. Nk pu ...

ha kannn...
dia nampak rendang gitu...
ke sebab kepala dia besar?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 12-9-2022 11:28 PM
ha kannn...
dia nampak rendang gitu...
ke sebab kepala dia besar?

Rasanya dia mmg pendek. Tmbh pulak jenis kaki kecik. Tp herul pon kaki ok, ketara juga pendeknya. I suka yg tggi tegap mcm jupin masa awl2 dia buat bdn. Bkn yg peti ais tu. Ada rupa, n tggi. Sesuai la watak hero. Cuma lontaran dialog hauk
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur tak jadi dengan Fazura dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
kira struggle jugak la sam ni
kejap beso
kejap kecik badan nya
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 05:11 AM | Show all posts
cepat betul berat badan dia susut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kembang kempis x kira la satilah..bangga lakinya dh helok blk..sam ni bkn takat katik, suara pun sama kepit..tp suara dia still ok blh diterima telinga lg klo nk compare dgn suara herul..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 07:55 AM | Show all posts
anony-mous replied at 12-9-2022 10:51 AM
Dia ni walaupon pndai berlakon tp x gemor dia jd hero sbb pendek. Turn off la hero pendek2 ni. Nk pu ...

iols terus wondering, tggi heols berapa sbnrnye? tp mmg turn off sikit kalau hero mcm rendang
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 03:36 PM | Show all posts
Dah beriyer promote pastu cerita hauk cam filem apa dulu Bravo 5 ke apa ntah tajuk nya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 71092 Replies : 4106
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 47649 Replies : 368
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 129317 Replies : 1841
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 105502 Replies : 4297
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 35020 Replies : 122
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 221946 Replies : 1766
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75849 Replies : 715
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 48444 Replies : 51
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 27265 Replies : 501
[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu, Chae Won Bin, Han Ye Ri ~ 11 October 2024
Rahah[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu,
Views : 44273 Replies : 38

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.077131 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list